Tuesday, February 9, 2010

gilo punyo sakit...

Bro..

Adoihhh.... gilo betul. Nak makan takut. Nak minum pun takut. Sakit yg tak tahu nak berhenti. Duk harap dgn obat tahan sakit. Semuanya angkara tergigit unsur asing yg keras mcm besi dlm makanan.

Ini je lah yg boleh wa buat.. Asyik kejam mata je.. Mood pun hilang.

Bila tampalan lama pecah.. maka lubang lama pun terdedah semula. Kumur dgn listerine pun tak jalan gak.. Tapi, bila hantuk kepala kat dinding, rasa ok sikit..

Semlm gi dentist, doktor kata...tunggu sakit hilang dulu ye bang.. baru boleh saya tampal.. makan ubat ni dulu... Datang balik 2 minggu dari sekarang...

Chow dulu... salam..

Thursday, February 4, 2010

Org2 kuat DSK Politeknik Malaysia...

Bro..

Pekabau?? Sihat ke?? Klu demam lu tak baik lagi, pegi le belasah panadol sepapan.. cepat sikit baiknya... atau lu gi le klinik, kasi enjet muntut lu, kiri dan kanan... kompom baik cepat bro..

Sebenornya entry ni bukannya ada apa2 pun, cuma nak deliver gambau kpd geng2 mesyuarat wa. Kami semua adalah geng 37 yg menggubal kurikulum baru utk DSK. Dua minggu lepas punya mesyuarat.. di hujung sesi, ada pulak aktiviti membagi sijil penyertaan. Tiba2, wa boleh terajin plak utk amik gambau guna hp wa.. dan tiba2 je, semua org mintak wa antau gambau. Email plak tak bagi.. fb pun tak dak.. so, gunalah blog wa.

Dua minggu lepas, kami meeting utk batalkan plak si SSK tu.. Ganti dgn DSK 3 tahun. Macam main jongkang jongkit plak.. Kejap jadi, kejap tak jadi.. tapi, wa mmg dah agak benda mcm ni akan jadi.. Btw, lu tau ke jongkang jongkit tu.. klu lu tgh kat atas, tiba2, org sebelah sana lari.. wow.. boleh buasir lu terhempas ke tanah..

Inilah rupa geng 37 yg selama ni berada di balik tabir DSK Politeknik Malaysia..

Orang kuat di sebalik Shorthand. Beliau adalah Pn Nor Fauziah Ismail dari Polisas. Panggilan manja.."Gee". Beliau berganding bahu dgn Pn Liza dari Polipd.

Cik Salinda Rosli terlibat dgn subjek pengurusan seperti pengurusan pejabat. Dia turut terlibat membantu untuk beberapa subjek kemahiran seperti keyboarding skill. Cik Salinda adalah dari Polisas.

Pn Salimah ni org lama di DSK tapi bukan tua, cuma lama.. Kurikulum lama dsk dulu pun dia turut terlibat. Kali ni dia terlibat dgn subjek keyboarding skill dan grooming. Dia dari Polisas. Kali ni kami telah pastikan yg isikandung subjek grooming tidak redundan dgn isikandung subjek etika dan moral. Kami akan lebih kepada membina emej dan "deport". Lu tahu ke apa maksud deport tu..

Adoih...tak nampak plak muka penerima sijil... Muka Rozita dari Bahagian Kurikulum plak yg amat jelas... Anyway, dia adalah Pn Liza dari Polipd.. Terlibat dgn subjek2 kemahiran seperti shorthand dan notetaking.. Dia pun merupakan org lama di DSK Politeknik Malaysia dan telah terlibat dgn kurikulum dsk sejak di abad yg lalu.. lama tu bro...

Cik Zaida dari Polipd.. Ditugaskan untuk menyediakan syllibus pengurusan dan Document Production.. Wa dengau, dia nak pindah... ke mana ek..??

Ini juga org lama di DSK.. sejak dari abad yg lalu terlibat dlm penggubalan kurikulum dsk.. En Matzlan dari Polisas.. Geng sebilik wa setiap kali meeting.. Yg bestnya, hobi dia iolah menunggang kuda... wow.. menarik tu bro.. Dia terlibat dgn subjek Trengkas dgn dibantu oleh En Tahir dan Pn Sabtuyah dari Poli Perlis secara bergilir2..

Seperti yg wa ckp tadi, ada 2 nama tapi tak dak dlm gambau.. Diorg dari Poli Perlis. Sepasang suami isteri.. geng lama wa, merangkap ketua darjah wa masa kami belajar dulu.. Dia ialah En Tahir dan Pn Sabtuyah.. Mereka tak berkesempatan untuk turut serta di mesyuarat baru2 ni... Mereka ni juga org lama dlm DSK.. juga telah terlibat menggubal kurikulum dsk sejak abad yg lalu...

Dan akhir sekali... wa.. kali ni, wa telah masukkan beberapa subjek baru utk kurikulum DSK Politeknik Malaysia. 3 subjek tu bro.. byk betul.. Kena buat dari kosong sampai jadi.. pening gak.. tu sebab wa selalu gi mancing, sebab nak cari idea.. Anyway, dah 90% siap. Tiga subjek tu iolah Secretary's Software, Organizing Function dan Opis prektis.. Opis prektis tu yg byk kerja.. siap kena buat buku kerja..

Oklah bro... nak chow dulu.. kepada geng 37, jgn lupa, seminggu dua lagi, akan berasaplah kepala kita utk meeting seterusnya.. Geng 37 dari Kuantan, jgn lupa bwk keropok leko..

Salam

p/s: klu semua ahli geng 37 berhenti kerja dan setup satu kolej swasta yg keluarkan program DSK, sure boleh gerak ni bro... amacam?? takkanlah nak makan gaji sampai ke tua...