Alahai...apa nak jadi dgn kehidupan hari ni. Dulu, kita amat berbangga dgn aspek keselamatan di negara ni. Berbunga2 pujian yang kita berikan. Negara kita adalah selamat. Kita boleh bergerak kemana-mana tanpa rasa takut tidak seperti di negara uncle sam yg tak pernah aman tu.
Duluuu...haha.. (dulu lagi yg wa sentuh..) Apa lagi yg boleh kita sebut, kecuali perkataan duluuu.. sebab, sekarang ni dah tak seperti dulu. Wa pernah rasa kehidupan duluuu..di tahun2 70an. Pergi sekolah yg jauh berpuluh batu jaraknya, hanya dgn kepandaian sendiri. Mak bapak tak pernah hantar pun. Kalau sekolah petang, balik pukul 6.30 petang, bas berhenti di jalan besar. Then, wa terpaksa berjalan kaki meredah ladang getah untuk sampai ke rumah. Cuba lu bayangkan, jam 6.30 petang, darjah satu, jalan meredah ladang getah. Pukul 7.00 baru sampai rumah. Mak bapak tak pernah jemput. Semuanya kerana atas dasar percaya dgn keadaan negara kita yg selamat.
Tahun2 70an duluuu..mana ada buruh import. Semuanya, org Malaysia sendiri yg buat. Dulu2, kami hanya takut dgn penyabit kepala je..konon nak amik kepala utk dibuat jambatan. So, klu nampak org bawak sabit, akan bertaburan lah segalanya lari menyelamatkan "nyawa" walaupun yg sebenarnya, org tu nak mencari rumput kambing peliharaan... haha.. berkesan betul cara org dulu2 menakutkan anak2 agar tidak merayau cam anak2 sekarang yg selepas sekolah, ramai yg melepak di pasaraya, bus stop, balai raya dll..
Sekarang...hmmm.. hancus. Ada mak bapak yg terpaksa menghantar dan mengambil anak yg bersekolah setiap hari. Cuba bayangkan, ibu bapa yg bekerja, keluar waktu pejabat, semata2 utk ambil anak yg pulang dari sekolah. Kepada yg naik bas sekolah, ada omak atau bibik yg tunggu di bus stop, semata2 utk pastikan semuanya selamat. Dalam kata lain, langsung tak percaya kepada tahap keselamatan di negara yang tercinta ini.
Terlalu byk kes jenayah yg berlaku sejak akhir2 ini..ada kes culik kanak2 sekolah, ada kes ragut dan ada kes rogol. Yang paling melemahkan semangat, ada kes yang tak dpt di leraikan oleh pihak polis. Kanak2 yg hilang, langsung tak dpt di kesan. Segala jenis publisiti telah dibuat utk mencari, tapi tiada kesan yg positif. Adoiyai... ngeri pulak wa rasa dgn tahap keselamatan negara kita sekarang ni.
Wa sebut ni sebab, pihak berkuasa masih tidak dpt menangkap dalang penculik kanak2.. Maksudnya, dalang masih aktif beroperasi. Kita semua tahu..dalang mempunyai sendiket. Setiap sendiket, sure ada pasukan. Pasukan bermaksud ramai. Bila ramai, sure tempat operasi pun bertambah. Mungkin mereka ni pun ada KPI. Setiap hari, anak2 kita keluar rumah, samada ke sekolah, rumah kawan, tuition, beriadah atau ke masjid. Maka, setiap kali itulah, mak bapak akan rasa curiga dgn keselamatan anak2 mereka.
Sedih bukan.. Kita terpenjara dalam penjara yg hakikatnya bukan penjara sebenar. Banduan yg dipenjara, ada date line. Tempoh matang.. bila sampai tempoh, diorg akan dibebaskan. Yg sedihnya, penjara yg wa sebut tadi, tak de date line. Tak sure akan tempoh akhir tahap tak selamat ni. Atau, mungkin tak de tempoh matang langsung. Akan tidak selamat sampai bila2. Sedihlah bro..apa nak jadi dgn tanahair ku yg tercinta ini..
9 comments:
sekarang nak biarkan anak2 atau adik2 ke kedai pn dh takot
tak mcm dlu
btol lah en.ashri teringat arwah nenek selalu takotkan psl org bwk sabit tue
lg2 time tue nak buat jambatan kt sungai linggi tue
huhuhuu menakotkan btol
Selagi mana kita berhukum kan undang-undang dari kepala hotak kita selagi tu lah masalah tak selesai.
Kita boleh menerima Sistem Ekonomi Islam, Bank Islam, Pajak Gadai Islam..tanpa apa-apa prejudis dan terbukti berjaya..tapi kita prejudis nak terima hukum Islam... Ialah, ekonomi tu boleh buat duit..suka la..Hukum Islam ni bukan boleh buat duit..Sesunggunnya akal manusia terlalu dangkal berbanding ilmu Allah..(Sekian tazkirah Jumaat...)
Memang ada kebenaran apa yang kau tuliskan, bila dibaca dan difikirkan ngeri juga. Siapa nak kita persalahkan ni.
arween: haha..skrg cerita penyabit tu dah hilang...tapi yg ada cerita benar..anak2 yg hilang..
pkksabah: betul tu Dan. Kenapalah susah benar diorg ni nak terima undang2 Islam. Terlalu asyik memandang pada sudut yg kabur. Yg betulnya, ilmu diorg tu yg kabur ttg undang2 tu.
Taher: Kita sendiri yg salah sebab biarkan org luar masuk semahu2nya. Kalau kat Chow Kit tu, cuba lu kira org kita sendiri, berapa kerat berbanding dgn org luar..
betul la bro, wa stuju amat dengan pandangan lu nih!!! sangat sedey bila tengok tanahair Malaysia sekarang nih, semakin maju, semakin teruk!! huhuhu..dah takde langsung kebebasan macam dulu2.
ntah apa la nak jadi pada masa2 akan datang, kan? ntah lagik teruk, atau mungkin berubah menjadi semakin baik! wallahualam....
teringat iklan kat tv, "bumi ini kita pinjam dari anak2 kita" *lebey kurang la* maksudnya, kita yg kena ubah, kena jaga....utk masa depan anak2 kita, kan? huhuhu...
erm.. memang x dpt dinafikan..
2 bru ank2, cm ne nasib ank gadis, wanita, golongan emas yg menjadi mangsa perbuatan org yg x berhati perut nie..
tp pd mase yg same kite juga x bleh memandang rendah kepada pengorbanan penguatkuasa demi ketenteraman dan keharmonian negara kita..
moge dengan izin TUHAN diharap suatu ari nnt sumenya akn kembali normal..
a'ah..dulu2 sy jln kaki je ikut jln moto dari rumah dkt volvo midvalley tu smpi ke sekolah kt brickfields..xde apa2 plak berlaku..alhamdulillah..
Selagi kite tak laksanakan hukum yg Allah perintahkan (hukum hudud)...selagi tu jenayah semakin meningkat..Allah yg cipta dunia ni Allah je tahu apa yg baik apa yg buruk...
Tgk amerika tu, hukuman jenayah berat mana pun dorang nak buat, jenayah dorang makin la meningkat...takde ketakutan langsung kat hati manusia...sebab soal hati Allah yang kuasai...Allah je yang mampu lahirkan ketakutan ke atas manusia...so fikir2 kan... =)
romeo: pelik dan hairan dgn cara penjahat mencari duit, tak de rasa belas kasihan lgsung..yg penting duit masuk..
dee: jauh gak tu.. klu tiap2 hari, sure badan langsing beb..
Ano: Betul tu, hanya pencipta saja yg tahu bagaimana utk mendisiplinkan ciptaannya..
Post a Comment