Tanggal 1 Januari 2010, ramai yg hepi. Lama betul di tunggu. Sekejap diberitakan akan muncul, tapi senyap saat2 akhir. Macam2 khabar yg didengar. Ada!!!….mmg adalalh!! …aku dah nampak!!!… eh.. tak jadi plak!!!.. kenapa tak jadi ni??… ada ke?? Ada org komplen agaknya…tu sebab kena tahan benda tu… Macam2 keluhan yg didengar.. Dilema betul…
Wa..?? Letih nak menjawab.. Yg masih student, tanya… yg dah kerja pun tanya…dan yg paling tak tahan, bahagian pembangunan kurikulum pun tanya wa gak…sebab nak tentukan hala tuju…so, jawapan yg standard dari wa, cam biasalah… “entahlah”..
Akhirnya…yg ditunggu2 muncul gak. Ramai yg mengurut dada tanda lega. Tak kurang gak yg mengurut2 dompet kerana bakal mendpt durian runtuh.. Senyum semuanya kerana perjuangan selama ni berjaya gak akhirnya. Duduk senyum, jalan senyum, makan senyum, tidor senyum dan yg paling best, waktu hukhuk pun senyum gak… Dlm ertikata lain, semua perkara yg dibuat pada 1 Januari lepas, senyum belaka..
Memang patut senyum pun…terutama yg dah lama benar tanam bakti kepada Negara… sure lega yg amat..
Menang tu… menang dlm perjuangan. Keringat dan usaha yg telah dibuat dari awal 90an lagi, akhirnya menampakkan hasil.. siapa yg tak hepi.. wa pun hepi gak.. Dah lama betul wa kesian dgn diorg ni. Dah macam2 kertas kerja yg wa buat utk dptkan hasil yg begini.. walaupun sesetengahnya ditolak mentah2 waktu pertengahan tahun 90an dulu. Ingat lagi wa ttg perkara tu… masih segar diminda wa yg tua ni…
Namun..jgn lupa..dulu, waktu disekolah rendah, ustaz ada ajar yg Allah jadikan perkara dan makhluk di dunia ni berpasang-pasangan. Siang, pasangannya malam. Jantan pasangannya betina… Lelaki pasangannya perempuan… Perlahan pasangannya laju.. Panas pasangannya sejuk.. dan macam2 lagi… Ingat lagi tak dengan benda tu.. Sure ingatkan.. Dlm ekonomi kapitalis pun ada istilah khas utk benda ni…
So, kalau menang…pasangannya apa….hmmm.. sure kalah kan..!!
So, mari kita kaji apa yg kita kalah… sebab dgn mengkaji benda tu, baru kita tahu nilai yg sebenar kejayaan kita tu…
Sejak di tahun 90an lagi kita telah mendominasi pasaran kerja utk jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan..n17. Dlm lain perkataan, kebanyakan jawatan kosong utk posisi ni, DSK Politeknik Malaysia yg belasah. Tak kira, dalam atau luar negeri. Semua sapu.. Rezeki murah tu bro… Senyum semuanya termasuklah bahagian kurikulum. Mana tidaknya, dlm semua program yg ditawarkan oleh politeknik Malaysia, DSK lah satu2nya kursus yg terbukti mempunyai nilai pasaran kerja yg paling efektif..
Dulu, sebelum final exam, JPA dtg ke poli, mintak student isi borang kerja.. Yg paling wa tak boleh lupa, diorg siap tanya stdnt yg belum pun masuk final exam ni dgn soalan yg boleh menyebabkan lulusan kursus lain terpana…
”Bila boleh mula kerja??”
“Boleh mula kerja awal sikit tak..?”
“Tak payahlah kerja dgn swasta, kerja dgn kerajaan lebih terjamin..”
Then, berebut2lah pihak atasan wa mengarahkan beberapa poli yg lain menjalankan program ni..walaupun mereka tahu yg masalah asas iaitu kekurangan tenaga pengajar terlatih untuk program ini masih belum diatasi. Wa rasa diorg bukannya seriuspun nak atasi masalah tu… byk dah cadangan yg wa beri… tak ikut pun.. Wa pernah cadangkan agar program DSK ni ada niche area.. maksudnya, semua program dsk yg berlambak di poli2 lain, di letakkan di satu kampus khas hanya utk atasi masalah tiada tenaga pengajar terlatih...tapi.. ditolak mentah2.. malah apa yg wa dpti, beberapa poli yg baru dibuka dikehendaki pulak untuk menjalankan program ni.. mengarut betul.. Yg paling tak masuk akal, ada poli, nun di pendalaman, menjalankan program ni tanpa sorang tenaga pengajar pun yg tahu ttg trengkas, shorthand, speed typing dan cengkadak yg lain.. Mungkin diorg beranggapan yg itu semua tak penting… yg penting, bilangan produk mesti tinggi sebagai memenuhi permintaan pasaran kerja.. kualiti??? Hmmm..
Tahun berganti tahun, situasi mula berubah selari dgn bilangan komplen yg wa dgr dari majikan ttg kualiti.. Ada gak wa sampaikan ke telinga teman di pejabat atasan sana, tapi..hmmm.. cam mencurah air kat laut pasifik… tak de kesan langsung..
Klu dulu, tak perlu temuduga, kemudian, berubah jadi temuduga. Tiap2 semester, JPA akan dtg utk temuduga..Mula2 ambil semua…habis borong… then mula pilih…itupun hanya 1-2% je yg tak dpt kerja..
Masa berlalu lagi, JPA mula drop agak ramai pelajar, dlm 10%. Tapi, yg 10% tu, diborong plak oleh agensi lain..
Masa berlalu lagi, JPA mula drop satu kelas…masa ni ramai yg tertanya2.. dah penuh ke kerja kat gomen tu.. Ada kengkawan kat opis atasan tanya wa hal ni… pala hotak diorg lah…(sorilah bro.. kekadang wa geram..) Dulu2 lagi wa dah btahu… jaga kualiti bro… jgn main hentam je… Dah byk komplen wa dgr.. dan dah byk gak aduan yg wa ckp kat diorg… tapi, lautan pasifik kan… mana takut dgn air segayung..
Paling terkini, tak de interview… hah… amik tu.. kenapa?? Kalah ??? Tewas ??? Lu org pikirlah sendiri..!! Sebab pada wa, itu belum kemuncak tewas…
Kemuncaknya, bila dah diiktiraf sebagai n27, maka jgn lupa, ada satu lagi institusi yg mengeluarkan produk yg sama yg bilangan kampus nya berlambak2 satu Malaysia ni yg turut diiktiraf untuk menjawat jawatan yg sama…entah apa nama jawatan baru ni… lupa plak wa… lu org hafal kan…
So, bila bilangan kampusnya berlambak, sendiri mau ingatlah bilangan produk yg dikeluarkan setiap semester. Ramai tu… Kita??? Ramai gak..
Ramai + ramai = terlalu ramai..
Bilangan jawatan kecil…
Situasi semasa, JPA dah mula tak dtg langsung ke poli utk interview…
Kesimpulan = Zaman kegemilangan student DSK sampai ke penghujung
Siapa yg betul2 menang… yg dah kerja, especially yg dah lama kerja..
Siapa yg tak berapa nak menang…. Yg masih belajau…
Oleh tu.. dalam kita meraikan kemenangan perjuangan, sesekali, kita pikirkanlah gak yg sedang belajar dan yg sedang menanti buah yg entah jatuh atau tak dari JPA (yg belum dipanggil oleh JPA)…
Cadangan wa:
1. Kepada yg tak dpt kerja lagi, inilah waktu yg paling sesuai utk sambung belajar.. dptkan degree. Lebih baik sambung belajar dari merugikan masa menunggu jawatan yg entah dtg atau pun tak..
2. Kepada yg sedang belajar… belajar lah bersungguh2 terutama subjek2 utama bidang ni iaitu trengkas dan shorthand, kerana 2 subjek itu gak lah yg menyebabkan DSK begitu laku lebih sedekad yg lalu… kerana 2 subjek itu jugaklah menyebabkan JPA menolak graduan dari institusi yg satu lagi tu kerana mereka tidak menawarkan subjek ni..
3. Kepada yg sedang bekerja dan menikmati keindahan dan kenikmatan hidup, kerjalah elok2.. dapatkan rezeki yg halal.. jgn merungut dan menyungut selalu kerana group lu org sebenarnya yg paling beruntung. Jaga kualiti kerja kerana kualiti yg lu org pamirkan itu gak lah yg akan jadi kayu pengukur samada posisi jawatan lu org tu kekal menjadi milik ekslusif DSK politeknik atau jatuh ke tangan org lain…
Walaubagaimanapun, sebagai cikgu.. wa sentiasa doakan yg baik2 utk student wa..Maaf kalau bicara wa kali ni menyinggung rasa dan emosi...
Wa chow dulu...Salam dari alladiin..
p/s: malas nak memikirkan ttg masa depan SSK sebab wa ni hanya segayung air yg berdepan dgn lautan pasifik..
20 comments:
tapi apa2 pun saya ingin mengucapkan terima kasih byk2 sbb byk ilmu yang saya belajar dari encik ashri..
cam ikan plak ek en. ada borong² hehehe..dikesempatan ni sy nk ucapkan terima kasih lah kt en. yg bersusah payah membuat paper work..demi memperjuangkan HAK kami..jasa en. akan kami ingat hingga ke akhir hayat..
Insyallah sy akan ingat pesanan en. tu..
fida: sama2 fida.. sy hanya menjalankan tjawab sebagai tenaga pengajar beb..mberi ilmu semampu boleh..
jesnita: alah...zaman IT ni, nak buat kertas kerja bukannya susah sgt.. byk rujukan.. fail pun boleh edit2.. anyway, kerja elok2 k...
Assalamualaikum..
Pertama sekali saya nak panjatkan rasa syukur saya pada Yang Maha Esa dengan rezeki yang telah diberikan. Kedua, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru2 saya terutamanya En. Ashri, En. Arshad dan lain2.Semoga kami lebih tekun dan beriltizam lagi untuk maju ke hadapan.
Saya doakan semoga PoliPD menjadi salah satu daripada 3 poli yang akan dinaiktarafkan menjadi Universiti kelak..insyaallah, Amin.
Walaupun gembira dengan berita yang kami terima nie, tapi tahap kegembiraan kami tue tak sampai ke klimaks. Ramai yang bersungut, ramai yang berkecil hati, ramai juga yang menyindir-yindir tiap kali berselisih. Tidak kurang juga ada yang membeza-bezakan lulusan kita dengan 'institusi' lain itu, berikutan gaji permulaan yang tidak setaraf!!!!Kata mereka.."yea lah...'institusi lain' tue English nya lagi Power."
Mengapa perlu ada perbezaan sebegitu En. Ashri?... cuma jawapan dr saya..." Itu sebab kredit hour kami je yang tak cukup !Tapi kami 2 tahun je dah boleh grad!' Kadang2 rimas pun ada dgn situasi nie.
Saya nasihatkan kpd kawan2 dan adik2 seangkatan... buatlah macam biasa, kerja la dgn lebih tekun, jgn la sebab dah naik pangkat sikit nak tergedik2 tak tentu hala dan berlagak. Sebab menjadi seorang PA nie banyak sangat dugaan dan tomahannya.Dengar kata ramai PA2 yang SPM holder nie nak buat petisyen...melahirkan rasa ketidakpuashatian mereka.
Tapi apa2 pun...we deserved it!!!
en ashri, saya setuju 100% dgn apa yg en ashri tulis nih...
kerana mengejar kuantiti, kualiti diketepikan.. akhirnye yang rugi DSK sendiri.
en ashri, i rasa masa dah berubah... even now to be a PA some companies starts to require for the Degree Holder. Umm... for those yang dah kerja what ever we have now, just maintained and upgrade your knowledge and interpersonal skills. PA ke, secretaries ke, Executive assistant ker yang penting our basic and common sense knowledge must be powerful. Kena banyak membaca untuk kita bersaing dengan organization yang kita kerja tu. Kita punya decision or proposal pun boleh diterima pakai.. im very glad that our diploma at that time was really good quality... start our 1st job with RM2k salary. Thanks to Poli PD and specially to DSK lecturer!!
dulu masa penghujung part 4 (1997) dpt surat dr tpt kerja skrg soh dtg interview..waktu tu jawatan yg ditawarkan hanyalah Jurutrengkas..tapi saya pegi jugak cuba nasib..x silap ada 4-5 org lg batch saya dipanggil interview tp diorg x pegi..saya srg je pegi..alhamdulillah rezeki..skrg dah dinaikkan jawatan/gred ke Pembantu Khas..
bila tgk pekeliling smlm bleh naik N27 rasa epi..tp masalahnye kitorg kat sini ada 2 skim..SSM dan komersil..saya komersil..(ikutkan dlm ssm bersamaan dgn N22 P2T6, basic x termasuk elaun)..dijangkakan dlm thn ni restructuring akan dilakukan..semua akan diserap ssm..harapan saya agar majikan meletakkan gred/gaji yg selayak²nya utk saya yg telah berkhidmat selama hampir 13 thn di sini..
terima kasih buat semua cikgu² DSK dulu..mmg x dinafikan..graduan dsk dulu sgt senang dpt keje..mcm saya x perlu mintak surat interview dtg sendiri..;-)
kpd student yg msh blajar..betol ckp en.ashri lbh baik sambung belajar drp dok tunggu jawatan x kunjung tiba..
agak sedih bila tau DSK akan jd SSK..:-(
Firstly, thanks to en. ashri atas daya usaha en. ashri sebagai pendidik dan juga sebagai salah seorang yg menjadikan impian semua PA menjadi kenyataan.
Saya sokong 200% ape yg en. ashri tulis tue. Memang sejak berita kenaikan tue keluar macam-macam cerita yg keluar terutama pihak yg tidak berpuas hati. Ape pun we all kat sini tetap teruskan tugas seperti yg diamanahkan. Utk adik-adik yg masih belajar tue teruskan perjuangan dan perbaiki mutu student DSK yg ada ke tahap yg lebih tinggi dan berkualiti lagi. Good luck to all of you.
Salam, pertama sekali aku tabik kat kau. Harap masa depan akan menjadi lebih baik untuk mereka semua.
Wahida: panjang betul komen awk, dah boleh jadi satu entry.. thanks anyway.. betul kata awk, kita buat kerja spt biasa je...yg penting kita perform..
naja: betul naja, tak rugi kita pentingkan kualiti..
anonymous: agree with u 100% beb.. knowldge differ people.. Saya amat bangga dgn ex stdnt sy yg dah ada degree dan master.. ramai tu..
Aqish: kita doakan yg baik2 je lah utk hari mendatang... untung you all dulu2..
nisreefa: biasalah, tak semua setuju pada satu2 perkara... yg penting, kita tak tumpul minat utk majukan diri..
taher: aku tabik ko balik.. sb ko pun turut terlibat nak upgrade di tahun 90an dulu..
assalamualaikum...
en.ashri.. terima kasih bebayak atas ilmu yg diberikan.. n thanks kerana telah berjaya memperjuangkan hak student dsk politek...
tp apa2.. mutu kerja, cara berkerja tetap penting ... walupun gred tinggi.. tetapi mutu kerja tidak bagus... pun tak bermakna....
bagi PA di jabatan kerajaan... alhamdulillah..terus diguna pakai pekeliling tu.. tp bagi lhdnm.. tunggulah bulan 6 baru dpt.. tu pun kalu dpt.. coz senior2 yg kanan semuanya no dip.. so amatlah susah situasinya... sindiran... hmmmmmmmm mungkin ada.. dan compare2 budak uitm ngan poli pun ada... yg pasti... di lhdnm.. budak poli dipandang sebelah mata... coz sebesar2 lhdnm hanya 5 org ja budak dsk dri poli.. 2 poli pd.. 3 kuantan... sedih kan..
tp.. bersyukur2 ttp bersyukur coz JPA dah terang2 sebut lulusan dri politek...
skali lagi.. THANKS BERJUTA2... nnti..akan ada open table tuk en.ashri... hehee
terima kasih en ashri sbb memperjuangkan hak ktorg..terima kasih juga sudi curahkan ilmu kpd kitorg ni..sy sgt bersyukur dpt bljr di PPD even course ni bkn pilihan sy pd mulanya..kirenye mtk lain dpt lain la..tp mmg btol setiap yg terjadi ada hikmah disebaliknya kn..terima kasih tenaga pengajar di PPD especially en ashri!!
eranazeera: Waalaikumussalam.. klu dah rezeki, tak ke mana.. Insyaallah.. kita upgrade kualiti kerja kita, sure org keliling tak boleh nak kata apa..
zielalala: jgn puji saya beb.. sebab bukan kerja saya sorang.. semuanya kerja berpasukan.. haha..dulu tak minat DSK ek..
sy pn stuju ngn en ashri...
tp tu la,spt yg kte tau pn..
ble PA ni naik...
plbagai mlut,tohmahan smua dtg...
smua xpuas hati ngn kputusan ni...
tgkla surtkhbar BH smlm n arni
je mcm2 cte...
En.Ashri..sedey pulak bace entry ni..yup.ayu yang LAST badge ni rase bersyukur sgt2 dapat keje ni sebab memang dari badge Shai dulu cakap JPA dah xnak amik bedudak POLI...memang sedih sgt dengar mase tu n dapat bayangkan perasaan dorang yang baru abis belajar ni camane... Saya lagi lah extend sem. Memang xboleh lupe sangat tapi rezeki masing2 kan..Alhamdllah dapat bekerja dan jejak kaki di Pejabat Menteri ni.
Tapi tiap2 orang ade bahagian sendiri, yang paling penting skali En. Ashri dan lecturer yang lain dh jalankan tanggungjawab dan concern sangat pasal student2 dorang... Tu yang paling berharga sekali..
So xde kalah menang antara kite sume pelajar DSK.. yang penting korang usaha tok majukan diri ok!!!
Thanks once again utk semua orang-orang kuat DIPLOMA SAINS KEUSAHAWANAN..PPD..
erk..napa eh JPA dh x amik budak poli? 'institusi' lain tu adakah student2 dari ITM or skrg UiTM?
Pada sy..x kisahlah dari institusi mana pun..asalkan graduan yg dilahirkan berkualiti semuanya n jenis tau buat keje. Bahasa inggeris pun kenalah uptodate..nak2 yg keje swasta. Dulu masa sy grad, keje dtg cari sy..xyah susah2 nk gi interview. Dulu org pandang sipi lah pada kerjaya sekretari, P.A ni..tp zaman sekarang dh berubah. Kerjaya ni mmg menjamin peluang pekerjaan dan career developmentnya pula sgt memberangsangkan. Persaingan semakin sengit..student2 skrg mmg kena bagus serba serbi. Baik dari segi bagus dlm education n also praktikalnya.
Apapun tahniah pd mereka yg dh naik gred..sy tumpang gembira walau x makan gaji dgn gomen.
wei..ini entry dah lama lah... komen entry baru plak..
anonymous: rasanya JPA masih ambil, cuma bilangannya terlalu kecillah.. mula2 paham cerita awk, tapi, bila sampai ke ayat:
Thanks once again utk semua orang-orang kuat DIPLOMA SAINS KEUSAHAWANAN..PPD.. terus wa jadi tak paham...
Dee: setuju dgn lu dee.. kita mesti sentiasa ada iltizam utk upgrade kemampuan diri.. Anyway, wa syok baca entry lu ttg multitasking kerja seksitari lu dulu.. gelak besau wa...
zal88: relax zall..yg penting kita yg lupa utk sentiasa jaga kualiti kerja kita setiap hari..
zal88: ops...silap taip plak... yg penting, kita jangan lupa utk sentiasa jaga kualiti kerja kita setiap hari...
tiap kali sy baca tulisan en.ashri yg berkaitan dgn 'kita'..sy mesti jd sayu dihujung2nya :'(
Post a Comment