Dari riak muka, jelas terbayang keperitan jiwa yang sedang ditanggungnya. Manakan tidak, anak yang sedang membesar dan isteri yang tidak bekerja. Mana lagi kalau dimasukkan dgn hutang rumah dan kereta yang perlu dilunaskan setiap bulan. Semua tu sentiasa mengganggu kelancaran perbualan kami yang berlangsung hampir 3 jam.
Perbualan kami banyak mengimbau kenangan semasa dia bekerja di kilang itu. Sayangnya pada kilang tu, hanya dia yang tahu. Sejak tamat pengajian hingga sekarang, begitulah jangkawaktu dia telah menumpahkan segala keringat dan akal fikiran demi memastikan tempat dahan berpaut itu terus hidup. Tapi, apakan daya, gelombang kejatuhan ekonomi kapitalis dari benua lain bukan kecil ancamannya. Kilangnya tumbang bila apa saja yg dikeluarkan, hanya berakhir ke gudang sendiri.
Simpati benar wa dgn bebanan yang sedang ditanggungnya. Terasa betul sakit dan pedihnya untuk menanggung segala tanggungjawab yang sebelum ini langsung tiada bermasalah. Belanja anak ke sekolah, duit buku, duit ko-kurikulum, duit dapur, duit loan rumah, duit loan kereta, duit susu anak kecil, bil elektrik, bil air dll.
Wa renung mukanya sewaktu bersembang dgn wa. Kerut di dahi terpancar yang ia sedang bermasalah sekarang ni. Dalam fikiran wa, sentiasa mencari2 penyelesaian yang boleh membantunya, walaupun untuk seketika.
Apapun, dia perlu langkah ke depan. Dia mmg sedar bahawa setiap hari mendatang merupakan tanggungjawab baru yg perlu dilaksanakan. Dia tidak boleh leka dgn bayang-bayang negatif. Dia perlu mencuba lagi walaupun perjalanannya tidak semudah 20 tahun yang lalu.
Wa ingatkan agar dia tidak lupa bahawa hidup ini perlu diteruskan. Hilang pekerjaan bukanlah noktah bagi segalanya. Punca rezeki ada di mana-mana. Kita perlu teruskan perjalanan. Perlu terus berlari ke depan. Kalaupun jatuh, pastikan, kita jatuh ke depan. Orang yang telah berjaya, pasti satu ketika dulu pernah gagal. Gagal bukan bermakna kecundang, tapi merupakan titik tolak untuk kita perbetulkan mana yang salah agar dapat membina satu asas yang kuat bila berjaya nanti. Perbaharui cita2. Adjust segala...
Hidup perlu diteruskan.. Kita perlu terus bergerak biarpun betapa berat bebanan yang perlu dijinjing. Duduk dan meratapi nasib, tidak membawa kita ke mana-mana. Gambar sekadar hiasan..Mudah bagi wa bercakap kan?? Yang menanggung, bagaimana??? Sebagai rakan, kita hanya mampu membantu seadanya. Jika wa sendiri melaluinya..pasti kesabaran dan ketabahan itu belum tentu lagi ada lekat di hati.
Salam dari alladiin...
p/s: Tiba2 memori berputar kepada satu sajak dari seorang cendiakawan: Bila tersekat di sini, aku menilai diri. Betapa kecilnya dugaan Ilahi, aku sudah mengeluh kesah sendiri. Allah menduga tanda mengasihi. Mengingatkan kita betapa payah pun ujian yang di titi, sentiasa bersyukur, masih di izinkan-Nya menghayati kejadian alam ini. Pasti ada makna yang tersembunyi, yang tidak dapat di terjemahkan saat ini.
7 comments:
selalu terbaca kisah kesengsaraan individu yang menerima kesan impak dari kemelesetan ekonomi! sangat sayu, sangat menginsafkan.
terkadang terfikir, jika diri ditempat mereka, masih boleh tersenyumkah? masih boleh bangun, berdiri dan berlari lagi kah? hurmm...
pa pe pon, di saat di timpa musibah sebegitu, nasihat serta kata2 dorongan dari kawan2 sangat diperlukan!!!
bersyukur kan kite yang ade keje tetap dalam sektor gomen ni.apepun doakan smg ekonomi akan pulih.
tipah: sebagai kawan, kita boleh tolong sekadar termampu. Kena ambil peduli ttg mereka ni.. Kerajaan perlu lakukan sesuatu utk kebaikan semua.
nmmy84: Kita juga perlu peka bila byk sykt tutup kedai, kewangan kerajaan juga akan berkurangan. Impak tetap dirasai..
saya juga pernah merasai nyer apabila my hb sendiri terkontang kanting mencari kerja dek kerana sykt nyer tdk dpt byr gaji.. perit memang perit.. tp nasib baik saya bekerja so kurang la sikit...
sangat menginsafkan... sedih.
Memang sedih bile org disekeliling kita kena tempias kesan ekonomi sekarang.
nisreefa: betul tu.. hanya yg pernah melaluinya dapat betul2 merasai jiwa rakan wa ni..
naja: wa paham, sebab lu pun pernah keperitan mencari pekerjaan dulu...
dibiuscinta: tak tahu lah, bila ekonomi ni akan pulih. Selagi merundum, selagi itulah akan ada kisah insan sebegini.. kita hanya boleh berkata kesian.. bagaimana pulak yg menanggungnya..
Post a Comment