ALLADIIN KEMBALI SETELAH BEREHAT SELAMA LEBIH KURANG 2 HARI.
Bro..
Petang ni, meeting habis awal. Tiba2 saje, semua perbincangan berjalan lancar dari biasa. Entah kenapa, hari ni, semua rakan2 wa produktif semacam je, macam tercurah minyak pelincir castrol.
Kami berpakat utk tidak mensia2kan waktu yg terluang ni. Keputusan... jalan2 ke kawasan Berinchang (haha..boleh percaya ke hanya takat berjalan2.. lebih2 lagi, 4 org perempuan yg akan pergi bersama kami...)

Inilah tmpt persinggahan pertama kami. Kea Farm. Nama amat mengelirukan. Wa pelik betul. Perkataan farm tu. Langsung tak jumpa farm. Yg ada hanyalah deretan kedai menjual pelbagai barangan.

Wa relax dan bertekad utk tidak membeli apa2. Niat hati cuma ingin meneman saja rakan2 ke situ. Korang nak membeli, go ahead. Wa tengok2 je..hmmm..tiba2 je terbeli 2 ketul teddy bear. Terbang rm20.. dlm hati berbisik...tak pe lah, cuma rm20 je..

Deretan pokok2 kaktus yg kalau sampai ke tanah rendah, sure akan tamat riwayatnya. Harga menarik, 7 ketul pasu kecik tu, cuma rm10. Wa masih menten.. Dalam hati berbisik.."nak buat apa benda ni..bukan boleh tanam kat laman pun.."

Matlan dgn gaya ala2 brad pitt, sedang bertanya spesifikasi jagung. Apa speselnya jagung ni sampaikan berharga 6 ketul rm10. Seketul yg dah direbus atau dibakar rm3. Giler punya harga..kat pasar mlm, cuma rm1.50 je. Awek indon tu kata, "jagung ni manis pak.." Hmmm..ada plak panggil pak..klu panggil abanggg..sure Matlan beli.. Dlm hati wa berbisik, "klu nak manis, rebus jgn guna garam, tapi letaklah gula atau madu..." Kesimpulan..jgn beli, harga tak menyelerakan.. (Plastik kat belakang Matlan tu, berisi ginseng...khas utk menguatkan apa2 yg kurang berprestasi..muahaha...)

Cuba lihat Zaida..amat tekun membelek teh cameron.. Harga boleh tahan..satu kotak rm7. 6 kotak yg diborongnya, tak termasuk barang2 lain..suka betul minah indon tu dan terus memberi konsentrasi tertinggi dlm melayan zaidah, meninggalkan wa terpinga2 tanpa layanan kerana hanya mengetest jagung mentah je..(free bro...)

Ahli rombongan perempuan yg sedang usha jagong bakar. Ehh..tiba2 beli jagung cawan. Rm 3 tu beb.. Dlm hati wa berbisik.."klu kat the store PD, rm2 siap ada mayonise tu...

Kami berhenti sebentar di strawbery farm. Satu promosi yg agak menarik, boleh petik sendiri. Cuma tak diberitahu, sambil petik boleh telan sebijik dua ke tak, macam ketika memetik buah manggis kat kampung. Yg menjadi tanda tanya wa, upah metik buah ni tak dinyatakan..(bangla yg tengok kita metik buah ni senyum saja kerana kita dah jadi dia..haha.. belasah je bro..)

Gambar kebun strawbery. Dulu, wa ingat pokok strawberi ni besar macam pokok durian. Then ada musim luruh. Bila musim luruh, nak kutip, kena pakai helmet. Tapi sejak wa tahu pokok ni hanya pokok renek sahaja, terus minat wa kpd buah strawberi ni menurun. Entah kenapa menurunpun, wa tak tahu. Mungkin kerana menyerupai pokok letup2 kat kampung kot, yg buahnya terlalu banyak hingga langsung tidak mencabar utk mendptkannya. Hentamlah alladiin..mcm2 lah lu ni...

Buah strawberi yg fresh yg menjadi idaman ramai orang termasuk geng2 wa. Yg tu mmg wa pelik. Buah tu bukannya manis mcm rambutan. Bukannya tahan lama macam buah kelapa, tapi, ramai yg minat kecuali wa. Sebijik dua, oklah, tapi kalau nak makan byk2, hmmm..tak yah lah. Wa lebih suka buah mangga kat kampung wa, manis dan berair2..woww..

Matlan dan wa selepas keluar dari strawbery farm. Yg peliknya, dlm wa tak suka buah strawberi ni, cuba lu tengok pada tangan wa tu. Sebungkus buah strawberi yg berharga rm5. Tak berapa minat, tapi beli. Kekadang wa mmg cam tu... selalu berbisik dalam hati, "kesian bangla ni, 6 org masuk ladang dia, sorang pun tak beli.. biarlah wa beli.."

Wa dgn salah satu pose yg menghampiri pose brad pitt..muahaha.. wa agak berminat dgn gambar ni kerana berlatar belakangkan rumah yg menjadi misteri wa. Hati wa berbisik.."kenapa rumah tu sunyi je, mana pergi anak2 kecil di rumah tu.."

Betapa cantik dan nyamannya hati bila melihat gambar ni. Rumah sunyi di satu kawasan ladang, ada halaman yg luas dan terpencil. Lima tahun wa pernah duduk di kawasan yg menghampiri situasi sebegini dulu sewaktu di Sabah. Rindu betul rasanya dgn suasana begini. Dalam hati wa berbisik, "kepada yg penakut hantu, sure kata wa ni giler.."
Di kawasan ni, kami menunggu seorang rakan kami yg tak keluar2 dari kedai. Dlm hati wa berbisik, "wah..borong sakan Sal ni.." Hujan mula turun, dari renyai2 ke lebat. Lebat ke lebih lebat. Tapi, Sal masih tidak menampakkan tanda2 utk berhenti membeli-belah. Hati wa berbisik, "wa kena tengok ni, manalah tahu, kena kacau ke, atau apa2 ke.."
Wa dgn gaya macho ala2 piere brosnan dlm cerita Mama Mia, bergerak laju dalam hujan yg mencurah ke gerai yg sedang dikunjungi oleh Sal.
"Sal, owh.. aku ingat kau tercari2 kami tadi.." tanya wa yg agak terkejut dgn gerai tersebut yg menjual baju2 berlogo cameron walhal di dalam kawasan ladang strawberi.
"Saya masih memilih baju ni.." jawab Sal jujur.
Sambil menunggu Sal membuat pilihan dan melakukan proses tawar menawar, wa membelek2 baju yg digantung. Saja2 utk membuang masa. Tiba2, hati tertarik kepada design yg ditawarkan. Selepas itu, rosak azam wa utk tidak membeli apa2.. tiba2 je wa terbeli 4 helai baju yg glow in the dark. Kopak rm48 bro. Hati wa berbisik, "tak pe.., utk anak2..tak kan nak balik dgn tangan kosong je.."
Kami pulang dalam keadaan hujan lebat. Kesimpulannya, azam yg wa pasang dari awal utk tidak membeli apa2 telah rosak binasa dgn kerelaan wa sendiri. Esok?? wa nak pasang azam lagi, kali ni wa berharap agar tidak akan rosak seperti hari pertama.
10 comments:
Wa tak tahan pasal gingseng tu bro.. terburai gelak wa sambil diselangseli dengan jelingan maut wa punyer bos yg tetiba kuar bilik!
hampeh!!
waah...alladin,bgaya sakan kat brinchang, brad pitt la pierce brosnan la,tp beli strawberri sebungkus! belila banyak-banyak bwk balik kt kengkawan kt ofis!
en.ashri...mati mati ingat en.ashri kat cameroon. dah aim dah mamat gelap merata-rata...upernyer cameron hi-land..salah perkiraan daaa...
Naja: lu nak wa belikan lu ginseng ke...muahaha...
botolkicap: brad pitt mana boleh bawak brg byk2...takut hilang macho..
Tinie: wehhh...bila lah pulak kerajaan Msia luluskan meeting kat Cameroon beb. Ada dua (O) tu kalau cameroon..hehe
tiba-tiba rasa teringin nak makan strawberry cameron
huhu.. awat x masukkan gambar noorul skali.. esp masa tgh mkn steamboat smlm.. jgn lupa beli strawberry utk kengkawan ppd esp petai muda tu.. hehe
petaimuda: muahaha...alamak.. wa tak beli lah buah tu. Wa beli sawi je.. zaida byk beli strawberry... hehe..
noorulmdsalih: mmg nak masukkan, cuma takut empunya diri marah.. tungguuuu....
wah cik.
beshh tu pegi cameron..
singgah la kat ipoh!!
:D wee.
lhea: jauhnya klu nak gi ipoh... suka lepak kat tmn DR...best kat situ.
hihihi..suker baca citer ni..wa pun x suka strawberi..hehehe..
Post a Comment