Kita bukan lemah sebenarnya. Jangan ingat yg kita ini lemah. Kalau kita sentiasa ingat kita lemah, pasti kita akan selalu di pijak2 oleh musuh. Sebenarnya tiada istilah lemah kalau kita kenal betul dengan diri kita.
Kita cuma kecil. Kita tidak tinggi dan besar seperti mereka. Kita selalu pandang mereka ke atas. Kita tidak dapat peluang untuk pandang mereka ke bawah. Terdongak dan ada ketika tercangak. Semuanya sebab kita kecil. Anggota badan kita kecil berbanding mereka. Negara kita kecil berbanding mereka.
Senjata kita kecil. Meriam yg tentera kita arak keliling negara pun kecil, tidak sebesar kepunyaan mereka. Kereta kebal kitapun agak bonzai berbanding mereka. Jet pejuang kita tidak selaju jet mereka. Peluru berpandu kita tidak setepat mereka. Dan yg paling menyedihkan, helikopter kita buatan tahun 1968. Mana mampu melawan Apache yg terlalu tepat dan jitu.
Walaupun segala yg ada pada kita kecil, tapi, ada sesuatu yg amat menakutkan mereka ada pada kita. Mereka sedar kekuatan kita itu. Tapi yg malangnya, kita pula tidak sedar akan kelebihan kita. Yg kita nampak, hanya pada kelemahan kita saja. Masyarakat kita telah lama mendidik kita agar lihat di sudut negatif sahaja.
Cukuplah.. Bangun dan bertindak. Hati ini bagai dihiris2 tatkala melihat gambar dari entry yg lepas. Keganasan yg nampak seperti tiada noktah. Bukan tidak boleh dinoktahkan, tetapi, memang tidak ada pihak yg ingin meletakkan noktah. Kita sendiripun seakan2 tidak bersedia untuk melibatkan diri menoktahkannya.
Cuba bayangkan apa rasa hati sang ayah tatkala menutup luka di kepala anak kecilnya yang masih tidak faham situasi yg berlaku. Anak itu terlalu naif bro.. Cuba lu tenung muka anak kecil tu bro.. anak comel yg tidak mengerti..dan cuba selami hatinya.. apa agaknya yg sedang difikirkan...Kita juga ada anak sendiri bro..
Kita kuat sebenarnya. Kita ada kuasa. Gunakan kuasa kita untuk memboikot segala barangan yg dikeluarkan oleh mereka yg bersengkokol dengan kejahatan itu.
Mereka perlu diajar. Ingin berlawan senjata, kita kecil segalanya. BOIKOT produk mereka. Bila satu dunia memboikot, pasti mereka akan terpana. Jgn tunggu org lain memulakannya. KITA....SEKARANG...Jangan lupa, api didalam sekam, walaupun tidak membakar segera, tetapi, luka dan kesannya lama.
Jika tidak mampu memboikot keseluruhan, kita boikot ikut kemampuan kita. Kalau dulu, setiap bulan, kita menghabiskan masa paling kurang setiap minggu di sana, cuba kurangkan. Sebulan sekali dua sahaja. Yg penting, ada tindakan dari kita. Ada tindakan itu yg penting. Tanda protes. Ya, kita protes..
Antara perkara yg amat melukakan hati kita satu hari nanti adalah tidak melakukan sesuatu tatkala kita berkemampuan melakukannya dulu.. kita leka dan tidak ambil peduli ketika itu...
Salam dari alladiin..
ole² CAMERON - org berbudi, kita berbahasa....
5 hours ago


5 comments:
hakikat yg benar walopun pahit untuk diterima.. kita hanya mampu berkata2 tetapi tidak mampu melaksanakannya. mungkin juga tidak mahu walaupun sebenarnye mampu.
thanks en ahsri, n3 ini menginsafkan!
naja: cayalah naja. Lu org pertama yg menyahut seruan. Kita kurangkan makan pizza dan bykkan makan lempeng lepas nih...
Lempeng kat tempat rehat sungai besi tu mengancam betul.. Makan 3 keping baru puas..
eee sedey sgt tgk pic² nih...
ijan: lepas ni, kita buat sesuatu, walaupun kecil, janji ada sesuatu..
saya dah tambah satu senarai lagi yg saya boikot... tak caya tengok kat http://amirza-kraf.fotopages.com Hanya sumbangan kecil dari saya yang kerdil
Post a Comment