Hai..
Bro..apa khabar lu kat sana..wa kat sini biasa je..tiada yg luar biasa..Wa jalankan routine cam biasa je..Bila tiap2 hari kita asyik mengulang routine yang sama, kadang2 kita terasa hidup kita ni jadi monotones saja..tiada yg menarik walaupun setiap hari kita berharap akan berjumpa dengan sesuatu yg baru dan menarik..Otromen kalau lawan rasaksa yg sama jek setiap hari pun akan fed-up gak..
Wa masih teringat waktu kita duk serumah dulu, kita selalu lepak sama2, masak sama2, tidur sama2, makan sama2 dsb...Bestnya waktu tu wa rasa..satu persahabatan yg amat tinggi nilainya..tu sebabnya sampai hari ni wa masih ingat semua tu..dan disebabkan itu jugaklah, semua benda2 yang kurang manis berlaku antara kita, wa langsung tak nak ingat..
Dalam kita menjaga nilai persahabatan kita, komunikasi yang baik menjadi penentunya..tu sebab org tua selalu berpesan, berfikir sebelum berkata2..takut apa yang keluar dari mulut kita nanti menyinggung perasaan org yg mendengarnya..
Bro, cuba lu fahamkan kata2 kat bawah ni...
berhati-hati apabila berkata-kata
Kata-kata yang di ucapkan sembarangan, dapat mewujudkan perselisihan,
Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan satu kehidupan,
Kata-kata yang di ucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan,
Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.
Oleh itu...Hati-hati pada setiap tutur kata kita
Bro...Pada wa, persahabatan sejati itu terlalu penting..dan rakan2 yang berada di sekeliling kita sebenarnya yang mewarnakan hidup kita..Ada kawan yg membawa rebah dan ada kawan yang boleh dijadikan shoulder to cry..
Dalam memilih sahabat..ada kriteria yang boleh dijadikan garis panduan..
" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesai kan masalah nya sahaja sedang kan apabila masalah atau hajat nya telah selesai maka dia memutus kan kemanisan persahabatan. Bersahabat lah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanah nya atau sikap bertanggung jawabnya terhadap engkau. "
-Imam Umar bin Abdul Aziz
Bro..wa pernah terbaca tapi tak ingat di mana..antara lain ada disebutkan:
Kita inginkan hari yang lebih cerah, tetapi Allah lebih tahu hakikatnya hujan perlu diturunkan.
Kita sering mahukan keseronokan, jauh sekali kesusahan, tetapi Allah lebih tahu kesusahan itu mengajar kita erti kehidupan.
Itu sebabnya kita tidak boleh lupa, dalam menempuh kehidupan ni, kita kena sentiasa bersederhana..Dan satu perkara yang kita tak boleh lupa bro..kita ni hanya insan kecil yang tidak dapat lari dari kesilapan...kat sinilah, betapa pentingnya kita memupuk nilai bermaaf2an agar segala kekusutan tak berpanjangan..
Ok lah bro..kat sini je lah untuk hari ni...skrg ni musim hujan..Kadang2, nak basuh kreta pun malas..minggu lepas masa wa tgh basuh kereta kat kedai..tgh basuh boleh hujan lebat..rasa cam nak ckp je kansel basuh..Bye bro..
3 comments:
betul tu... ya sahabat penting..
peh... cek. berfalsafah ea. pe yg cek ckp 2 mmg betul. hrp sume pembace akn amik iktibar ea.
saja berkongsi pengalaman wan & sara...
Post a Comment