Gambar tak ada kena mengena langsung dgn tajuk entry. Tiba2 saja wa minat dgn permandangan pangkor.SriKandi Cintaku merupakan lagu nyanyian kumpulan Bloodshed. Tak de kena mengena langsung dgn kisah cintan cintun wa. Kenapa tiba2 saja jadi tajuk entry wa...? Sebab pada pendpt wa, itu adalah antara lagu Melayu terbaik yang pernah wa dengar. Amat popular ketika zaman wa belajar di Shah Alam sekitar 1988. Melodinya cukup segar dan tidak jemu telinga mendengarnya. Susunan muzik amat tepat dengan melodinya. Tetapi yang sayangnya, wa tak pernah dgr lagu ni dinyanyikan oleh penyanyi dan kumpulan asal. Sayang sungguh apabila kumpulan Bloodshed berpecah hanya selepas mengeluarkan lagu ni.
Lagu adalah ciptaan M. Nasir. Beberapa tahun lalu, Sifu pernah merakam semula lagu ni di dalam irama keroncong, tapi kurang menyengat. Pada pendapat wa, kombinasi semua ramuan dan bahan yang ada pada lagu ni yang menjadi kekuatannya. Bila diubah, ternyata seperti kehilangan sesuatu. Petikan gitar dari Opie begitu tinggi kualiti melodinya. Tidak ramai pemain gitar yg berkualiti sepertinya, even Man Kidal juga tidak mencapai kualiti seperti Opie sehinggakan beliau menjadi pemain gitar kesayangan M.Nasir. (Album pertama dan kedua Wings, semuanya dimainkan oleh Opie semasa proses rakaman)
SriKandi Cintaku
INTRO:Em Am D G B7 Em C B7 Em
(Verse 1)
Em Am D G
Dingin malam tirai kenanganku
B7 Em C B7
Menyerlahkan sekurun ingatan
Em Am D G
Terciptalah rimba kehidupan
B7 Em C B7 Em
Percintaan dalam perjuangan
(Verse 2)
Em Am D G
Kesetiaan sebagai bekalan
B7 Em C B7
Bisikan penuh pengharapan
Em Am D G
Tiada garis dapat memisahkan
B7 Em C B7 Em
Segalanya kudratMu Tuhan
(Bridge)
G D G
Alam bagai mengerti
G D B7
Segala yang terjadi
D G
Embun menitis panas simpati
Am B
Pertemuan tiada awal akhir
(Chorus)
Em C
Perutusan berdarah ku terima
B Em
Gugur kuntum di tengah halaman
Em Am
Medan ini kurasakan sepi
B Em
Terpaku pilu
(Verse 3)
Em Am D G
Ku semaikan pepohon kemboja
B7 Em C B7
Yang bunganya adalah hati ku
Em Am D G
Semadilah dalam kedamaian
B7 Em C B7 Em
Semangatku tetap bersamamu
G D G...G D B...D G.. Am B
(Chorus)
Em C
Kan kuusung oh! jenazah cinta
B Em
Semadikan nisan kasih suci
Em Am
Semangatmu tetap bersamaku
B Em
Selama pasti
Em Am D G
Debu malam meragut kenangan
B7 Em C B7
Menyedarkan dari lamunanku
Em Am D G
Percintaan dalam perjuangan
B7 Em C B7 Em
Kau abadi Srikandi Cintaku
Video lagu SriKandi Cintaku yang dinyanyikan semula oleh Shamrin. Pemain gitar kidal berbaju putih itulah sebenarnya Opie. Dia ni terlalu byk bermain gitar utk proses rakaman kumpulan rock dan individu seperti May, Wings dan Rahim Maarof (cuba lu dgr petikan gitar lagu Jangan Kau Rayu dan Cinta Kristal..berapi bro..) Yg bestnya, dia tak popular, tapi pemain gitar kumpulan yg terbabit tu yg popular.
Ok bro..lu enjoylah lagu tu. Itupun kalau lu boleh akses youtube. Kalau tak, lu download je..
Chow dulu...salam dari alladiin.
p/s sesekali kena dgn entry muzik, lu layan je.. Wa rasa, ramai gak yg ada kenangan dgn lagu ni..
13 comments:
lu bikin wa mengarat la..
skali bro layan jiwang karat daaaaaa
pinkiss: sesekali mengarat, apa salahnya...buat bekal ke kedai kopi lu tu...
tipah: yg sebenarnya, sampai ke sudah, wa tak faham makna lirik lagu tu...
kalau layan lagu jiwang ni, tangan kena letak atas dahi sambil mata pandang kat siling umah tu... wakakakaka. tapi lagu sri kandi tu memang layanz.
ooh..saya pun minat ini lagu en.ashri...sgt beralun gitu...
fuhhh..wa pon minat lagu niiii..x tahan dulu penah dpt pondan² nyanyi lagu ni..lawak giler..penah dpt x emel tu hehe..
luvluv: kalau wa plak, wa kan letak satu tangan kat dahi, mata pandang syiling rumah dan satu tangan lagi pegang cutton bud, korek telinga, sure lagi layan...leleh air liur beb..
tinie: wow..tak sangka plak yg u ni sentimental gak ek... wa ingatkan lu minat dangdut je..hehe..
aqish: owh ada email tu ke... wah, tak de plak wa dpt.. wa sebenarnya tak apply lagu ni utk cintan cintun masyuk, tapi wa apply lagu ni utk cintan wa pada beskal wa dulu...rindu betul dgn beskal tu..
lagu ni best... petikan gitar opie tu pun best.. kalo en ashri tak cakap sapa opie, saya pun tak tau la sapa dia..
tp saya paling tangkap lentukkk dgn petikan gitar kirk hammet yg bersatupadu dengan ketukan dram lars ulrich dan juga suara james hetfield. fuhhhhhhhh.. keras beb!
naja: wowwww... terernya lu. Terkejut wa kejap. Wa kurang mahir dgn hal2 gitar ni. Kalau kompang tu boleh le sikit2..
huhu.. kalu x de gitar mcm maner mau main itu lagu? petik jari boley ke?
noorul: ketuk periuk dgn kuali boleh gak..tapi mesti harmoni ketukan tu.. baru jiran2 boleh enjoy bunyi pekual (periuk + kuali)..hehe. Terer tak wa bagi nasihat..hehe
ni lagu berantu bro..mmg berdiri roma mendengarnyer..
dee: ini lagu ttg perajurit yg berjuang demi cinta kepada negara.. bukan lagu jiwang.. semangat juang tu yg buat roma berdiri..
Post a Comment