Sebelum wa citer ttg perjalanan pulang dari Perlis, wa titip kan lah seketul gambau yg wa terima dari Poli Perlis utk lu tengok...
Barisan pensyarah Jabatan Perdagangan di poli perlis yg turut serta dalam kursus ni. Gambau yg wa cilok dari FB geng perlis ni ada cacat sikit kat tajuk sebab cubaan wa utk edit kelihatan gagal..(sekali cuba je, malas nak cuba berkali2..)Odw balik, wa ke Bukit Kayu Hitam kejap. Saja nak letak cap kaki kat situ sb dah terlalu dekat. Beli kacang utk ubat tahan ngantuk waktu drive dan refill pen wa. Parking murah plak, rm1 je. Hati berbelah bagi, nak masuk Thailand ke tak. Wa dah pegang pasport wa. Dalam hati, masuk kat Danok, minum, amik gambau, then nak eksen gambau tu kat rasaksa A dan B. Itu je.. Hmmm...lama gak wa pikir. Akhirnya kensel sb takut tinggalkan keta kat Bukit Kayu Hitam tanpa nasihat kengkawan kat situ..
Sampai je kat imigresen, wa kena tol rm3. Gelak org kat tol tu bila wa btahu yg wa beli kacang dan refill pen je...bukan membeli belah pun...
Wa isi minyak kat Shell terdekat. Then, terus pecut ke selatan. Sepanjang perjalanan, hati berbelah bagi, "nak singgah rumah noorul kat Penang atau tak..?" Dia baru je melahirkan anak kedua. Keputusannya,....pecut terus ke selatan (sori ye noorul, takut sesat..boleh terima ke alasan tu..?)
Wa zuhor jamak asar kat Bukit Semanggol. Makan seketul kuih pau. Malas nak makan, takut ngantuk. Tapi, hmmm...masuk je highway balik, mata kembali berat. Nyanyi2 pun tak jadi gak. Gelak sengsorang pun sama.. 4 kali wa buat gelak Aziz Satar meniru gaya orang kaya gelak dlm cerita Ali Baba Bujang Lapuk. tapi, mata tetap nak layu..
Akhirnya wa amik keputusan, masuk ke Changkat Jering...bahaya kalu terus drive ikut highway ni..
Salah satu dari berpuluh2 gerai durian di tepi jalan sepanjang perjalanan dari Changkat Jerning ke Ipoh. Wa singgah kat situ sebab geram tengok durian yg cantik2 tu.. "makcik, lu tolong bukak sebjik utk wa.." pinta wa yg tak sabar. "ok bro, no hal, wa bukak sebijik utk lu.." sampuk makcik tu.
Simpang ke Bandar Diraja Kuala Kangsar. Wa terus je, tak singgah pun sebab dah singgah sewaktu odw to perlis dua hari yg lepas.
Salah satu nama pekan di Kuala Kangsar yg belum di matrik kan lagi.. "Kati" Dulu, waktu bujang, selalu gak wa makan durian kat situ.
Jambatan Iskandariah.. klu salah, harap PKK Sabah buleh betulkan sebab dia mmg org Kuala Kangsar. Retro betul jambatan ni. Skrg dah ada jambatan ke dua yg menghubungkan Sayong dgn bandar Kuala Kangsar. Lokasinya dekat sikit dgn bandar.
Jalan dari Kuala Kangsar ke Ipoh...besar dan yg paling best, tak de tol...hahaha..
Inilah mercu tanda bandar Sungai Siput. Bukit pelik ni hanya ada di Sungai Siput je...Kata org ada cerita mitos ttg bukit kembau ni..
Chemor..tempat lahir bekas Naib Presiden Indonesia, arwah Adam Malik. Tempat bersejarah ni bro..Bila dah sampai Chemor, maksudnya, Ipoh dah hampir sgtlah bro..
Singgah sebentar kat Padang Polo, sebelah Race Course (lumba kuda). Dulu di tahun2 80an, wa selalu lepak dan jogging kat sini, cuma skrg ni lebih bersih.
Abg yg meniaga burger kat Padang Polo, Ipoh. Bekas pekerja kerajaan yg berhenti kerja masa umur 40an. Dah sepuluh tahun meniaga burger ni.. "Senang, tak de nak meeting2 dan paperwork" katanya. Lama gak wa bersembang dgn dia, mcm2 topik yg kami bualkan termasuk aktiviti malam kat padang polo yg masih spt di tahun2 80an dulu..Spt biasa, wa akan singgah sebentar ke Rapat Setia sebelum meninggalkan Ipoh. Harap2 adalah org kat luar kali ni. Dah 5 tahun wa ke rumahnya, tapi hampa sb tak de org kat luar. Hmmm...tetap tak de gak kali ni. Pintu depan melopong je terbukak. Spt kata bini wa, tak de rezeki...
Wa teruskan perjalanan pulang. Masuk semula ke highway ikut Simpang Pulai. Rasanya wa dah menghabiskan masa kira2 3 jam utk perjalanan dari Changkat Jering ke simpang Pulai.. Tak pe, wa tetap berpuas hati. Klu wa terus je ikut highway, trip ni akan jadi trip yg biasa tanpa ada peristiwa yg akan jadi memori kemudian hari..
Wa sampai rumah dlm kul 8.30 mlm.. Mandi dan rehat2.. then...zzzzz
Salam bro...wa chow dulu..
4 comments:
jauh betul jalan ye.. but good trip, good expereince. klu tak jalan jauh, tak banyak pengalaman ye tak?
TJQueen: new nick..? pengalaman selalunya cepat mematangkan kita esp bila dlm proses membuat decision.
En. Ashri ke Rapat Setia tu ke rumah sape? best la en.ashri dpt mkn durian..hehe..
liana: rumah keluarga angkat.. tahun 80an dulu begitu akrab..
Post a Comment