Friday, July 31, 2009

Akhirnya...polipd menjadi sunyi...sepi...

Bro..

Entry di ambil dari http://www.wanhujja.blogspot.com/ (blog ustaz wan hujjatullah)

PPD Menangguhkan P&P Seminggu ( 3 - 7 Ogos 2009 )

Politeknik Port Dickson telah mengambil beberapa inisiatif awal yang sewajarnya sebagai respon kepada isu H1N1 yang melanda negara masa kini. Antaranya merujuk pelajar-pelajar yang mengalami siptom demam dan batuk yang pertama kali dikesan pada 27 Julai 2009 ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Mengadakan perbincangan dengan Pejabat Kesihatan Port Dickson. Mengatur taklimat dan penerangan kepada pelajar serta mengadakan solat hajat dan doa selamat memohon dijauhi segala musibah.

Gambar A : Perbincangan PPD bersama Pejabat Kesihatan Port Dickson pada 29 Julai 2009 jam 3.30 petang

Gambar B : Taklimat H1N1 kepada pelajar PPD oleh Jabatan Kesihatan PD pada 30 Julai 2009 jam 10.00 pagi

Alhamdulillah sehingga nota ini dicatat tiada kes H1N1 dikesan di Politeknik Port Dickson. Namun demikian pihak Jabatan Kesihatan Port Dickson telah mengambil beberapa sampel untuk dianalisa dan keputusannya dijangka dimaklumkan pada hari Sabtu ini (1 Ogos 2009).

Sebagai langkah pencegahan dan berjaga-jaga, Mesyuarat Khas Pengurusan PPD pada 30 Julai 2009 yang berakhir jam 6.00 petang telah memutuskan bahawa Proses Pengajaran dan Pembelajaran ditangguhkan selama seminggu berkuatkuasa 3 Ogos 2009 hingga 7 Ogos 2009. Implikasi ketetapan ini adalah seperti berikut :-

1. Proses Pengajaran dan Pembelajaran kepada semua pelajar termasuk KSS ditanggukan selama seminggu dan bersambung semula mulai 10 Ogos 2009.

2, Pendaftran Pelajar Senior ditangguhkan dari 3 Ogos kepada 10 Ogos 2009. Masa dan tempat tidak berubah.

3. Pendaftaran Pelajar Baru Integrasi ditangguhkan dari 3 Ogos kepada 10 Ogos 2009. Masa dan tempat tidak berubah.

4. Semua aktiviti pelajar sama ada dalam atau luar kampus ditangguhkan dan disambung semula mulai 10 Ogos 2009.

"Apabila kamu berazam (berusaha dan berikhtiar sewajarnya) maka bertawakkallah kepada Allah SWT, Sesungguhnya Allah SWT mengasihi orang-orang yang bertawakkal". (Ali-Imran : 159)

10 comments:

whiterose said...

cutik lgk. adoi :(
nak buat camna dh h1n1 tu dah merebak. bahaya.
menakutkan plak :(
wuuuu. takpe dok umah diam2. hehehe

Dee said...

moga2 x terkena tempias H1N1 ye..amin..

Naja said...

Ngeri.. semoga Allah memberi perlindungan dan keselamatan untuk diri kita dan kaum keluarga, sahabat handai dan semua orang-orang yang kita sayang. Amin...

dada said...

cik ashri ptutnye bdk li pn kne cutie gak...sbb poly kte kan ape2 kne ikt rule poly..nk cutie...uaaaaaaaaaa

TiNiE said...

syiook dpt coti..
hehehe insya-Allah, moga sumer pun berjalan dgn lancar dan dpt meneruskan pengajaran dan pembelajaran semula. amin.

Ahliacikgukhairul said...

hmm cuti psp dah tamat.. esok stat keje.. dah dkt 3 bln x mengajo ni.. apa2 pun.. mudahan kita semua di bwh perlindungan Allah sentiasa hendaknya.. Amin

botolkicap said...

alhamdulillah, pkb blum terkena lagi h1n1, semua aktiviti berjalan dengan lancar, aku dah tak sabar nak ngajor ni..

nyda rosenin said...

yay!
takowt!

alladiin said...

sillybilly: betul tu, duk rumah diam2..jgn jln2 tmpt terbuka yg ramai org

dee: amin...semoga kita semua selamat

naja: jgn lupa pakai topeng naja esp your small daughter tu

dada: Masa LI, kenalah ikut peraturan tmpt LI ek..

tinie: risau gak minggu dpn ni bila semua pelajar lama masuk..

ahliacikgukhairul: amin...semuga kita semua selamat.. camne dgn budak2 yg baru masuk balik minggu ni, ada pemeriksaan berkala tak?

bayibotolkicap: semangat tgh berkobar2 le tu...jgn lupa pakai mask masa dlm kelas tau..

alladiin said...

kecik: jgn takot.. kena berjaga2 je..