Khamis lalu, unit ICT polipd ada open house. Ketua unit ICT, Aina belanja makan sempena hari raya. Yang bestnya, makan free. Tepat kul 12.45, aina dah tepon wa, ajak wa gi. Wa ni ada masalah ingatan skit. Selalu lupa. Sib baik lah aina ni dah masak dgn perangai wa. Kalau tak, kompom wa lupa ttg jamuan tu.
Wa pun apa lagi, makan free tak leh di lewat2kan. Takut habis. Kang melopong lak. Wa ajak aina, zainaton n fadzlan naik vannette wa. Terus gi kodai makan Ummi kat Telok Kemang. Tempat ni mmg wa suka sb privacy. Makan dia pun leh tahan. Dalam kategori sedap.
Sampai je kat sana, geng2 yg lain dah siap sedia. Tunggu kita org jek. Sib baik lah wa tak teruskan kelas wa tadi sampai kul 1.15pm. Kalau tak tentu semuanya muncung jek. Menu mmg mengancam. Siap ada ikan siakap masak entah apa tah..wa bukannya tahu jenis masakan ni. Janji leh makan cukup.
Tanpa membuang masa, Hapiz pun terus baca doa. Di nasihatkan pendek je. Gangguan emosi sebab lauk depan mata. Bukannya apa, takut hapis tak konsentret. Tapi kalau hapis salah baca, wa leh kaber. Suzie dgn Zul lum sampai lagi. Zul yg tgh sambung belajar rupanya ada kelas sampai kul 1.15. Zainatun kata zul kena buat helah konon2 nak gi toilet. Tapi..terus jek kuar dari dewan kuliah. Tapi zul yg terkenal dgn sifat jujur dan amanah tu kompom kuar sampai habis kelas. Suzie lak, wak tak tahu mana dia gi. Disebabkan takut lauk jadi sejuk, kami pun on dulu. Nasib ko lah zul dgn suzie. Kalau lambat sgt, ko makan je lah tembikai tu.
Bila tgh makan tu, fikiran wa tiba2 teringatkan member2 lama kami yg dah tak de lagi kat poly ni. Wawa dgn Yati. Lepas ni, entah sape lagi yg akan meninggalkan group kami. Itulah adat bekerja.

Group bujang senyap terus waktu makan. Wa rasa mungkin nak konsentret lak. Elok gak tu. Makan sambil berbual ni tak berapa elok. Paling baye takut lauk tiba2 abis. Almaklum, satu hidangan 4 org. Tiba2 zul pun sampai. Nasib baik ko zul. Wa tadi dah jeling2 lauk kat group dia (sebelah wa je..) Wa nampak, group bujang makan sampai ke titisan kuah yg terakhir. Wa kontrol macho...Gaya mau ada bro...

Lepas makan, kami pun beramai2 cam dlm bilik darjah ucap terima kasih kat aina kerana sudi belanja makan sempena hari raya. Kira cam open house tapi kat restoran. Bagus gak idea tu. Wa rasa cam nak tiru jek tahun depan.
Wa ada dgr group bujang pun nak buat majlis cam tu minggu depan. Wow...best ni. Tapi tukar menu bro...steak ke atau ayam chop ke... Wa tak kisah...semuanya ok je...
Ok lah...kita jumpa lagi di next entry....
No comments:
Post a Comment