Rasanya seperti baru je menyambut Aidil Fitri, tetiba Ramadhan pertama datang kembali. Begitu cepatnya masa beredar skrg ni. Bukannya jam atau pusingan bumi bertambah cepat berbanding dulu-dulu tetapi kerana kesibukan dan kelekaan kita menguruskan hal-hal duniawi menyebabkan kita tidak sedar tentang masa yang berlalu. Wallahualam...
Kepada pembaca-pembaca Alladiin, wa ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah berpeluang lagi kita untuk bertemu dengan bulan mulia ini.
Kepada anak-anak yang pertama kali dalam hidup mereka ingin mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan kali ini, percayalah...pengalaman pertama itu sangat-sangat bernilai dan memberikan memori terindah untuk dikenang sepanjang hayat.
Ingin juga mengingatkan kengkawan kaum pria dan diri wa juga, memanglah semangat tidur di bulan ini sungguh indah sekali, tetapi, cubalah kali ini, tidurnya tidak sehebat tidur di Ramadhan yang lalu. Wa selalu ulang ayat bini wa ni setiap kali berpuasa "Kalau tidor je, puasa SETAHUN pun tak de masalah...!!!!!"
Kalau ke pasar Ramadhan pulak, janganlah pulak sampai terbeli gerai kuih. Berpada-pada dalam membeli makanan. Nafsu melihat makanan ketika lapar memang selalunya tahap tinggi, tapi cuba belajar dari pengalaman-pengalaman yang lalu supaya tidak mengulangi kesilapan terdahulu.
Kepada yang ingin mengambil peperiksaan di hujung tahun ini, waktu di bulan Ramadhan lah waktu yang paling best untuk mengulangkaji. Pengalaman wa ketika belajar dulu, selepas sahur merupakan waktu paling melekat kalau kita membaca...wallahualam..
Akhir kata, sekali lagi, Selamat Menyambut bulan penuh ibadat ini. Sekiranya ada kesilapan wa terhadap pembaca tanpa wa sedari, wa memohon kemaafan..
Salam dari wa dan keluarga...
Alladiin...
3 comments:
Bro, selamat menyambut ramadhan dari gua sekeluarga.. semoga bro diberi kekuatan melipatgandakan amal ibadat di bulan yang mulia ini.
Saya sekeluarga juga mohon kemaafan. Moga kita diberi kekuatan untuk merebut keberkatan Ramadhan kali ini. (Khairul pun tido je macam tak de malam.. kiranya boleh dengar suara pas solat asar.. haha.. kalau gitu puasa straight 5 tahun pun tak de prob.. hehe)
Naja: sama2lah kita Naja. Bulan puasa ni bulan paling best kawal napsu..
Ahliacikgukhairul: hahahaha... lagi lama, 5 tahun tu...hahahaha. Sakit perut gelak sengsorang ni Noorul weiii...
Post a Comment