Wednesday, November 4, 2009

Indahnya pemandangan di Kenyir part 1

Bro..

Ahad, wa sampai ke rumah di PD tepat jam 12.05 tghmlm. Dah masuk 1 November. Penatnya badan bukan kepalang. Maklumlah perjalanan yang begitu jauh dari Kuala Berang Terengganu ke PD yg memakan masa lebih 8 jam. Tapi itu bukan alasan untuk terus masuk tidur. Banyak perkara yg perlu dibuat. Peralatan memancing perlu di cuci. Ikan yg dibawa balik perlu dibasuh dan dimasukkan ke peti sejuk. Bekas ikan yg berbau hanyir perlu di cuci sebaik mungkin agar boleh digunakan untuk ekpedisi yg akan dtg. Akhir sekali, badan yg hapak juga perlu dibersihkan agar bini wa nanti tak terkejut bila wa nak tidur. Akhirnya, jam 1.00 pagi, baru wa bergerak ke katil untuk memulihkan kembali antibodi yg telah digunakan selama 3 hari yg lalu.

Bro..

Semuanya bermula pada jam 10.00 malam, Khamis, 29 Oktober 2009 bila wa mula bergerak meninggalkan rumah sambil dilambai2 anak-anak dan bini wa. Kali ni terasa gak sedihnya bila mula meninggalkan rumah. Perkataan "bye" bertalu2 disebut Haiqal yang berusia 4 tahun, walaupun pada mulanya beliau merengek nak ikut sama wa memancing di Kenyir.

Perjalanan ke rumah Yazid di Ukay Bistari agak lama. Memandu sebelah malam keseorangan ni menyebabkan fikiran melayang memikirkan bakal cabaran yg menunggu kami di Kenyir nanti. Perlahan saja wa memandu kereta. Dgn bantuan GPS, wa sampai ke rumah Yazid tepat jam 11.35 mlm. Sememangnya, Yazid telah lama menunggu wa di depan rumah walaupun masa yg dijanjikan sekitar jam 12 tghmlm. Hmmm.. tak sabar rasanya Yazid nak memulakan ekspedisi..bisik hati wa.

Sebagai menghargai tetamu yg datang, wa dihidangkan dgn buah2an segar. Kami bertukar kenderaan. Kereta Yazid di gunakan sebagai kenderaan untuk ekspedisi. Wa tinggalkan kereta wa di rumah beliau. Kami mula bergerak ke rumah Lan di TTDI melalui Lebuhraya Duke. Sesampai di rumah Lan, dari jauh kami dah nampak Lan menunggu kami di depan rumah. Segala peralatan juga telah tersusun rapi di situ. Lan menjemput kami untuk minum teh seteguk dua. Tapi disebabkan kekangan masa, kami terpaksa menolak ajakan beliau.

Kami mula meninggalkan perkarangan rumah Lan di TTDI sekitar jam 12.30 mlm. Yazid mengambil giliran memandu kereta. Lan di depan dan wa ditempat duduk belakang. Tak sampai 30 minit, wa telah dibuai mimpi. Begitu gak dgn Lan setengah jam kemudian. Kami tersedar bila Yazid memasuki kawasan R&R di Gambang, Pahang. Waktu tu, hati wa berbisik, kesian Yazid, keseorangan memandu dgn jauh sekali. Tak pe lah zid, lepas ni giliran kau pulak untuk berehat. Jam ditangan wa menunjukkan 2.45 pagi... Makan2..jerit Lan..

Gambar Yazid dan wa ketika mula berhenti di R&R Gambang, berdekatan Kuantan. Gambar buruk kerana hanya menggunakan kamera nokia wa yg tercinta ni..

Cuba lu lihat gambar ni.. Kenapalah ayam yg telah cedera di montot ni dibiarkan menungging di situ. Mula2, terhilang kejap selera wa nak mengoder.. tapi, aleh2.. wa boleh order nasi lemak berlaukkan ayam yg menungging tu... hmm..manusia mmg mudah lupa...

Destinasi selepas ni ialah opis cawangan sykt Lan di Kuantan. 4 org pekerja Lan sedang menunggu kami untuk turut sama bergelumang dgn ekspedisi kali ni. Tepat jam 3.30 pagi, kami sampai di sana. Hmm.. ada yg masih belum mandi rupanya. Tunggu lagi..bisik hati wa.

Selepas ni, kami mula bergerak dgn 2 kereta. Ahli ekspedisi mula berjumlah 7 org. Kali ni, giliran Lan untuk berada di stereng wheel.. Wa..?? Masih tetap duduk di seat belakang. Kami meninggalkan kawasan tu tepat jam 4.00 mlm. 10 minit, wa tertidur semula. Tiba2 wa terasa kenderaan kami berhenti di stesen petronas. Ada yg tiba2 terasa pundi penuh dan perlu di kosongkan. Sambil menunggu.. kami berposing lagi..

Klu lu org sampai ke stesen petronas ni, maksudnya perjalanan ke Kuala Berang masih jauh lagi.
Jam baru menunjukkan jam 4.45 pagi. Waktu subuh belum masuk lagi. Kami mengambil keputusan untuk bersubuh di .......Besi. Wa lupa nama pangkal tempat tu.

Wa mengambil giliran memandu. Perjalanan ke tempat dituju tak lama. Kami sampai di perhentian ...........Besi tu tepat bila azan subuh berkumandang. Banyak betul lori yg berhenti. Mungkin tempat ni mmg tempat pemandu lori tidur dan makan agaknya. Subuh kami berimamkan Yazid. Wa..?? Seperti biasa..bilal saja..haha..


Kedua2 gambar adalah suasana di ....besi selepas kami bersolat zuhur. Masa ni, hujan mula turun renyai2..

Kami meneruskan perjalanan ke pekan Kuala Berang. Hujan mula turun renyai2. Sesuai sgt dgn nama ekspedisi kami, Trip Tengkujuh 2009. Keadaan jalan mula licin. Perjalanan ke Kuala Berang akan menyusuri jalan2 kampung. Bilangan kenderaanpun telah mula bertambah. Mungkin ramai yg mula hendak memulakan hari mereka pada pagi ni.

Kami sampai di Kuala Berang sekitar jam 6.40 pagi. Hujan masih tidak menampakkan tanda2 untuk reda. Perut terasa lapar walaupun baru je kira2 3 jam yg lalu, wa telah membelasah sepinggan nasi lemak. Kami berhenti di sebuah restoran yg nampak seperti baru dibuka. Restoran Kak Zah. Kali ni, wa berselera untuk menjamah sepinggan nasi dagang berlaukkan kari ikan tongkol. Wa rasa bukan menjamah tu.. klu menjamah, sure, sesudu nasi dagang. Ini tidak..sampai licin pinggan wa.

Dari sini, kami akan di sertai dgn group dari Terengganu..Adi dan rakan. Jumlah..3 orang. Kemudian ada tiga lagi yg akan turut serta iaitu agent boat house yg akan kami naiki nanti tidak termasuk tekong boat 2 orang. So, total bilangan yg akan terlibat dgn ekspedisi kali ni adalah 15 org.

Masing2 makan ala2 dinasour..dgn pelahap sekali. Kami mmg perlukan tenaga yg banyak selepas ni.

Jam menunjukkan tepat jam 8.00 pagi. Bayang group dari Kuala Terengganu masih belum menunjukkan bayangnya lagi. Manalah diorg ni..

Cuba lu lihat keadaan wa yg keletihan menunggu group dari Kuala Terengganu dari jam 6.40 pagi. Kelibat mereka hanya kelihatan kira2 jam 8.15. Adih..letih Di, nunggu korang...

Sambung di episod akan dtg..

Salam dari alladiin...

9 comments:

AMIRZA said...

Alhamdulillah Bro lu dah selamat sampai ke rumah. Nampak sgt keletihan ya.. solat subuh dah jd solat zohor... :)

Naja said...

Takat ni wa blum boleh membayangkan keseronokan xpdc lu kali ni bro.. nampak mcm serba letih je. Mungkin keterujaan itu pada entry lu akan dtg. Wa tunggu...

AQisH said...

penantian mmg satu penyeksaan..cpt2lah up part 2 plak hehe..

mrnho said...

Bukit Besi la bro...muda2 lagi dah cepat lupa, kena banyak makan Gingko.

Unknown said...

wow..
syok la xpdc cik ni..
hehe..
tp lom smpai lg da nmpk sgt mltihkn..
ni lom kisah mengail ikn d tsik knyir lg..
mst lbh syok kn..
cpt2 la cik smbg part 2 n len2 part ea..
=)

alladiin said...

Amirza-kraft: betullah... cam ne lah wa boleh solat zuhur waktu subuh tu ... (ayat sorang cikgu: saya cuma nak check samada awak membaca penuh atau main loncat2..)

naja: bayangan akan bermula malam ni.. wa akan masukkan part 2 plak

Aqish: sabar beb.. malam ni kompom wa masukkan part 2 plak..

mrnho: cam ne lah wa boleh lupa perkataan bukit tu... mungkin angkara joran tenggelam tu bro..

nain_epoh89: kompom letih beb..sebab perjalanan lebih 8 jam hanya untuk ke tepi tasik je...

Dee said...

plg x best bila jln2 ialah tunggu org..kuikuikui..

Taher Kasa said...

Mr Ashri ni kalau bercerita memang terror...,

alladiin said...

dee: mmg tak best klu menunggu sengsorang.. tapi klu nunggu beramai2, mulalah keluar aktiviti sampingan yg bukan2..

Taher: hehehe... lu pun terer bercerita gak bro..