Friday, January 23, 2015

TOUR OF INDOCHINA

Bro,

Tak lama sebenarnya untuk kami merancang tour kali ni. Sebenarnya, TIC ini adalah plan B kami. Plan asal adalah Tour de Lombok Indonesia.
Entah kenapa, secara tiba2, kami mengubah haluan ke negara lain, iaitu mencari cabaran di negara yang payah dgn kemudahan makanan halal.

Di tour2 yang lalu, kami tiada masalah langsung dgn makanan kami. Di negara jiran kita, Indonesia, kemudahan makanan halal adalah lebih mewah
kalau nak dibandingkan di negara sendiri.

Di Indochina, sgt berlainan bro. Kelaparan, tiada tenaga dan stress, semuanya ada.

Berikut merupakan beberapa catatan dari catatan wa sepanjang tour yg telah kami lalui di bulan November 2014 yang lalu.

Untuk TIC kali ini, inilah basikal yang telah wa gunakan. Sejenis folding bike yang lebih popular di kalangan kami dgn panggilan "Amoi" kerana menjadi kegemaran awek china. Walaupun kecil, tetapi performance nya mengalahkan basikal MTB yg lebih besar. Sgt selesa di kayuh di mana sahaja kecuali di offroad.

Sebagai persiapan untuk flight, Amoi perlu dibungkus di dalam kotak.


Sebagai bekalan, sebelum tour, wa telah menukar matawang ke wang Lao (kip), Thai Bath dan USD.

Apabila sampai sahaja di airport Vientiane, perkara pertama yang perlu kami lakukan adalah memasang basikal masing2. Pelik jugak orang2 di airport tu apabila kami begitu tekun dgn tugasan ini.

Petang di Vientine, kami bersiar2 menggunakan basikal. Sebenarnya, kami mencuba basikal masing2 sebelum perjalanan yang jauh di hari2 mendatang.

Amoi di sekitar bandar Vientine, Laos

"Amoi di Sungai Mekong

Makan malam bersama pegawai dari Kedutaan Malaysia di Laos. Perkara yang sangat penting semasa bertouring adalah memaklumkan perjalanan kita kepada pegawai kedutaan. Mereka sangat membantu sekiranya ada masalah yg timbul semasa perjalanan nanti.


Di bawah ini adalah tulisan wa semasa kayuhan sedang berlangsung. Wa ada menulis jounal ini di satu page yang lain.

DAY 2


Day 2: Seawal 5.30am mulakan kayuhan. Hari ni akan melintasi sempadan ke Thai. Cuaca redup dan dingin. Lutut mula sakit di km 70. Rendahkan seat post sikit. Restoran halal tak jumpa langsung, mungkin tutup kerana hari ahad. So, maggi dan milo 3 in 1 jadi penyelamat

Di pintu masuk ke Thailand dari Laos. Di sini, kami telah di paw sebanyak 10000 kip = RM4

Di sempadan Laos - Thailand.


Kami kerap juga tersasar dari haluan semasa berkayuh. Itinerary yang disediakan oleh student wa dan google byk membantu kami sepanjang berkayuh.

Situasi tolong menolong apabila ada rakan yang ditimpa masalah merupakan perkara yang sangat penting semasa tour.


Di pintu masuk ke Thailand. Free entry..

Day Tamat kayuhan hari kedua. Lepak hotel rm25 sorang

Makan berebut begini yg menambahkan seri tour kami. Antara menu yg kerap dan terlalu kerap kami belasah adalah roti, maggi, ikan bakar dan buah2an. Masuk hari ke 4, kesemua makanan itu telah sampai ke level loya kerana terlalu kerap memakannya.

DAY 3


Day 3: Jalan agak sibuk pagi ni sbb hari bekerja. Mulakan kayuhan jam 6.30am = 7.30am waktu Malaysia. Kami masak sendiri sarapan. Telur rebus + maggi bosar. Alhamdulillah.


Day 3: Di Khon Khaen, tetiba jumpa muslim food. Belasah kaw2 sbb inilah makanan paling berat kami makan sejak tinggalkan Laos semlm.

Day 3: Cuaca yg extrem panas mula memberi kesan kepada kami semua. Ia ditambah pula dgn masalah makanan yang kami sedang hadapi, telah menjadikan tour kali ini betul2 mencabar ego kami.


DAY 4

Day 4: Hari ni kita mulakan kayuhan lewat dari smlm kerana ada ahli perlu ke tandas beberapa kali. Seperti biasa, stretching dan doa selamat akan mendahului yg lain.

Hari ni, kayuhan flat dan kengkadang ada sedikit pendakian. Cuaca terlalu panas sepanjang perjalanan sehingga ada ketikanya, kami 'barai' beramai2.

Kami agak laju dari kelmarin terutama ketika panas terik. Di penghujung destinasi, kami terlalu kerap berhenti utk mengelak halusinasi kerana terlalu lama di bawah panas terik. Kami check in hotel di pekan Prathai sekitar jam 3.30pm waktu tempatan.

Kesimpulan hari ni : mampuih...!!!


Day 4: Setiap kali nak bersembang dgn org tempatan, Google translate sgt membantu. Air kelapa muda rm1 sebijik dari nenek ni.

Day 4: Berhenti lagi utk lari dari bahang panas yg melampau.

Day 4: Semut penuh kat situ, tapi kerana terlalu panas, kami dah lupa semua tu

Day 4: Di Politeknik Khon Kaen, Thailand.

Day 4: Muka2 hampir barai....duduk satu kerusi, tapi minda entah ke mana....

DAY 5

Day 5: Sarapan masak sendiri. Roti, jagung, telur 3 biji utk seorang dan sos Brahim yg dibawa dari Malaysia.

Tqvm kpd cheff Alongpd Wdv dan pak lurah. Selera wa = tahap paksa sumbat je.

Doa kami agar semuanya lancar dan dilindungiNya. Amin....

Day 5:
Sampai ke destinasi. Di sebabkan terlalu lapar, kami "mohon" dgn tuan punya kedai utk masakkan seafood tomyam dan udang goreng di bawah seliaan rapi pak lan. Its not a muslim restaurant.. As usual, wa mmg kurang berselera utk makan semasa suhu badan masih tinggi.


Day 5:
5 org punya kos makan.
2 menu seafood. 5 nasi, air mineral sorang sebotol dan beberapa redbull. 295 baht = +-RM30. Murah siot..

Kesimpulan Day 5
Day 5: Rasanya, hari ni hari yg paling memeritkan. Sepanjang tour yg dah masuk hari ke 5 ni, kami tiada masalah langsung dgn jarak. Kesemua kami mmg tlh bersedia dari segi fizikal utk berbasikal melebihi 100km setiap hari.
Apa yg menjadi masalah besar kpd kami adalah cuaca yg ektrem panas yg boleh mencecah melebihi 40°c. Ada kalanya, kami terpaksa berhenti setiap 10km utk berteduh..dan kadang2 setiap 5km.
Waktu ni adalah musim menuai dan menjemur padi walaupun di Malaysia sekarang ni, hujan hampir setiap hari.
Sepanjang aktiviti tour di masa yg lalu, inilah kali pertama kami berkayuh dgn kelajuan purata melebihi 30kmh sehingga timbul istilah baru dikalangan ahli tour iaitu "tour race" dan bukannya "tour pace". Semuanya adalah utk melarikan diri dari bahang jalan naik ke badan.
Masalah ke 2 yg agak besar efeknya adalah tiadanya makanan berat utk kami. Sepanjang jln terlalu kerap berhenti membeli air manis, air tak manis dan buah2an. Itu saja.... karbo = yilek. Wa muntah bila sampai ke destinasi kerana melanggar nasihat doktor physio wa. " Jangan amik caffeine waktu tgh bersukan. Pantang paling besar tu." Tapi, wa belasah Nescape ais bila badan terlalu panas.
Kesimpulan hari ni = "siapo yg mandai2 ngajak wa touring ni haaaaa...!!!!! "


DAY 6

Day 6: Assalamualaikum. Kami andaikan hari ni as recovery ride. Jarak kayuhan hanya sekitar 80km. Ini bukan rancangan asal kami. Plan B bro. Sepatutnya, kami mula masuk ke Cambodia hari ni dgn jarak kayuhan 150km.

Disebabkan kami tidak menggunakan rest day kami di Prathai, maka kami mempunyai "buffer" sehari dan kami gunakan utk kayuhan recovery hari ni.

Harapan kami = " doakan kami selamat sepanjang perjalanan "

Day 6:
Berhenti carbo load dgn menu seafood lagi. Disebabkan kedai makan non muslim, as usual, pak lan akan perhati secara terperinci bila proses masakan berlaku.

Di sini, kelaparan tahap gaban bro...

Day 6:
Kesimpulan Day 6:
Hari ni, kami mulakan kayuhan agak awal iaitu sekitar 5.40am waktu tempatan = 6.40am waktu Malaysia.

Kesan dari sengsara kayuhan smlm masih menghantui beberapa ahli tour. Ia ditambah pula dgn hanya makan roti, buah2an dan minuman manis disebelah mlmnya. Pagi ni pula, kami tidak langsung bersarapan sebelum berkayuh.

Akibatnya, silalah lihat digambar. Barai bro.. Yg baiknya ttg Thailand ni, 7E berlambak2. Senang nak beli minuman dan makanan ringan.

Selepas bersarapan buah2an dan kacang, ceria kayuh mula timbul semula sedikit demi sedikit. Gelak ketawa dan usik mengusik mula kedengaran. Alhamdulillah..... Mulanya, risau gak wa. Almaklum lah, kami tiada support crew.

Terima kasih kpd pak lurah yg agak bertenaga hari ni. Banyak yg beliau bantu dlm serba serbi. Begitu juga dgn MS. Setiap kali kami berhenti, MS tetap ahead dari segi tindakan dgn mencari arah jalan dan lokasi hotel.

Kesimpulan hari ni : "kayuhan yg ada dgn rintangan angin kencang dari depan. Penat, tapi tidak sepanas smlm...den suko..."

DAY 7: Prasat ke Cambodia

Hari ni, kami mula memasuki ke negara Cambodia. Sudah tentu hati sentiasa tertanya2 tentang infrastruktur dan sosio budaya di sana.
Day 7 Prasat ke Cambodia
Ini adalah di pintu masuk Cambodia dari Thailand. Tip di sini agak simple, "cakap melayu dan JGN cakap inggeris. Buat bodoh je bila nak kena pau...senyum...akhirnya, diorg give-up"

Day 7: Prasat ke Cambodia
Lepak sambil mengisi borang imigresen.

Day 7: Prasat ke Cambodia
Di Cambodia, bila terlalu lapar, berhenti utk membeli air manis dan tak manis.. Org2 tempatan di sini sgt mesra dan agak merbahaya kpd lelaki "bujang" hahahaha...

Day 7: Prasat ke Cambodia
Kami berhenti sebentar bila lapar. Tembikai potong bro...

Day 7: Prasat ke Cambodia
Pelajar2 sekolah Cambodia pulang dari sekolah. Yg tak berkemampuan, hanya berjln kaki saja walaupun destinasinya agak jauh. Kebanyakan dari mereka agak pelik melihatkan basikal kami berkemampuan utk mengekori trektor di jalanraya

Day 7: Prasat ke Cambodia
Kami memulakan kayuhan pagi ini ketika suasana masih lagi gelap, sekitar 5.50am waktu Thailand = 6.50am waktu Malaysia.

Tidak seperti hari2 sebelum, hari ni, suhu agak dingin sepanjang kayuhan. Ada ketikanya, suhu berada di bawah 23°c. Air yg wa bawa hampir tidak terusik.

Kami langsung tidak bersarapan dan hanya mengambil roti setelah berkayuh melebihi 30km sebagai sumber carbo utk hari ini.

Ada 2 perkara yg menjadikan kayuhan hari ini agak bertenaga dan sukses.

Pertama, mlm tadi, kami makan berat setelah hampir 48jam hanya memakan buah dan air manis.

Sepanjang perjalanan, kami tak jumpa restoran halal sepanjang lebih 48 jam itu. Restoran2 yg di cadangkan oleh pelajar2 wa agak jauh lokasinya utk kami pergi menggunakan basikal.

Ke2, mlm tadi, kami berkesempatan utk menerima urutan satu badan. Walaupun ia tidak 100% seperti fisiotrapi ahli sukan, tetapi kesannya amat ketara.

Kami masuk ke Cambodia tanpa masalah langsung, cuma di pau oleh imigresen Cambodia sebanyak 100baht seorang = +-RM10.

Di Cambodia, ia merubah segalanya secara tiba2. Dua dunia berbeza. Sayu hati melihat suasana di sana yg mengingatkan wa ketika tahun2 60an dulu. Kanak2 ke sekolah dgn berselipar dll. Laungan "hello" terlalu kerap di laungkan oleh mereka, tak kiralah dari mana mereka nampak kami lalu.

Jarak kayuhan kami utk hari ini hanya sekitar +-90km sahaja walaupun ada niat di kalangan kami utk meneruskan lagi kayuhan memandangkan cuaca sejuk. Tidak berani kami utk mengambil risiko kewujudan hotel sekiranya meneruskan kayuhan.

Petang ni, kami hanya makan maggi dan biskut lemak sebagai sumber carbo. Harapan kami, semoga esok, kami tetap bertenaga utk berkayuh di hari terakhir trip ini iaitu ke Seam Reap, Cambodia. Aminn.... Salam..

DAY 8: HARI TERAKHIR-Seam Reap



Day 8: Seam Reap (tamat tour TIC)

Bro..
Meleleh air mata wa tatkala salam wa di balas oleh penduduk tempatan. Wa terlalu lapar dan bila kilometers2 terakhir, wa asyik berhalusinasi yg wa sedang makan nasi goreng kmpg dan telur dadar. (Hawaw kengkawan wasap yg asyik menghantar gambar makanan kegemaran wa).

Syukur alhamdulillah, akhirnya wa dpt order makanan kegemaran wa tu skrg.

Kpd kengkawan tour wa, wa mintak maaf kalau di akhir2 tour ni, lu org nampak wa lain sikit.

Kpd Pak Lurah, Rahman Madee, MS dan Alongpd Wdv, lu org sangat matang sepanjang tour terutama saat2 kita tertekan. Wa bangga ber"tour" dgn lu org. Semoga silaturrahim berkekalan ke akhir hayat.

Day 8 (Gambar dan ayat dari FB Along)
Misi tercapai....total kayuhan 788km 8hari...bnyk kenangan...pahittt....manisss....gelak....masam muka.....tak bocakap....loteh...sogalo ea ado...tapi biar gambar ni yg berbicara....tahniah buat MK, Rahman Madee, Ms n Yazid u ols d great

Day 8: (Gambar dan ayat dari FB Madee)
Day 8 15/11/14
Sie Reap
The first important thing that we must do when we reach SR is to find halal food.
Been on fruits diet since day before. Nasi goreng ayam,Lembu naik bukit and of course Nescafe 3 in1 from Malaysia

DAY 9: PULANG KE KLIA - TAMAT TIC
SYUKUR ALHAMDULILLAH. Kami selamat tiba di KLIA. Tour of IndoChina melabuhkan tirainya. Berjumpa lagi di tour2 yang akan datang.

Assalamualaikum.

p/s: maaf sekiranya ayat bertabur kerana nota dibuat secara tergesa2 dan ada yang ditulis semasa tour berlangsung. Belasah je bro.

6 comments:

Taher Kasa said...

Baca lu punya cerita pun seronok juga.

Alladiin said...

terima kasih Taher...

hailey said...

Hi, Great information! Would you please consider sharing my link to your readers? Please email me back at haileyxhailey gmail.com.

Thanks!
Hailey

ibrahing tkidimalaysia said...

APA BILAH BERMINAT ANGKA TOGEL JITU DI JAMIN TEMBUS MULIA DARI ANGKA 2D,3D,4D,5D,6D,6D..HBG NO INI 085-256-133-981-MBAH SORE PASTI MEMBANTU

Alladiin said...

Dalam banyak2 aktiviti bermusafir berbasikal kami... inilah aktiviti yg paling mencabar sekali kerana suhu atas 40*C dan sukar untuk mendapat makanan halal untuk tenaga berkayuh...

Anonymous said...

UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT