Tuesday, January 19, 2010

Jumaat ni....(berehat di Penang..)

Bro...

Jumaat ni...

Rindu sgt wa dgn suasana nyaman ketika fajar menyinsing. Dingin, senyap dan sesekali terdengar suara gelak ketawa kengkawan..


Kepuasan yg tak terkata... Boleh terbawa2 ketika tidur.. Sambil tidur, tangan menyentap2 seolah2 sedang melayan ikan di hujung kail.. Harap2, tak berlaku lah pada wa ketika wa sedang nyenyak dibuai mimpi.. takut aksi terlebih, terketuk hidung bini wa plak nnti..


Walaupun kecil je hasil tangkapan, tapi, cerita bagaimana ikan ditumpaskan, boleh berlarutan berminggu-minggu lamanya...


Kalaulah hasilnya sebesar ni, cerita kehebatan pengailnya pasti boleh berlanjutan ke tahun depan... Itu pun kalau rekod belum terpadam dgn hasil tangkapan rakan yg lain. Tapi, kalau hasil tangkapan sebesar ni, pasti wa tak berani nak bawak balik ke rumah..takut bini wa melompat melatah...besar rasaksa tu bro.. manalah tahu, ada otromen yg follow wa balik sebab nak fight.

Tapi, itu semua bergantung dgn rezeki.. Kalau telah ditakdirkan rezeki kita baik, mancing sambil buang air dlm tandas pun, ikan akan mengena..

Sejak tidak berekspidisi di laut ni, dah 2 kali wa tewas dgn teruk ketika ekspidisi di tasik.. Mungkin kali ni nasib wa berbeza..almaklum, org laut kan..!!

Salam bro... chow dulu..

2 comments:

Naja said...

wow bro.. smp ke penang perginye. tu nanti kalo ikan kat sana takmo mkn umpan... bley terjah nasik kandaq jer :) memancing di kedai nasik kandaq.. bukan takat ikan, kambing.. ayam semua pun leh dipancing :D

alladiin said...

naja: dari tadi wa asyik pikir.. camnelah aksi kambing tu bila mulut dia kena pancing...