Dah Jumaat bro…Esok Sabtu…fuyoo…sure boleh tido sampai kul 12.30 tgh…. Lepas tu, bangun, mandi, solat zuhur, then tido balik…tiba2, wife kejutkan suruh gi pasar ramadhan… Tak sabarnya..
Nape ye, kalau bulan pose ni, tido kita macam ada turbo… boleh direct bro.. Kalau ada perang kat sebelah pun belum tentu boleh gugat kestabilan tido kita…tapi mungkin perkataan kita tu tak sesuai, mungkin saya je yg cam tu kot…
Dulu kira-kira 4 thn yg lalu, cuti poly tepat2 jatuh full kat bulan pose…fuuh…jgn ceritalah.. Hari2 tido yg tak diganggu langsung… Sampai satu ketika, wife ada sound direct…”Kalau cam ni, setahun pun boleh pose” Bila tahu ada buat silap, respon yg paling baik; sengih je lah…
Cerita ttg pasar ramadhan ni…awal2 ramadhan ni ramailah yg berniaga. Org yg dtg membeli pun masih bersemangat lagi. So, sesaklah dgn org yang hendak membeli. Bila dah terlalu ramai yg berniaga, kompomlah byk pilihan. Bila dah terlalu byk pilihan, ada masalah lain pulak yg melanda… Dah tak tahu nak beli apa. Kadang-kadang, 2 kali round pun tak beli apa2 lagi. Masalahnya kerana semua sedap. Bulan pose ni, tengok mee yg melekat kat sudip tukang masak tu pun boleh jadi sedap…

Tahun ni, akibat kenaikan minyak yg mendadak, harga brg2 mentah, naik melambung2 cam ada spring. So, apa lagi, harga kuih kat pasar ramadhan pun mendpt tempiasnya lah… Klu tahun dulu, 3 kuih harga RM1.00 . Skrg dah tak dpt lagi. Dia jadi 5 kuih RM2.00Kesimpulannya duit seringgit dah tak de nilai lagi. Aduh…letih bro…Tak boleh nak salahkan peniaga.

Gambar sebelah, gambar wife dgn anak pompuan aku kat pasar ramadhan. Kalau gi pasar ramadhan dgn anak2, kompom kuih yg dibeli boleh simpan sampai 3 hari. "Ayah..kuih tu sedaplah...yang tu pun sedap gak...yg tu lagi sedap yah..." Sayang anak punya pasal, beli le semua..kalau tak nanti, takut pulak hilang semangat berpuasa dan berbuka dia orang...hehehe...
Cara paling baik untuk atasi masalah ni, masak sendiri bro… Klu tak reti, belasah je…Kita je yg nak makan, bukan nak jual pun. Ok bro…jumpa lagi…
No comments:
Post a Comment