Monday, June 25, 2012

Metric Century Ride - Negeri Sembilan

Bro...

Wa harap lu tak bosan dgn cerita beskal wa. Lately mmg wa sibuk kayuh beskal hampir setiap hari. Hujung minggu pulak, sibuk dgn race MTB. Klu tak de race MTB, mungkin wa gi offroad dgn geng2 KL. Mungkin jugak sibuk dgn metric century ride (+-100km)

Dulu, masa wa giler mancing, blog ni penuh dgn cerita wa mancing serata semenanjung malaysia. Layan je lah bro.. Klu malas nak baca, no problem.

Tulisan di blog ni pun, bukan utk menunjuk2, tetapi lebih kepada diari wa. 20 tahun dari sekarang, kalau wa dah tak de, mungkin anak cucu wa boleh baca catatan ni utk jadi panduan diorg...insyaallah..

Untuk kayuhan kali ni, laluan yg agak mencabar kederat telah di pilih. Negeri Sembilan mmg terkenal dengan laluan2 yang banyak mendaki. Ada yg terlalu tinggi dan ada gak yg simple2 saja tahap ketinggiannya. Untuk rider tahap amatur mcm wa ni, kira ok lah bro. Nak panjat yg lebih tinggi mcm freaser hill tu, rasanya tak larat lah wa nak layan.

Seperti biasa, sebelum sesuatu ride yg agak jauh di buat, wa dan "Budak Nakal" pasti akan offer kpd geng2 lain utk join. Setelah puas berpantun dan bermacam2 umpan yg kami tabur, akhirnya, wa berdua dgn Budak Nakal jugak lah yg terlibat dgn kayuhan ni. Sememangnya dari awal lagi wa dah agak, hanya kami berdua saja dari SKCC yg sanggup buat kerja giler ni. Nampaknya,lepas ni, wa akan offer kpd kelab2 yg lain pulak untuk join.


Kali ni, opis rasaksa A di senawang dijadikan tempat permulaan dan penamat utk Metric Century Ride NS kami. Perasaan cuak mula terbit dari hati wa bila Budak Nakal mula mengeluarkan senjata barunya...Rode Bike Merida 903, siap dgn clipless paddle. Masak wa nak follow road bike ni.


Pukul 7.00 pagi kami sampai di lokasi. Bersiap apa yg patut, dan tepat jam 7.15 pagi, setelah bacaan doa selamat, kami mula berkayuh.

Cabaran pertama yg sentiasa bermain dlm kepala wa utk kayuhan kali ni adalah bukit yg cukup popular dgn ketinggiannya, Bukit Putus. Dengar nama pun wa dah letih, inikan pulak utk berkayuh ke puncak.


Awal pagi, suasana masih dingin. Kereta pun tidak banyak lagi di jalan raya. Tapi, itu semua bukan jadi tumpuan wa. Yg pasti adalah pemandangan di depan wa tu.. Puncak Bukit Putus. Tingginya tu... Ayat keramat yg menjadi motivasi wa adalah : you're what you think.." Klu lu fikir lu boleh panjat, sure lu akan usaha utk panjat. Klu lu fikir, lu kompom tak buleh panjat...habis takat itu je lah journey wa kali ni..


Alhamdulillah, setelah 30 minit berkayuh dari tempat permulaan tadi, kami berjaya menakluki puncak Bukit Putus tanpa masalah langsung. Satu kayuhan ke puncak yg cukup best rupanya. Nyaman dan disulami dgn bunyi monyet, burung dan air terjun. Kalau ada yg ajak repeat ke situpun, tak de masalah. Mmg best...trust me..



Turun dari Bukit Putus ke arah simpang Sri Menanti, wa terasa disc brake wa bergeser dgn disc pad.. adiihh...leceh nya. Sempat wa betulkan alignment tu di simpang Sri Menanti. Tapi sekejap je bro.. setiap kali langgar lubang2 kecil, setiap kali tu lah, bunyi geseran tu kedengaran. Akhirnya wa pasrah...wa kayuh je lah dgn tambahan beban tu. Hati ni malas nak betulkan dgn baik sebab wa masih buleh kayuh lagi..



Batu tanda pekan Sri Menanti hanya 3km saja lagi. Sempat Budak Nakal ambik gambar wa.



Pekan Sri Menanti yg sunyi..kereta pun hanya lalu sekali sekala. Sesuai sgt dengan penggemar beskal spt kami.



Sarapan kami yg pertama pagi tu, Nasi Lemak Telur beserta Milo Ais. Harga: murah.. Lokasi: gerai depan Pejabat Pos Sri Menanti



Mentari panas muncul lagi selepas bersarapan. Dlm hati berkata; masaklah kulit wa kali ni. Kami teruskan kayuhan ke arah Senaling. (wa tak pernah sampai Senaling bro..)


Entah kat mana ni, wa pun tak de idea. Peta dari google map ada dlm bag sebagai ikhtiar terakhir. Budak Nakal pun ada bwk peta. Tapi, kami lebih selesa bertanya dgn org kampung. World Class layanan org kampung di sekitar daerah ni. Siap belanja makan durian free lagi. (Budak Nakal tetap bayar kerana mungkin terharu dgn harga makanan yg terlalu murah klu dibandingkan dgn harga di KL. "Ambil lah...kami sedekah ni, doakan kami selamat ye..!!)


Wa tak pernah lalu jalan ni. Tak de idea langsung. Kekadang, malu gak dgn Budak Nakal yg nampaknya lebih tahu selok belok jalan di daerah tu walaupun dia org utara. Wa org Nogoghi Semilan bro..


Beluk kanan, jerit Budak Nakal dari belakang. Okayy...!! Selepas ni, jalan penuh dgn dakian2 yg lebih memeritkan kalau nak di bandingkan ketika menakluki puncak Bukit Putus tadi. Dakian yg jauh, turun naik yg tak habis2 di kawasan Kmpg Batu. Jarak kayuhan yg menghampiri 80km cukup memainkan peranan. Otot peha dan betis mula kebas2. Stamina semakin kurang sbb dakian yg terlalu jauh. Yg paling tak tahan, bontot yg terlalu sakit walaupun wa pakai 2 helai seluar padded dan seat, wa letak gel pad.

Bilangan kenderaan lain mmg tak byk. Hanya sesekali bertemu dgn lori besar dari arah belakang. Yg bestnya, kebanyakan mereka, bunyikan honk dan melambai2 tangan ke arah kami.



Dakian masih tak habis lagi. Langit berubah begitu cepat dari panas terik ke hujan beserta petir yg kuat. Kami rehat di satu hentian gerai org asli. Tetiba dtg lah 3-4 org pemuda asli yg begitu mesra. Bersembang dan menunjukkan arah air terjun yg menarik utk kami berehat. Apa lagi...terus salam mereka dan bergerak mencari air terjun yg dikatakan sgt sejuk...



Tuuuu diaaaa.... jauh ke bawah. Walaupun jauh ke bawah, tapi, selamba saja kami turun.



Kawasan air terjun yg masih asli tanpa dibangunkan. Ori lagi bro. Banyak batang pokok tumbang di tengah2 air terjun. Suhu air, jgn cerita lah. Cecah je kaki, terasa segar segala otot yg dah penat. Tak lama kami di situ. Dlm 20 minit, bila hujan berhenti, kami teruskan kayuhan. Jarak kayuhan baru 80km. Maksudnya, ada 40km lagi untuk sampai ke Senawang.


Sunyi dan sepi kawasan air terjun Kampung Batu...(kawasan air terjun di NS yg langsung tak de dlm minda wa)


Klu lu tengok betul2 angka tu, ia beritahu, kelajuan maksimum adalah 74.45kmh. Sgt laju untuk basikal terutamanya bila basikal wa hanya menggunakan tayar kecil: Panaracer Crosstown 700x32 di depan dan 700x35 di belakang. Kelajuan tu dicapai ketika menuruni bukit di Kampung Batu. Beberapa kali wa toleh ke belakang utk pastikan tiada kenderaan lain yg mengekori. Di situ jugaklah wa rasa konar baring dgn kelajuan 70kmh menggunakan basikal. Gilo klu difikirkan. Jgn buat lagi weii...(klu bini wa tahu, silap2 kena tarik permit bro..)



Gambar di sebelah stesen keretapi Sg Gadot. Masuk saja laluan Rembau - Seremban, jalan terlalu sibuk dgn pelbagai jenis kenderaan. Sgt tidak sesuai utk aktiviti berbasikal. Walaupun kebanyakan mereka memberi keutamaan kpd kami (wa tabik spring lah kat sini), tapi, longgar jugak lutut wa bila ada lori dari belakang dan depan yg akan berselisih. Nasihat wa kpd penunggang beskal lain, tolong jauhkan diri dari laluan ini.



Sesampai di Taman Perindustrian Kecil Senawang, tetiba tayar belakang RB Budak nakal bocor. Dlm hati wa: "ada peluang wa nak rehat.." Sambil sembang2, masalah tu dpt di atasi tidak sampai 10 minit.


Alhamdulillah, akhirnya kami selamat sampai semula ke Opis Rasaksa A di Senawang pukul 5.05 petang. Kali ni, tak lah terasa otot dan sendi yg nak krem seperti di Century Ride Melaka yg lepas. Wa sgt bersyukur sbb di usia yg hampir mencecah 50 tahun ni, wa masih dpt berkayuh basikal dgn jarak 3 angka.


Jarak kayuhan 120.56km utk Metric Century Ride NS. Angka yg ditunjuk di meter wa dgn meter Budak Nakal agak berlainan sedikit. Dlm keletihan, wa sempat berkata kpd Budak nakal; "wa sgt percaya apa yg ditunjukkan di meter wa....hahahahaha" Jenaka org keletihan tu bro..


Average Speed kami termasuk jalan landai, turun bukit dan panjat bukit yg terlalu banyak.

Sebelum berpisah dgn Budak Nakal, sempat bertanya soalan: "Lepas ni, kayuhan ke mana pulak bro..."

Kesimpulan: Wa sangat puas hati dgn route yg kami telah pilih kali ni sbb ada pelbagai jenis kayuhan yg perlu dibuat. MTB mmg tak terikut kelajuan RB di laluan jalan raya bro.. Gilo babi laju ae...Untuk kayuhan kali ni, Budak Nakal lebih banyak menunggu wa di penghujung simpang.

Wa chow dulu

Assalamualaikum

p/s: gambar2 yg wa hantar secara langsung dari tmpt kayuhan ke FB wa, bukanlah bertujuan untuk menunjuk2. Langsung tiada niat utk bermegah2. Hanya sebagai tanda, "sekiranya berlaku apa2 yg tidak diingini semasa aktiviti kayuhan wa, paling kurangpun, rakan2 FB wa tahu untuk mencari di mana lokasi terakhir wa...itu saja..."

90% gambar dari HP budak nakal...








No comments: