Dalam keletihan, wa harungi juga cabaran rakan2 utk ekspidisi yg seterusnya. Memangpun, telah lama kami tidak mengharungi cabaran yang baru. Suatu petang, Amri telah call wa, bertanya tarikh yang sesuai utk ekspidisi kami yang baru.
Bila tarikh dipersetujui, persiapan dibuat agar ekspidisi kali ini tidak gagal. Persiapan material tidak menjadi masalah. Tapi selalunya, tatkala ekspidisi, dugaan mental dan emosi yg menjadi masalah. Rata2 dari kami semuanya org yg terlalu sibuk. Waktu2 sanggang amat sukar utk dtg dgn sendiri. Disebabkan itulah, kami selalunya akan mengambil jalan mudah; tinggalkan saja apa yg sedang dibuat, teruskan dengan perancangan baru utk ekspidisi seterusnya.
Kali ini, sebuah kelong di bandar Bagan Lalang menjadi pilihan. Jarak kelong tidaklah jauh dari pantai. Cuma 700 meter saja kalau kita kira menggunakan GPS. Tengahari lagi, Yazid telah telefon wa, beritahu yang Amri (organizer) tidak dpt ikut serta. Kaki patah angkara lupa diri tatkala bermain bola. Pergi ke hospital, ingatkan hanya seliuh dan dibalut, rupanya kena tahan, masuk wad utk di bedah. Akhirnya kaki Amri ditampung dgn beberapa batang besi. Nasib kau lah Am..napelah main bola sampai lupa diri...utk lebih selamat, tukarlah sukan bola tu ke main dam aji. Tambah sayu bila Chong dan Amin tidak dapat ikut serta kali ini angkara terlalu sibuk dgn projek...(yg sebenar, sib baik Chong tak ikut..leh karam bot, bro..)
Petang, sejurus wa sampai rumah, bini wa telah siapkan segala persiapan wa. Beg baju, set joran wa yg dah berabuk dan tool box wa yg penuh dgn taik cicak..(ni semua angkara si Haslan tu lah kerana lambat sgt dgn ekspidisi baru..) Tepat jam 5.30 petang, wa pun gerak dari rumah menuju ke Bagan Lalang. Tiba2 hp wa berlagu2; dlm keadaan rabun tanpa spek, wa baca siapa sipemanggil. Payah gak lah. Yazid rupanya, mengarahkan semua peserta ekspidisi berkumpul di 7 Eleven bandar Sungai Pelek.
Tepat jam 6.00 petang, wa pun sampai di 7 Eleven bandar Sungai Pelek. Semua dah sampai rupanya. Wa yang terakhir sekali. Kami gerak ke rumah hinggap Haslan di kawasan tu. Solat Asar dan wa tinggalkan kereta wa di sana.
Sampai saja di pantai Bagan Lalang, bot memang telah lama menanti kami. Kami terus saja memunggah segala barang keperluan ke dalam bot.
Kali ni, wa nampak persiapan kami agak hebat. Semua jenis umpan pemancing yang hebat ada bersama kami termasuklah udang hidup yang dibeli dengan harga rm1 seekor. Bila wa kira, ada 80 ekor semuanya. Syafiz, AJK makanan mengeluarkan pelbagai makanan. Hmmm..apalah kau syafiq.. Mamie, kacang, mineral dan air gas.. (potong selera betul..wa ingatkan burger, cempedak goreng, whipped potato ke..)
Adi datang dari Kuala Terengganu bersama rakannya yg juga adi gak namanya. Jauh perjalanan Adi menandakan semangat kental beliau. Kali ni Adi telah bertekad utk tidak lagi melayan Gelama..(ikan yg tiada dalam senarai kami..)
Bila segalanya telah siap sedia, kamipun mula bergerak ke tengah laut... Keadaan laut sungguh tenang. Gelombang kecil sahaja dan angin pun bertiup sepoi2 nyaman.
(Bersambung di next entry..)
Bye bro...Salam
7 comments:
wah..gi memancing lg ek? mesti seronok..byk dpt ikan?
en. ashri join forum lubok tak..untuk kaki2 pancing..
alaaa bestnyaa... jelesss k...
wah... cek xpdc nie bile plak trjd? syp2 jew...
spt bese posing cek mmg hbt...
syg ea, mr.chong x dpt nk ikut
(tringt mase mr.chong turut serta dlm xpdc mancing yg lepas... huhu klaka betul)
tp ending... cm drama la plak (akn bersambung.....)hehehe
Dee: mmg seronoh terutama bila menaikkan ikan..ikuti entry seterusnya utk mengetahui sukses atau tidak ekspidisi kali ini
mama sahmi: tak tahu pulak ttg group tu..nnti saya akan cari..Tq anyway.
Mya: jeles ke..hehe..nak ikut, no problem, cuma kena ganas dan lasak sikit.
romeo: nasib baik dia tak ikut sebab kami tak tahu yg bot kali ni kecil je...tak compatible dgn saiz chong..sori chong..just joking
a'ah la cek, bot kali nie kecil klu dibandingkan ngan yg dlu....
bot je yg kecil, tapi semangat tetap besar
Post a Comment