Lama benor rasanya wa tak ke alladiin. Bukan tak de cerita2 menarik. Cuma lately, kerja wa terlalu byk. Ramai gak kengkawan yg dah bertanya; "woyy... lu tak menulis lagi ke hah..??" "Nantilah...!!", pendek je jawapan wa bila setiap kali ditanya dgn soalan tu..
Jumaat lepas, wa gerak ke Senawang selepas menghantar anak ke kelas piano. Sibuk plak si Haiqal bertanya dgn soalan yg sama berkali2. "Ayah nak gi mana..? Ayah balik tak..?" Jenoh gak wa utk bagi dia paham yg wa tak balik mlm tu..
Dlm perjalanan, tiba2 wa teringat yg wa tertinggal sesuatu yg penting... Adohai..wa tertinggal Bass Guitar. Nak patah balik, wa dah masuk daerah Seremban. Terus wa telepon mizie dari kumpulan Laksamana, harap2 dia tak marah.
Wa sampai di senawang sekitar jam 9 mlm. Dari jauh wa lihat rasaksa A dan B sedang tunggu wa di van. Ayoi pun ada sekali utk menjadi crew kami sepanjang show nanti.
Selepas pekena herba sebatang, kami pun gerak ke rumah Mizie. Telah menunggu di sana, Joe Medicine dan Jai (vokal).
Perjalanan ke JB pun bermula. Wa awal2 dah celok seat depan..hehe... jauh tu bro nak duk belakang. Kami singgah minum di Pagoh (R&R yg tak biasa kami singgah. Terpaksa singgah sebab terasa mula kebulor..)
Walaupun agak kebulur, kami hanya pekena air dan pau.. Dlm kepala memasing nak spare ruang perut utk melantak bubur berlauk di Sentosa JB..Kami teruskan perjalanan ke JB. Perjalanan yg agak perlahan dgn van Pregio mula memberi kesan. Kengkawan di belakang yg sebelum ni agak riuh rendah, tetiba je sunyi sepi mcm ada cikgu disiplin lalu kat sebelah..hehe.. Bila wa toleh, tu diaaa... lelap semuanya..
Senyap dan sunyi je.. rupa2nya, hanyut..Sekitar 12.30 pagi, kami sampai di Sentosa. Apa lagi, order bubur berlauk cam tak ingat donia.. Bila makanan sampai, terkejut beruk semua...byk nya, camne nak kasi licin ni.. "Tak pe, rilex.." kata rasaksa B. "Kita tunggu 3 kengkawan di JB utk tolong..", tambah rasaksa B lagi.. fuhh!! sib baik..
Bila perut dah kenyang, kami mula gerak ke The Zone..tempat di mana kami akan berkampung hingga esok larut malam.. Sampai di The Zone sekitar 2 pagi.. Dari jauh kami dah dgr muzik latar yg di pasang oleh Anuar - our sound engineer. Bila lihat kelibat kami, terus senyum penuh lega. Apa tak nya, dari siang tadi, dia sorang je yg pasang alat audio..
Beginilah dewan dan stage utk kami perform. Besar betul saiz ballroom, boleh memuatkan lebih 1000 org. Kami diberitahu, tiket yg terjual telah melebihi 1100 org. Ramai tu bro, utk pemuzik amatur mcm wa ni..
Walaupun jam telah menunjukkan sekitar 2.30 pagi, kami tetap memulakan kerja memasang perkakasan kami setelah beberapa perbincangan di buat. Seperti biasa, tak de org lain yg reti nak pasang drum set tu kecuali Joe sorang je.. Klu bagi kat wa utk pasang, sure akan jahanam..!! hahaha..
Sambil gotong royong memasang perkakasan, kami tetap berbincang. Komunikasi adalah kunci kpd segala perkara utk berjaya. Tanpa komunikasi yg baik, selalunya, objektif pasti sukar utk di capai bro..
Inilah team yg sedang memerah otak dan tenaga utk memasang big screen.. Ayoi, rasaksa A dan B. Wa mmg tak campur, takut jahanam gak...Alamak...ada call masuk plak... Sambung esok lusa lah utk cerita seterusnya..(cerita dan gambar sewaktu show berlangsung especially sewaktu acara kemuncak bersama Jamal Abdillah..)
Chow dulu bro... Salam..
7 comments:
jangan tak sambung cerita ye..penat menunggu.... macam kena amik tiket kat pejabat pos aje rasanya...
imanamani: sabar ye... moden pejabat pos skrg, siap ada nombor lagik..
naper tak amik gambar bubur berlauk tuh? hehe.. hebat la uol..
ahliacikgukhairul: masa tu kebulor sgt2. Klu amik gambor, takut udang kena cilok..hehe..
fuhhh..artiss rupenye diaaa ;)
bila nk tepek gambar jamal ni...
aqish: eh...lupa ke.?? Lepas ni klu nak otograf wa, lu kena jumpa manager wa dulu...hehe
Dee: sabar ek...gambar kat atas stage tak de lah...sebab sibuk main muzik masa tu..
Post a Comment