Wednesday, June 15, 2011

Kepenatan...

Bro..

Minggu lepas, 3 hari wa berulang dari PD ke Universiti Sains Islam Malaysia. Bunyik mcm jauh, tapi sebenarnya di Nilai je. Walaupun dekat, tapi, satu arah perjalanan memakan masa lebih kurang 35 minit. Itu kalau tak de si gergasi korek lubang bergerak di jalanan di awal pagi. Kalau adalah si gergasi tu, kompom dia akan menyusun kereta yg panjang di belakangnya.

3 hari berulang dari PD ke Nilai sebenarnya amat kacang bagi wa. Wa dah terbiasa berulang seminggu dari Kudat ke Kota Kinabalu yg setiap arah perjalanan memakan masa 4 jam. Itu betul2 memerah tenaga dan fokus.

Minggu ni pulak, wa ke Mersing seminggu. Mengajar dari hari Isnin hingga Jumaat. Setiap hari wa kena mengajar selama 7 jam. Itu adalah time table yg diberi oleh Politeknik Mersing kpd wa. Lepas kelas, kepala hotak wa buleh mereng bro. Nasib baik wa ngajar guna teknologi perisian. CIDOS 95%. 5% je wa ajar secara live. Kalaulah wa guna teknologi lama dgn chalk and talk, mau selepas habis mengajar di Mersing, suara wa akan jadi suara Ramli Sarip waktu konsert hari ke 3 di Istana Budaya. Bukak mulot, tapi suara tak keluar.

Yg tak bestnya di Mersing skrg ni, setiap petang, kompom akan hujan tahap gaban. Kalau utk lari ke kereta yg sejauh 3 langkahpun lu boleh hampir kuyup, cubalah lu bayangkan, mcm mana tahap lebatnya tu. Implikasinya, wa tak buleh nak berjogging waktu petang. Itulah yg buat wa rimas. Memerap di bilik adalah bukan sifat wa sejak dari dulu lagi. Nak jog dgn payung, takut pulak wa terbang sekali bila dtg angin secara tetiba nnti. Nak jog dgn baju hujan, takut plak kena panah petir sebab baju hujan wa kaler silver. Hmmm...

Jumaat sebelum solat Jumaat, wa akan mula gerak ke PD. Balik lah bro.. Nak lepak dgn famili, nak bergolek2 dgn sikecik dan yg lain2, nak mengeteh dgn kengkawan yg lama dah wa tinggalkan. Yg wa paling tak sabar, nak gi Shah Alam.. pergghhhh..!!!

Jumaat.....jumaat....jumaat.... sabar ye Mike...


Chow dulu bro..

assalamualaikum..

2 comments:

Taher Kasa said...

SMTI

Miss Tasantek said...

kadang2 kan cik, gua cuba nak jadi setabah lu. kerja , komitmen, ketabahan, kecekalan, gua try nak inspired dari cik. tapi..gua lupa lah...gua tak kuat. kadang2 hampir fedup. briefinglah gua cik. lame dah tak kena tazkirah Jumaat dengan cik.