Ini episod akhir bro.. Episod kali ni penuh dgn keterujaan, kekaguman, keperitan dan pelbagai emosi yang agak sukar di rungkaikan. Kita ikuti kisah selanjutnya..
Dalam perenggan terakhir episod ke dua, wa dan rakan2 bergerak perlahan ke lokasi sotong. Matahari mula menghilangkan diri untuk hari itu. Sepanjang perjalanan, wa dan rakan2 menyiapkan peralatan untuk mencandat sotong. Kami memang begini, setiap kali ke lokasi baru. Kami tidak mahu apabila sampai nanti, terkial2 menyiapkan peralatan.
Suasana tenang dan memasing agak senyap melayan perasaan. Cuma sesekali terdengar nyanyian sumbang dari Lan memecah keheningan. Tapi yg sebenarnya, wa lebih rela Lan nyanyi dari bersiul sebab takut nnti dia kena hapal ayat seribu dinar..hahah.. adoiyai.. tak leh tahan betullah wa dgn telatah tekong tu.. Waktu ribut mlm tadi, dia suruh Yazid baca ayat seribu dinar.. Layan je lah zid... Dia marah Lan sebab siul waktu ribut. Takut ribut bertambah kencang.. Manalah dia belajau..siul je, ribut jadi taupan. Senang betul metodologi tu.. Klu saintis dgr, sure terkejut beruk. "Kalau Siul, ribut jadi taupan.." Mungkin , kat Texas USA tu, selalu sgt berlaku taupan sebab org kat situ ramai yg pandai siul..Elok hantau je tekong tu tolong saintis kat Texas tu...Dah lama sgt diorg cari formula utk kurangkan taupan kat situ.
Anyway, kami sampai ke lokasi sotong dalam jam 6.30 pm. Memasing terus campak candat ke laut. Bila sampai je ke dasar, dalam 3 saat, joran terus di tarik sotong. Terkejutnya kami. Sotong yg naik pulak sepanjang satu kaki dan lebih. Permainan ni tak berhenti langsung. Setiap kali candat di campak ke laut, pasti ada sotong yg menariknya. Di sebabkan terlalu byk sotong yg dinaikkan, Syafiq di arahkan untuk tidak memancing. Beliau kami lantik sebagai AJK utk melepaskan sotong yg di candat dan dimasukkan ke raga.
Kesibukan kami langsung tidak menunjukkan tanda2 utk reda. Akhirnya selepas tidak berhenti selama 30 minit, Lan mula mengalah...keletihan akibat kurang tidur. Pancing chandat sotongnya diserahkan kpd Syafiq. Bila AJK masukkan sotong ke raga dah tak de, kami kena buat sendirilah plak.
Kami tak pernah jumpa sotong sebesar dan sebanyak ni. Dulu masa ekspidisi di Terengganu, tak sebanyak ni. Selepas bertarung hampir 1 jam..wa plak kehabisan tenaga. Suasana di laut yg kian gelap menyebabkan mata wa kian rabun. Beberapa kali jari wa luka tertusuk candat sotong yg tajam.
Wa rebah ke lantai..tinggalkan amin, syafiq,yazid dan adiknya meneruskan pertarungan. Dah byk kali wa lihat raga kami yg penuh dgn sotong dicurahkan ke tangki fiber besar..Lumayan kali ni..
Walaupun letih..kami amat berpuas hati..Tong fiber ikan (saiz pasar borong Selayang tu bro..) dah 3/4 penuhnya.. Kira-kira jam 10.30 malam, apabila sotong sudah tidak segalak tadi, tekong berteriak dari depan, "angkat semua pancing, kita ke tempat ikan besar.."
Kali ni ikan yg nak dipancing mmg besar. Tak de satu pun dari joran kami yg byk tu sesuai dari segi spek utk ikan jenis ini. Dalam perjalanan ke lokasi itu, pembantu tekong menghampiri kami, mengajar jenis perambut dan mata kail yg diperlukan. Mata kail wa tak cukup besar. Kawan2 wa pun sama gak.. Akhirnya, tekong supply mata kail pada wa.
Umpan..tu diaaa...sekor sotong yg berukuran kurang dari sekaki yg baru kami pancing tadi. Di sebabkan semua sotong telah kami masukkan ke tong fiber, maka kami terpaksa menggali semula sotong2 tu utk mencari yg berukuran kecil. Waktu ni lah berlaku insiden yg tidak diingini. Tong tersebut penuh dgn ikan dan sotong. Amin pulak terlupa yg ada ikan berduri kat dalam tong tu. Tiba2 dia tertusuk duri ikan berbisa. Merah padam mukanya menahan kesakitan yg amat sgt. Wa jadi serba salah. Kami langsung tak bawa first aid kit. Darah meleleh dari luka tusukan tadi. Wa lihat muka amin berkerut2 menahan kesakitan. Tekong menyuruhnya merendam luka tu dalam ais utk tujuan kebas. Nampaknya berkesan gak. Sambil tu, tekong memberi amin minyak angin utk disapukan pada luka tu. Semua tu buat syarat je..asalkan ada buat sesuatu. Wa tahu, amin perlu ubat penahan sakit waktu tu. Tanpa ubat tu, bisa tu akan merebak keseluruh anggota tangan amin..
Disebabkan telah hilang kosentrasi, segala usaha wa dalam menyiapkan pancing tadi jadi sia2..mata kail yg wa campak tersangkut di hujung joran menyebabkan semuanya putus dan tercampak ke dasar laut china selatan ni. Pasrah dgn keadaan tu, wa terus letak saja pancing tu dan sembang2 dgn amin. Malas nak meneruskan usaha... Sambil sembang, wa perhati muka amin, takut kancing gigi plak.. Lebih kurang 2 jam wa sembang2 dgn amin, saja utk buatkan dia alpa pada bisa tadi...
Bila keadaan amin nampak tidak kritikal, wa mula melabuhkan diri wa di dapur dan terus lelap..
Wa terkejut dari tidur kira2 jam 5 pagi.. Terkejut bukan kerana puas tidur tapi kerana hampir tercampak ke lantai bot. Malam tadi, waktu wa tidur, rupa2nya ribut nak melanda tapi kurang menjadi di tempat kami, tapi wa rasa menjadi di tempat lain. Akibatnya, gelombang agak besar subuh ni.. Wa solat subuh sambil duduk dan kaki hanya berjuntai saja..itupun hampir nak jatuh tertiarap.. Bila bot bergoyang terlalu kuat, beberapa ahli ekspidisi mula muntah...yazid muntah beberapa kali. Yg kelakar sikit, pembantu tekong pun muntah bro...Wa tak berani nak gelak..kang, takut wa plak yg muntah..
Lepas je solat subuh, kami mula gerak balik ke endau rompin. Seperti biasa, perjalanan mengambil masa 4 jam 30 minit. On d way balik, pembantu tekong mula menyiapkan sarapan. Beehoon campur sotong...haha...kena selak sotong kalau nak cari beehoon...
Perut mmg lapar. Malam tadi kami tak makan kerana takut sakit perut waktu pagi.. Wa belasah 2 pinggan. Amin tak lalu nak makan kerana mual..mual di lambung gelombang pagi..
Kami melambai2 pulau tioman tanda selamat tinggal. Sepanjang lebih 36 jam di situ, kami langsung tak menjejakkan kaki ke pulau yg mashyur tu.. Hanya berlabuh di sekitarnya saja. Entah bilalah kita akan bertemu lagi..
On d way balik, kami mengemaskan peralatan kami. Buang mana yg telah rosak. Kami sampai di jeti LKIM endau rompin sekitar jam 11.30 pagi. Peraih2 ikan mula mengerumuni kami ketika kami memunggah hasil tangkapan.
Berikut adalah hasil tangkapan tekong dan pembantunya yg 2 org:
Ikan: tak tahu..tapi byk
Sotong: 65 kg (semuanya di tolak kepada peraih di jeti dgn harga rm10 sekilo)
Berikut adalah hasil tangkapan kami:
Ikan: terlalu byk, tak tahu berapa kilo..
Sotong: 50 kg

Inilah hasil tangkapan kami..bakul besar tu sampaikan tak muat utk menampung..terpaksa menggunakan raga..Inilah hasil penat lelah setelah 36 jam dilambung gelombang laut china selatan..Ada beberapa peraih yg merapati kami dgn harapan kami setuju utk jual hasil tangkapan kami kpd mereka... Sorrryyyyyyyy broooo... Ini semua bahan bukti utk org kat rumah nnti.. Kami mahu bini masing2 terkejut dgn hasil kami...muahahaha..."terer nya abangggg...tak sangka lahhhh...hehe..
Kami beli ais RM5 dan mula membahagi2kan tangkapan kami..Hasilnya, seorang satu kotak besar..hahahaha...tak sangka...lumayannn....
Sesudah selesai pembahagian hasil tangkapan, kami bergerak ke bilik mandi di situ. Tak sabar rasanya nak meratakan air tawar yg sejuk ke badan kami yg teramat kotor dan busuk ni...
Ekspidisi kali ni, kami anggap amat berjaya sekali. Byk yg kami pelajari.. yg paling menakjubkan, kami tak buang air besar selama 3 hari bro... Semuanya berpunca dgn mind set.
Kepada tekong, kami ucapkan terima kasih kerana bertungkus lumus semata2 utk memastikan kami mendapat hasil tangkapan. Terima kasih atas tunjuk ajar dan ilmu yg dicampakkan..Dah lebih 3 tahun group kami berekspidisi di sekitar perairan semenanjung malaysia, kali ni, kami betul2 berpuas hati..
On d way balik, kami asyik bercerita ttg kepuasan ekspidisi kali ni...Kami belum merencana untuk ekspidisi selepas ni.. Terlupa nak bercerita ttg hal tu.. Walaubagaimanapun, utk ekspidisi kali ni, Lan bagi markah:
Layanan : A+
Hasil Tangkapan: A+
Keselesaan bot : Hancus E+
Kebersihan bot : Hancus E+
Sekian saja bro..berjumpa di ekspidisi yg akan dtg plak..tak tahu kemana lagi..
Salam..
p/s: kepada geng2 ekspidisi, sorilah, sebab blog ni blog wa, so, wa lah yg jadi hero utk cerita kat dalam ni...muahahaha.. Gambar kuranglah bro, sebab kita terlalu sibuk memancing, malas nak pegang kamera...tq semua..
9 comments:
dah lama pasang angan2 nak candat sotong. tapi tak kesampaian jugak. huhu..
Tahniah bro... Kategori banyak la tu... Tengah laut Ganu mcm pasar malam sekarang ni... hehe...
bestnyer dpt mkn ikan n sotong fresh2..betul2 jgn jual..bhn bukti kat bini tuh..jgn gi beli kat psr dah..kihkihkih..
superb la bro lu punya story...lain kali kita berekspedisi, tolong ingat kan wa untuk tinggal mulut muncung siul kat darat...mana la tau kalau2 ada yg nak pinjam buat panggil ribut ke...he he he
bestnyer
besar sungguh sotong itu
mesti sedap nyummm
mys: sian awk..nak candat sotong ni kena lasak maya...selalunya tangan kotor dgn dakwat dia..
adie: nape mu tak ikut sekali bro..aisyeh..klu tak, sure best.. (bini tak bagi ikut ke...hehe)
dee: mmg bini terkejut..mak ai..byk nya bang...hehe..
mrnho: haha...wa rasa, siul dari muncung lu je yg boleh panggil ribut taufan..muahaha..
arween: bila dah terlalu besar, liat lah pulak..adiihh..
vavavaaa.."terrornyer abg menangkap ikannn..nnt ayang msk sedap² eh" dialog bini² si penangkap ikan itewww hahaha..
aqish: haha...mmg si bini terpegun dgn skil abgnya..weekkkkk...!!!
beza btl markh yg korg gredkan... A+ vs E+ !!! Tp aper2 pun, wa tgk you all sumer happy & mmg btl puas hati ngn xpdc kli ni... Wa igt ader ler sekor dua sotong yg akn trsngkut kat side mirror wa masa blik kejer, tp..hmmm hampeh... Anyway, syabas utk lu bro.. Wa tggu lu punya next xpdtion !
Post a Comment