Friday, January 2, 2009

Membuat pilihan..

Hai..

Bro..semalam wa tengok cerita Spiderman 3.. Dah byk kali main kat Astro sebelum ni tapi semuanya wa tak ada hati nak tengok. Cuma semalam je, wa duduk tengok. Terror betul mamat tu.. Tak de chance langsung org jahat.. Hmm..kalaulah mamat ni betul2 wujud, kompom org2 jahat kat Malaysia ni langsung tak de peluang nak buat projek jahat diorang.

Sebenarnya bukan kekuatan mamat tu yg wa nak cerita kat sini. Tatkala cerita tu sampai kat penghujung..babak sedih masa kebumi kawan dia yang mati..(biasalah bro…hero kompom tak mati.. Yang mati mesti org jahat, kawan atau jiran pada kawan). Masa tu dia ada sebut: “Whatever comes our way. Whatever battle we have raging inside us, we always have a choice. My friend Harry taught me that. He chose to be the best of himself. It's the choices that make us who we are, and we can always choose to do what's right. “

Kalau kita kaji balik hidup seharian kita, tidak dapat tidak, semuanya sentiasa berkaitan dengan pilihan. Setiap detik, kita akan sentiasa berdepan dengan situasi yang memerlukan kita membuat pilihan. Kita terdorong untuk memilih satu dari pelbagai pilihan yang datang. Tapi bro..dalam membuat pilihan ni, kita juga mesti sedar akan risiko yang bakal mendatang atau akibatnya dari pilihan yang kita buat itu.

Bro..pernah tak dulu, kadang2 lu ada terasa seperti berada dalam situasi tiada pilihan. Ni yang dikatakan di telah mati emak, diluah mati bapak..Hmm.. berat kan. Kalau berada dalam situasi ni, kita akan serba salah. Di sinilah kita benar2 di test ke tahap tinggi dan memerlukan penumpuan dan penglibatan diri kita sepenuhnya dalam membuat pilihan.

Dulu wa ada terbaca buku, antara lain menyebut : Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil satu ketika dahulu. Jika kita merasakan sesuatu itu akan membuatkan kita bahagia, maka teruskan. Kita perlu ingat bahawa kita mungkin akan melalui semua itu hanya sekali sahaja dan mungkin juga tiada lagi peluang kedua.

Bro..biarpun apa pilihan yang ada pada kita, kita tidak boleh membuat pilihan sambil lewa tanpa ambil pusing tentang baik dan buruk akibatnya nanti. Walaubagaimanapun, dalam menghadapi situasi membuat pilihan ni, kita kekadang akan berasa was-was, samada pilihan kita itu tepat ataupun salah. Ini kerana dalam membuat pilihan itu tidaklah semudah yang kita fikirkan.

Berbalik kepada cerita Spiderman 3 tu..walau begitu tinggi dendam Harry kepada Peter kerana membunuh bapaknya..tapi akhirnya Harry mengambil pilihan untuk menolong Peter. Dia berjaya mengetepikan segala dendam dan marahnya sebelum ini dan membuat pilihan untuk menolong Peter hanya kerana suatu ketika dahulu, Peter merupakan rakan sekolahnya.

Nampak mudahkan bro..lupakan dendam lama, ambil pilihan untuk menolong musuh hanya kerana ia pernah menjadi rakannya suatu ketika dahulu. Betapa harmoninya dunia ini kalau semua manusia boleh membuat pilihan macam ni.. Setuju??

Di sinilah pula peranan nafsu dan emosi makhkluk yang bergelar manusia yang akan menentukannya. Kalau ada orang kata amat mudah nak mengawal dua benda ni…bullshit lah.. Cakap mmg mudah.. Tapi kalau kita berada dlm situasi tu..baru kita tahu kekuatan kita di mana.

Akhir sekali bro…biar apapun yang berlaku, things happened for a reason. Pernah wa terbaca: “Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari..rupa2nya, Tuhan hendak memberi kita pelangi. “

Baik atau betapa buruknya akibat dari pilihan kita, kita kena teruskan hidup selagi nyawa dikandung badan. Akhir kata bro..no matter how hard we fall, we must get up and walk again.. Kita terlalu mengimpikan kebahagiaan dan kesenangan, tetapi Allah memberi kita kepayahan dan cabaran untuk menjadikan kita kuat dalam menempuh kehidupan.

Salam bro…

5 comments:

scha exa dan dunianya said...

catatan dan pendapat yg bagus utk dikongsikan...sememangnya kite sentiasa ragu memilih setiap pilihan yg ada

alladiin said...

dibiuscinta: yelah..kekadang tu perasaan was2 terlalu menebal hingga menyusahkan diri sendiri.

azuan ayub said...

yup catatan yang bernas untuk di kongsi.. tak pernah terfikir pun.. terima kasih kerana berkongsi...

sara@romeo said...

hallu cek..sy stuju sgt2 dengan cek.. mekaseh krn sudi berkongsi.. apb kite sebut psl pilihan sy teringat pada ayat ini "HATI MANUSIA TIDAK PERNAH PUAS DENGAN APA YANG ADA, EA AKAN SENTIASE MENCARI PILIHAN YANG LEBIH BAIK DARI YANG ADA SEKARANG". sbg contoh, katekan kite pergi bli baju, dan setelah beberapa kedai kite turun naik akhirnya kite pilih sehelai baju yg sesuai tuk kite dn memblinya tp semasa kite melintas di kedai lain pulak kite terserempak pada sehelai baju lg. dn kali nie hati kite bersuara
"lah, baju nie lagi lawa dr yg aku bli td, rugi lah aku" hah lebih kurang cm 2 la cek. so pe pandangan cek psl nie? bile ati seseorang manusia ini akan satisfy?

alladiin said...

Romeo: Bahasa rock kata, buas dan gelojoh..

Bahasa ilmiah kata; kehendak yang tiada sempadan..