Telah lebih 4 tahun kami sama2 berekspedisi memancing. Telah banyak kawasan yang kami jelajahi dan takluki di semenanjung ni. Telah banyak kenangan yang kami perolehi. Ada suka dan ada duka. Ada ceria dan ada yang memeritkan. Ada ketikanya rasa serik, tapi akhirnya kami lupa itu semua. Kami tetap bersatu meredah lautan di waktu yang lain pula.
Akhirnya, kami sampai ke penghujung. Semangat luntur. Jatuh satu persatu. Kami pasrah bahawa kami tetap insan biasa. Apabila sampai ketikanya, perkara ini pasti berlaku. 7 Jun 2010, jam 3.30 pagi di perairan Terengganu, kami berempat (Bro Lan TTDI, Bro Yazid, Bro Amri dan wa) mengambil keputusan utk menghentikan segala ekspedisi memancing utk satu waktu yg kamipun belum pasti lagi. Entah macamana tiba2 kami buleh berbincang perkara ni walaupun ketika tu kail kami masih berada di dasar laut china selatan.
Gambar ekspedisi terbaru di Terengganu (5 - 7 Jun 2010). Kelihatan Bro Lan TTDI, Bro Yazid dan wa ketika di Jeti sebelum memulakan ekspedisi.Tiba2 hati sebak dari dalam. Saja wa sorok kan dari kengkawan yg lain. Sebak kerana sudah byk yg kami kongsi bersama sepanjang kami berekspedisi. Tiba2 saja kami mengambil resolusi utk menghentikan segala2nya. Satu resolusi yg wa sendiri bersetuju. Entahlah...mungkin kami perlukan satu cabaran baru yg mungkin berlainan sekali dengan aktiviti memancing.
Bro...
Lu tahu tak, recently, kami hanya buleh berjumpa muka melalui ekspedisi begini sahaja. Wa bukan spt dulu lagi yg terikat dgn segala perkara ICT. So, tanpa aktiviti begini, wa pun tak tahu, bila lah wa akan dpt berjumpa, bergurau dan mengusik kengkawan seperti bro Lan dan bro Yazid. Aliran kami dah berbeza, tidak seperti di awal2 tahun 2002 hingga 2007 dulu. Dulu..asyik2, muka itu saja yg wa jumpa. Selepas 2007, hanya memancing saja merupakan aliran kami yg sama. Yg lain hanya tinggal kenangan. Itu sebab hati wa agak tersentuh apabila kami membuat resolusi untuk melabuhkan segala aktiviti memancing ke satu tempoh yg kami sendiripun tak pasti.
Sebagai menghargai segala perkara yg telah kami kongsi bersama, di bawah ni, wa ceritakan serba sedikit apa yg telah berlaku sepanjang kami berkongsi masa, tenaga, wang ringgit dan lain-lain demi mencari kepuasan di laut sekitar pantai barat dan timur semenanjung Malaysia.
Bro..
Semuanya bermula lebih 4 tahun lalu. Entah macamana pulak idea utk memancing di lautan dalam tiba2 muncul dlm kepala kami. Semuanya bersetuju tanpa banyak soal. Peralatan dibeli tanpa mengira kos. Beli saja apabila ada yg mencadangkan. Semuanya kerana mencari kepuasan tanpa mengganggu orang lain.
Ekspedisi pertama (lupa tarikh) mengambil tempat di jeti sekitar Kuala Selangor. Seronok betul waktu ni. Hampir semua kengkawan yang pergi termasuk Bangla dari Kedah. Wa teringat lagi waktu tu, apa saja ikan yang naik, kami akan naikkan dengan rasa sombong dan bongkak. Mana taknya, yang penting ada ikan. Ekspedisi tu kami gelarkan ekspedisi gelama. 96% dari hasil tangkapan adalah gelama semata2. Syok kemain, tapi waktu ni kami tak bawak pulang ke rumah hasil tangkapan. Kami arahkan si Kaki Besi utk bawak balik. (maaf tak de gambar sebab first time kat laut, takut nak bawak kamera..hehe)
Selepas itu, silih berganti ekspedisi yang kami lakukan. Selatan, Tengah dan Utara semenanjung, pantai barat dan pantai timur. Yang kami tak lakukan hanyalah di borneo. Ada tempat yang kami ulang lebih dari sekali seperti Kelong Mahmod di Bagan Lalang.
Antara ekspedisi yang kami sangat teruja dgn hasilnya ialah Ekspedisi Tioman. Kami memancing dan mencandat sotong di sekitar pulau Tioman. Banyak sungguh hasilnya sehingga kami sendiri pun tak percaya. Sepanjang perjalanan balik dari Jeti Endau ke Kuala Lumpur, mulut kami asyik bercerita ttg hasil yg kami dapat..
Gambar mentari terbenam di sekitar perairan Tioman. Indahnya alam ciptaan Allah ni..Ekspedisi di Tasik Kenyir pada pendapat kami merupakan ekspedisi yang paling gagal sekali. Sepanjang 3 hari dan 2 malam, kail kami langsung tidak disentuh oleh ikan kecuali joran si Man yang menaikkan ikan baung yg tengah bersiar2.
Kategori lokasi yang paling selesa pada pendapat kami ialah Ekspedisi di Bukit Merah. Mana tak selesanya bro, mancing dari depan apartment je. Kalau panas, tarik joran ke dalam apartment, pasang aircond...terus sejuk..hahaha...mengada2 betul termasuklah si Bro TTDI. Lepas tu main bot.. lagi, dan lagi... Waktu tu, wa cukup ingat bagaimana bongkaknya muka si Bro TTDI ketika menaikkan toman seberat 2kg.. Wa plak..hanncussss...kalah teruk.
Inilah apartment yg kami duduk.. mancing dari depan apartment saja. Lumayan gak hasilnya kecuali wa yg zero...hahaha..Kategori bot paling bersih pula jatuh kepada bot untuk Ekspedisi Penang. Yang paling uniknya, bot tu hanya menggunakan sorang je tekong tanpa bantuan dari mana2 deckhand. Respek betul wa. Tekong berbangsa China yg cukup rengan tangan membantu kami dan sentiasa memberi semangat utk kami teruskan memancing.
Bro TTDI yg cukup berpuas hati dgn keadaan bot yang siap dilengkapi dgn toilet. Cukup bersih sehingga kami seperti tak percaya yg bot ini hanya diuruskan oleh sorang saja, iaitu tuan punya bot itu sendiri. Hanya ada satu saja ekspedisi yg wa tak ikut serta kerana dibuat ditengah2 minggu sewaktu hari bekerja. Ekspedisi ni juga buleh disimpulkan sebagai ekspedisi yg gagal kerana segala2nya zero.. bot pun boleh diandaikan sebagai zero gak.. lu tengok gambau di bawah ni..
Bot yg terlalu uzur dan sempit menyebabkan rakan2 seperti pendatang haram yg sedang menyeludup masuk ke negara jiran...hahaha....Ekspedisi Sedeli kami anggap sebagai ekspedisi yg unik. Unik kerana boat crew yg cukup mesra yg kami gelar "cikgu halim". Dia cukup perihatin dgn hasil tangkapan kami. Dia sentiasa akan memastikan yang kami sentiasa menaikkan hasil tangkapan di setiap perhentian. Respek betul dgn dia ni. Bro Yazid siap bagi duit tips utk semua boat crew termasuk tekong. Tak pernah benda ni berlaku.
Cikgu Halim sedang memberi kursus membuat perambut yg sesuai dgn sesuatu spesis ikan. Kami anugerahkan dia dgn gelaran bot crew yg paling mesra dan pemurah. Itulah serba sedikit pengalaman kami bersama. Banyak joke yg kami kongsi sepanjang ekspedisi. Kalau dihimpunkan, tak tahulah berapa kilo koci yg telah kami telan. Yang wa pasti, wa akan rindu dgn semua aktiviti seperti gambar di bawah.
Makan bersama sepanjang ekspedisi..makan berebut2 ni mmg cukup menyelerakan
Pasti rindu dgn aktiviti2 begini...bermalam bersama, bangun pagi2, jogging...hahaha...best betul especially part lumba lari, pasti bro Lan dan bro Yazid akan berbatu jauh nya di belakang wa..heheTak tahu lah samada akan ada lagi atau tidak entry ttg ekspedisi memancing di alladiin ni.. Hanya masa yg akan menentukan. Buat kengkawan ekspedisi wa, wa nak ucapkan jutaan terima kasih kerana sentiasa tidak lupa utk menjemput wa utk turut serta walaupun wa skrg ni hanyalah GTM saja. TQ Bro.. Yang pasti, wa tidak akan lupakan segala budi lu org terhadap wa. Respek kat lu org yg masih lagi ingat kpd wa walaupun wa bukan lah wa di awal2 tahun 2000an dulu.. Sebagai kawan, wa doakan lu org sentiasa dirahmati Allah dan sukses dalam business.
Thanks bro.....Ekspedisi memancing melabuhkan tirai...Salam
10 comments:
Salam bro GTM, syahdu botul wa baco summary aktiviti kita...3 round wa baco takut2 ado salah paham. mmg topat GTM punya summary ! Insyaallah bro, kita cari cabaran baru...tungguuuuu !
Bro, lu stop mancing ikan jgn plak start mancing orang. huhuhu!
huahauhauhau...
Bro, lu stop mancing ikan jgn plak start mancing orang. huhuhu!
sir ashri..statement sentap ..hahahahha
rajin betul en.ashri memancing ye? takpe, this kind of activity is way better dari benda lain yag tak berfaedah ye tak?
p.s. loved reading your memancing adventure. but definitely won't do it myself even if I have a chance. :)
wah..nape amik keputusan drastik cm ni cek.?
setiap kali posting psl aktiviti mancing pasti terpancar kegembiraan dn kepuasan dlm entry tersebut..
tp sumenya "disandarkan pd kenangan"..
selain mancing aktiviti jamming yg bleh kumpulkan cek dgn gang2 cek..
hope de lg aktiviti yg lebih menarik bersama dgn gang2 cek slps nie..
bidan: mmg sedih bro... insyaallah, kita pasti akan jumpa alternatif lain pulak..
areroy: mancing org kena guna umpan RM. Itu wa tak de byk lah bro..
imanamani: hahaha....tak de sentap pun...perkara biasa je..
paij188: awk duduk di asia barat tu, apa lah agaknya hobi awak ek... keep wondering, how u spend your leasure time...
mr. romeo: keputusan sedih ni sama gak saya rasa waktu saya ambil keputusan utk bersara dari jet ski dulu... sedih yg teramat. Berbulan2 saya melopong di setiap hujung minggu.
spending my time? hmmm... besides shopping? banyak jugak aktiviti padang pasir, mall, kids, sebb kat sini banyak tempat aktiviti.. klu ikut hobby, saya suke membaca. but biasanye too occupied nak ade specific hobby yang best cam en.ashri.
alamak..dh tutup tirai ke..apa pun..all the bestlah..nti mesti ada hobi baru yg menyengat punya..
hadohhhh bro.. kenapa wa pulak yang mesti merasa syahdu bila lu nak tamatkan aktvt ini... tak best lah nanti wa takleh baca dah aktvt memancing lu kat blog..
lu nak memanjat gunung pulakkah selepas ni?
dee: kami mmg sedang mencari hobi baru yg boleh menggantikan sebentar atau terus aktiviti memancing tu..
naja: lu mmg sentimental...cepat syahdu.. panjat gunung kompom wa yg paling tak larat...hehe
Post a Comment