Thursday, January 15, 2009

Khamis..Pendaftaran Pelajar

Hai..

Bro, hari ni wa bangun pagi dgn tenang sgt. Rasanya, amat penting sekali kita mendapatkan suasana yg menyenangkan semasa kita nak tidur. Sebab suasana sebelum tidur itu akan pengaruhi tidur kita dan pagi kita nanti. Seperti biasa, selepas solat, wa akan minum seteguk air tanpa makan, walaupun setiap hari, bini wa akan masakkan sarapan pagi untuk wa tanpa jemu sepanjang 17 tahun wa hidup sebumbung dgn dia. Diapun dah masak sgt dgn perangai wa yg tak lalu makan pepagi sgt. Dia akan tapaukan wa dgn sarapan pagi utk wa jamah di tmpt keja nnti.. (utk bini wa, kalau baca entry ni, rasanya tak kot...sebab dia mmg selalunya tak berkesempatan untuk browse intenet: "tq sayang, your r extra-ordinary to me..")

Pagi ni, seperti biasa, wa yg akan hantar semua anak2 wa yg bersekolah..Khaidir, Rushdan dan Ain. Kebetulan mereka semuanya bersekolah di sekolah yg sama. Khaidir, tingkatan 4 (tgh berkobar2 semangat dgn add-math dan fizik, Rushdan, tingkatan 2 (setiap hari selepas sekolah akan duduk melekat di kerusi study di bilik dia..hmm, harap2 berterusanlah k.. dan Ain, tingkatan 1 (tgh kekok untuk menyesuaikan diri dgn suasana sekolah menengah.. Ain dah besarlah sayang..) Waktu2 beginilah wa akan gunakan untuk bersembang dgn mereka. Bergurau2 manja sepanjang perjalanan ke sekolah.

Ketiga2 anak wa ni berlainan sikit perangai masing2. Khaidir dan Ain, diorg ni mesti akan lambai dan ckp "Bye..ayah.." bila meninggalkan kereta dan masuk ke sekolah. Rushdan pulak..ambil beg dan terus berlalu tanpa menoleh langsung kepada wa. Wa dah masak betul dgn perangai dia ni.. Nak kata kontrol macho depan kawan2 sekolah, mungkin tak..sebab kat tempat lain pun cam tu gak. Hmm..mmg itu dah cara dia.. wa nak cakap macam mana lagi..tapi wa tahu, dia amat sayang pada wa. Dulu, dia pernah nangis kerana rindukan wa...

Bro..hari ni hari pendaftaran pelajar lama. Maka bermulalah sesi semester baru untuk stdnt di sini. Macam biasa..dah bertahun2, wa akan sibuk dgn pendaftaran kerana menjadi ketua Sistem Rangkaian..


Kaunter Pendaftaran yang pasti sibuk yang amat sgt..

Waktu menunjukkan 8.30 pagi, masih belum ramai lagi student yang sampai untuk mendaftar
Pukul 9.00 pagi, tiba2 je kaunter diserbu.

Kepada bekas student wa di tahun2 90an dahulu, keadaan dewan besar ini masih seperti dahulu. Cuma sekarang dilengkapi dengan A/C dan pendaftaran tidak lagi menggunakan fail kertas seperti dahulu kala..haha..sekarang semuanya berkomputer dan menggunakan aplikasi serta pangkalan data berpusat.

Anyway bro..mungkin bila wa senang, wa kan masukkan entry keadaan bilik taip dari luar dan dalam pula. Bilik ni mmg byk kenangan kepada semua bekas pelajar wa..sebab itulah, ramai bekas student wa yg call, mintak wa masukkan entry ttg bilik taip..Nantilah..

Wa chow dulu..Salam bro.."teman sejati..gurau senda tika hidup mu..kenangan terindah ..sering bermain2 tatkala kesunyian.."

14 comments:

pinkiss said...

alamak.. tiba² teringat zaman dolu kala.. di kala aku mendaftar di sana. huhuu..

jesnita_ns said...

wah skang lebih canggih le ek..lg senang cenggitu..sbb anak-anak skang pn dh makin celik IT..ermm zaman dh berubah..

alladiin said...

pinkiss: haha..terkenang zaman student dulu ke..tentu byk kenangan.

jesnita_ns: mmg student skrg ni ramai yg celik IT sebelum jadi student poli lagi..

Anonymous said...

hallu cek.. ermm. dh agak dh cek akn wat entry psl pndftran ari nie. Sumenya berjalan dgn lancar cek. Mekaseh

cenderahati sy tuk cek dr bukit aman 2 sy dh bg kt pn liza, sy pesan pn liza tuk bg kt cek, cek pown jgn lupe amik kt puan liza ea.

alladiin said...

romeo: hah !! dari bukit aman? Pistol ke? huhu

Anonymous said...

haha... x de lah cek. cek mst suke bile dpt cenderahati 2.

alladiin said...

romeo: tqvm..dah letak kat atas meja pun..

TiNiE said...

saya adalah pelajar pertama yg membuka kaunter pendaftaran di dinihari dan terus mendapat no 101/dsk/96 kenangan..kenangan...

PuTri ReRaMa AwAnAn said...

saya pun masih segar di ingatan 229/DSK/99.. hehehe.. macam num ic plak.. tak pernah lupa pun.. tapi budak2 sekarang lagi best.. sebab lagi canggih.. tapi saya dulu.. pegang mesin taip menggigil2.. yang tak leh lupa.. tolong suruh kawan taip.. asdf ;lkj..punya lah takut nak pegang mesin taip tu.. takut salah.. now. alhamdulillah.. dah terel sangat2.. TQ.. Pensyarah2 yang mengajar saya..

alladiin said...

tinie: wah..tahun 96 tu, sure umor pun dah..hahaha...dah 13 tahun meninggalkan poli..

Puterireramaawanan: Panjangnya nick u..zaman sekarang dah tak gunak lagi mesih taip besar tu..semua dah guna PC

NoR WaHiDa AbDuL MuNtaK said...

10 tahun sudah berlalu...kejap jer rasa.. seronok rasanya duduk kat Poli PD walaupun masa tue kemudahan tak secanggih skrg...waa..sedih sudah..Andai masa dapat ku putar, ingin rasanya ku ulang semula...

alladiin said...

wahida: andai dapat ku putar semula waktu, ingin ke 2 zaman: 1. zaman rasullah 2. zaman mula persekolahan darjah 1 dulu..hmm..

AQisH said...

alahaii mmg terkenang..ape tah lg di saat² dlm blk taip..best tol..nak²nyer tiap kali exam typing musti dpt 4 flet kikiki..tq en.ashri..mmg skrg i expert menaip taww promo nampakkk huhu..

tp memula belajar typing ngan lect jepun tu sapa nama dia tak ingat..guna typewriter manual taw..bdk skrg untung guna yg letrik je kan..

alladiin said...

aqish: wah..sekarang dah terror menaip ek..stdnt skrg dah tak guna mesin taip langsung. Skrg ni guna software khas di komputer sahaja.

Lecturer jepun tu namanya ruriko