Tatkala bot kami menyusuri kuala sungai menuju ke laut lepas, terasa sgt damai di hati. Angin yang bertiup sungguh nyaman menyapa2 liang roma wa yg dah berusia 40an ini. Tatkala ini tiba2 teringat akan pengalaman wa yg luas tentang laut sejak kecil lagi sehinggalah wa bersara dari jet ski. Pengalaman ketika wa berenang2 di laluan kapal tanpa life jacket ketika menegakkan semula jet ski wa yang terbalik dan bermacam2 lagi.
Nun di hujung horizon, wa telah nampak kelibat kelong yang akan kami tawan. Hati menggelojak tidak sabar untuk beraksi sakan sepanjang malam. Semakin lama, semakin dekat kelong itu di mata wa. Tatkala ini, hati wa berkata2, indahnya alam ciptaan tuhan ini...
Kami sampai ketika matahari beransur2 rebah di kaki langit. Akibatnya, semua terpaksa dilakukan secara tergesa2, takut gelap, walaupun kelong tu di lengkapi dgn generator. Pelik bukan..? Ada generator tapi takut malam. Senang saja sebabnya, rata2 ahli ekspidisi berusia sekitar 40an. Kehebatan mata tidak seperti dulu. Walaupun dilimpahi cahaya sport light yg terang, tapi lubang mata kail yg halus amat sukar untuk dilihat.
Haslan dan Yazid yg paling teruk. Beberapa jari mereka berdarah tertusuk mata kail yg umpama pedang tajamnya. (yg sebenarnya, wa pun tertusuk gak, tapi disebabkan kontrol macho, wa diam dan membisu saja..)
Bro, kelong ni dipenuhi dgn berbagai jenis spesis ikan. Banyak jugak ikan yg baik kami naikkan. Setiap kali joran disentap ikan, maka bisinglah mulut semua ahli ekspidisi memberi semangat. (ada gak yg jeles..terutama pada wa yg telah menaikkan sejumlah 5 kg ikan..)
Bila menjelang dinihari, mata kami mula protes..maka sorang demi sorang yg rebah mencari ruang lapang untuk melelapkan mata sebentar. Tiba2, suasana hening dan tenteram itu telah didatangi dengan ribut beserta dgn hujan yang amat lebat. Hati wa tiba2 cemas. Manakan tidak, tiada bot penyelamat, tiada floating device yg cemerlang. Yg ada hanya life jacket yg uzur dan kurang upaya.. Situasi menjadi bertambah parah apabila tiba2 saja generator mati. Gelap dan amat gelap. Ribut dan hujan yg lebat. Yg tinggal waktu ni hanya haslan dan wa saja. Yg lain.. hmmm.. lelap. Walaupun hati agak cemas, tapi wa cuba utk cool.. cuba sorokkan dari haslan.
Bila hujan menjadi bertambah lebat, hati wa mula lega sedikit. Pengalaman wa, hujan lebat akan memesongkan arah tiupan angin ke arah lain. Betul rupanya...angin tiba2 saja menjadi lembut semula.
Selepas solat subuh, kami mula mengisi minyak pada generator..(baru nampak kelibat lubang minyak..) Siang tu, ada beberapa kawan yg telah menaikkan ikan2 yang menarik. Wa..hmm..kosong..
Jam 9.00 pagi, kami mula menukar tektik...menggunakan umpan ikan hidup.. Hasilnya menarik..beberapa ekor ikan parang di naikkan...
Tepat jam 11.30 kami mula meninggalkan kelong tua ini (18 tahun usianya..) Dalam perjalanan pulang dgn bot, beberapa idea untuk ekspidisi seterusnya mula kedengaran. Menarik gak idea2 tu...
Kali ni, giliran Haslan untuk membawa pulang semua hasil tangkapan. Selepas makan tengahari di bandar Sungai Pelek, kami bergegas pulang di destinasi masing2.. Walaupun hasil tangkapan tidak seberapa, tapi kami agak puas kerana hanya seekor saja gelama yg dinaikkan. Yg lain adalah ikan dari model yg disahkan olah persatuan memancing professional sedunia..
Ok..bro..wa chow dulu.. Jumpa lagi di lain entry.. Salam
5 comments:
"Tatkala bot kami menyusuri kuala sungai menuju ke laut lepas, terasa sgt damai di hati. Angin yang bertiup sungguh nyaman
menyapa2 liang roma" wah cek... hebat sungguh ayt puitis cek..
pas 2 kelong yg berusia 18 tahun 2 pown cukup hebat berdiri teguh...
papepown pengalaman cek g mancing mmg best...
tp sygnya kali ni pown x dpt ikan duyung... hehehe
bestnya dpt ikan fresh. bakar sedap tu...
seems really interesting... klu saya la g tengah laut tu bot terbalik, mati lemas la... x reti berenang. hehehe.. bagus la aktiviti en ashri ni, aktiviti sihat.
betul..dpt ikan fresh..terus bakar..fuh nikmat x terkata..
romeo: ayat bunyi cam jiwang..tapi orgnya brutal
cik jah: minat ikan fresh ke.. kena ajak hubby awak gi mancing.
paij188: kena pakai life jacket klu gi mancing...klu tak nnti kena saman dgn police marine
dee: kena tunggu ikan tu mati dulu dee..kang kena dakwa mendera ikan plak..hehe
Post a Comment