Tiba2... tuuuuu diaaaa... bot buruk yg dah boleh di buat tukun kat tgh laut tu.. Yg paling haru, langsung tak de toilet tu broooo.... Wa dah mula tak berapa nak suka dgn benda ni.. tapi, kita rock kan... wa cuba adapt lah benda tu.. Buat tak tak je. Wa tengok muka Yazid dah mula berkerut2. Ekspidisi kali ni, Yazidlah yg jadi master mind dia. Dia yg uruskan segala2nya..dari A sampai Z termasuklah mengambil alih jawatan ajk makanan dari Syafiq..(part makanan ni, wa nak komplen, kauci 2 bungkus je ke bro.. lain kali kenalah beli 2 kg..)
Bila dah pasrah dgn keadaan bot sebab dah tak boleh nak buat apa lagi, kamipun terima je lah.. Urusan punggah memunggah barangan kami ke bot buruk pun bermulalah.. Dalam hati wa cuma satu je, nak keluar dari kawasan jeti tu secepat mungkin. Apa taknya, muka wa makin biru angkara menahan bau busuk yg amat sgt.. Kali ni kebanyakan dari kami dah upgrade peralatan. Wa turun dgn 3 pancing yg setiap satu ada tugas2 khas..hahaha..
(lu lengok muka Yazid berkerut memikirkan betapa hodohnya bot yg kami sewa kali ni..Hello zid, lu klu amik gambor, tulun tahan napas sikit bleh..hehe..)Selesai urusan memunggah, tanpa berlengah lagi, tali ikatan bot dilepaskan dan kami mula bergerak ke tioman.. yg akan memakan masa selama 4 jam setengah. Bot ni slow sgt macam dah tak larat. Klu guna jet ski wa, rasanya dlm 30 minit dah sampai. Itupun klu wa yg bwk. Klu Lan yg bwk, rasanya dlm 1 jam setengah..
(on d way to tengah laut, fikiran wa membuak2 kerana tak sabar untuk bertarung di kawasan yg amat popular dgn saiz ikan yg besar2..Muka adik si Yazid berkerut2 menahan pening angkara di serang demam..hebatlah lu bro, demam pun boleh gi mancing)Keadaan laut agak bergelombang. Sepanjang perjalanan yg meletihkan tu, kami sibuk menyiapkan senjata memasing. Yg bestnya ttg ekspidisi kali ni, tekong sibuk mengajar kami ttg jenis peralatan yg perlu di gunakan. Perhentian pertama nnti, ikan jenis apa yg akan kami pancing. Inilah layanan yg paling best pernah kami rasai. Tekong2 sebelum ni langsung tak ambil peduli. Lantak koranglah..
Sepanjang perjalanan, rakan2 wa mula rebah sorang demi sorang. Ini angkara gelombang yang agak tinggi. Wa, Lan dan Amin mula bercerita tentang topik2 berkisar ttg pulau tioman. Diorg ni langsung tak pernah sampai tioman. Apalah lu org.. cop kat passport dah nak penuh angkara asyik bergerak satu dunia, tapi tioman pun tak pernah sampai ke...
Sambil2 membuang masa perjalanan ke tioman, kami melabuhkan beberapa batang pancing, trolling, angan2 nak dpt ikan layar (marlin). Habuk pun tarak.
Setelah puas di ayun gelombang, tepat jam 6.30 ptg, kami tiba di destinasi pertama. Tekong merapati kami utk verify beberapa perkara, ikan apa yg ada kat dasar, mata kail dan umpan apa yg perlu digunakan. Cayalah bro..lu mmg tak kedekut ilmu.
Berebut2 kami melabuhkan pancing ke dasar. Terkejuttt....letak je, pancing terus di sambar ikan kembong dan mabong.. Dlm hati tersenyum giler bro..dasyat2.. Kembong dan Mabong yg baru dinaikkan ni, kaler dia agak lain sikit dari yg di pasar. Almaklum, belum kena ais lagi. Pertarungan dgn kembong dan mabong tak lama, cuma 30 minit je. Jam 7.00 ptg, matahari dah mula menghilangkan diri. Akibatnya, mata kail apollo yg kami gunakan dah tak bersinar lagi. Kembong pun dah tak nampak kail lagi.
Tekong jerit dari depan.."angkat pancing semua..kita gerak ke kawasan ikan besar pulak.." Waaahhh..inilah waktu yg wa tunggu selama ini. Suasana dah makin gelap. On d way ke kawasan tu..abang bot bersiap, masak utk makan malam kami. Lauk dia, asam pedas ikan kembong dan mabong yg kami pancing tadi... Manisnya tak terkata bro..
Bila sampai ke lokasi, makan malam pun siap di masak. Maka berebutlah memasing melabuhkan pancing dan terus makan. Wa tak makan. Klu semua makan, sape plak nak layan pancing nnti klu di sambar ikan.
Tak sampai 3 minit, pancing Yazid di sambar ikan. Kesian wa tengok dia. Nak layan tak leh, sebab mulut penuh dgn nasik.. Tekong yg layan.. tu dia.. ikan tambak (rupa cam jenahak)seberat 1.5 kg. Nilah first time pancing dia di sambar ikan sebaik tu, tapi bukan dia yg angkat.. Wa dpt rasai kepedihan hati dia..muahahahaha...
Tiba2 pancing wa plak disentak ikan..Wa capai joran yg melentuk hampir ke tahap patah tu...tusss...putus bro..hampanya. Baru je sebentar tadi wa gelakkan si Yazid. Sorilah bro..lepas ni, wa tak nak gelakkan lu lagi..
Sepanjang di lokasi tu, banyaklah ikan2 besar yg dinaikkan. Tekong asyik datang menjengok kami utk pastikan kami juga menaikkan ikan. Wa respeklah tekong ni. Bila malam makin larut, semua mula mencari ruang lapang utk melelapkan mata meninggalkan Lan dan wa yg masih lagi setia dgn pancing.
Di kaki langit, awan gelap mula merapati bot kami tanda sesuatu akan berlaku. Makin lama makin gelap. Laut yg bergelombang tadi, tiba2 je tenang setenang air di cawan. Alamak, bisik hati wa, ini tanda tak baik ni..ribut nak dtg. Wa sound geng2 yg sedang tidur termasuk tekong, tapi hampa. Lena betul diorg di buai mimpi. Lan tanya wa, nak buat apa. Wa jwb, buat bodoh je. Takkanlah wa nak start enjin bot plak. Bukan bot wa. Angin kencang mula tiba. Gelombang laut mula memecah putih menandakan suasana bertukar bahaya kepada bot2 kecik. Tapi, yg tidur tetap tidur. Dlm hati wa nyumpah2..hotak koranglah..tido mati!!!!! Lan mula pasang lagu mp3 kuat2..tapi tetap hampa. Giler ni.. Tiba2 pancing wa di sambar ikan. Melentuk liuk jorang wa penangan pertarungan wa dan ikan. Bila dah tak terlarat, wa jerit sekuat hati pada Lan.. "Bro, amik sauk bro...ikan besar sgt, wa dah tak larat ni.."
Disebabkan jeritan yg kuat, apa lagi, bangun semua org termasuk tekongnya sekali. Bila ikan selamat di naikkan, barulah tekong perasan yg suasana makin bahawa. Kilat mula sabung menyabung. Beberapa bunyi guruh yg kuat dah mula kedengaran.
Tekong jerit.."angkat pancing..ribut ni..kita perlu lari ke belakang pulau utk berlindung"
Dlm hati wa.."apalah lu..patut dari tadi dah gerak, bukannya skrg.."
Hujan mula turun mencurah2. Kami masuk ke kabin yg kecik tu. Duk berhimpit2. Wa jeling jam di tangan, baru pkul 3.30 rupanya.. Bot gerak terumbang ambing di pukul gelombang yg tinggi. Kabin kami pula bocor.. basahhhhh... lantaklah bisik hati wa. Klu nak kering, gi main chess je..
Setengah jam kemudian, kami berada di belakang pulau, berlindung dari ribut dan gelombang besar. Walaupun gelombang masih besar, tapi tak sebesar tadi. Hujan masih mencurah2. Mata wa mula memberontak akibat duduk lama tak buat apa2.. teruss lelap sambil duduk. Ruang yg ada hanyalah utk duduk je.
Pkul 5.30, kami tergerak bila hujan berhenti. Wahh..lama gak kami tidur duduk ni. Dlm keadaan sakit2 badan dan punggung, wa bangun check apa yg patut. Wa rasa punggung wa dah tak gebu lagi. Hmm..marah bini ni..
Lepas solat subuh, kami gerak ke lokasi yg lain plak. Cantiknya alam ciptaan tuhan ini..di kaki langit, mentari muncul....
Di lokasi baru ni, hasil tangkapan agak menghampakan. Wa langsung tak angkat apa2. Bila respon dari ikan kurang, tekong mula menggerakkan bot ke lokasi baru. Sambil tu dia pesan.."tempat yg nak gi ni, guna apollo, letak umpan sotong"
Mmg hebat tempat ni.. berjam2 kami melayan ikan kerisi dan "petronas" (amin yg gelar ikan petronas sebab kaler hijau.." Byk betul ikan ni. Wa sampai letih menaikkan ikan. Bila dah terlalu letih, masuk ke kabin.. tidooo...(mencari tenaga dan bersiap utk pertarungan petang plak..)
Pkul 5.30 wa terbangun. Geng2 masih lagi setia dgn pancing. Wa gerak ke pancing wa dan mulakan semula pertarungan. Ikan masih sama, kerisi dan "petronas". Wa mula cadangkan agar ikan yg bersaiz kurang dari 6 inci di lepaskan semula. Semua setuju.
Semakin petang, semakin galak ikan memakan umpan kami. Wa mula kehilangan tenaga utk menaikkan ikan. Akhirnya...bila pancing di sambar ikan..wa dgn riak dan sombongnya berkata: "malaslah...lu tunggulah kat situ wahai ikan...nnti bila wa dah ok, wa check.."
Mmg letih bro. Dah lebih 24 jam kami di lambung gelombang. Nak makan byk tak boleh, sebab takut sakit perut. Bot ni tak de jamban. Giler betullah.
9 org atas bot. Penuh tu. Tak de ruang yg kosong langsung. Tak reti wa nak bertenggek tepi geng2 klu nak membuang...adoiyaiii...kami byk makan roti dan letak tuna. Then makan kacang yg 2 bungkus je.. koci pun 2 bungkus je. Bungkusan kecik plak tu..
Pkul 6.00 kami mula gerak ke lokasi baru. Lokasi sotong. Air laut cukup tenang. Sepanjang perjalanan, kami memerhatikan kaki langit di horizon. Cantiknya suasana tatkala mentari terbenam. Hati wa tersentuh...mulut melopong, kagum..
Indahnya alam ciptaan Allah....terasa diri ni begitu kecil dan lemah segalanya..
Syukur alhamdulillah, aku berpeluang menikmati suasana setenang ini..Lupa langsung pada kerja yg berlambak2 di opis...Bro..wa sambung part 3 lah... wa nak gi Spital, antar Haiqal ke Speech therapy..
Salam bro...chow...
9 comments:
bestnyer
kan best kalo org pompuan pn leh g mancing gini
buruknyer bot tu en ashri... bersabung nyawa sungguh!
arween: apa plak org pompuan tak leh gi mancing.. yg penting, kena cool dan tak leh komplen2..hahaha
naja: mmg tersangat buruk, dah sampai ke tahap utk dibuat tukun kat laut tu...
seronoknyer..tp penuh ngan cabaran..mesti xleh lupa..
Wow.. cek pengalaman yg hbt ea..
cm SURVIVOR series plak..
tp ciannye cek tdo kt situ..
cik ni sempat jer tdo kat memana.
tak sakit pinggang ker?
Adehhh :P
dee: betul tu..antara moment2 yg tak leh saya lupakan..
romeo: tido kat situ yg jadi kenangan tu..klu selesa sgt, jadi tak mencabar plak..
lhea: mmg sakit pinggang..tapi kita buat tak tahu je..3 minit, sakit tu dah hilang...
cantik gmbr sunset tu
jejari: mmg cantik..redup mata dan sejuk ati..
Post a Comment