Terasa lain sgt kali ni. Ada yg dah bercucu, ada yg hampir nak sambut menantu dan yg paling menyedihkan, ada yg tak dpt bersama kerana telah "tiada lagi." (ku sedekahkan al-Fatihah utk mereka)
Majoriti, kali terakhir berjumpa ketika keluar dari bilik exam utk paper terakhir. Salam2 dan.... berpisah. Terlalu sedikit yg dpt bersama dulu sewaktu bertemu jodoh. Then, kami ghaib dlm kesibukan hidup memasing. Mendirikan rumahtangga, sibuk dgn urusan harian dan urusan membesarkan anak2 sebagai pewaris utk masa depan.
Tak pernah terfikir pun yg akan berjumpa semula. Lebih2 lagi, langsung tak pernah terpikir akan bekerja bersama semula untuk satu projek dgn kengkawan yg suatu waktu dulu adalah rakan sekampus dan sekelas..25 tahun terpisah bukannya waktu yg pendek bro.. Macam2 yg telah berlaku sepanjang 25 tahun dlm hidup kami..
Memang tak pernah terpikirpun benda tu akan berlaku..
31 Julai 2010...sejarah. Reunion Ex ITM Melaka(Kg8) bertempat di Tiara Beach Resort di PD. Wa salah seorang dari komiti nya..
2 kali wa hampir menitiskan air mata sepanjang majlis berlangsung dari jam 4 petang hinggalah 1 pagi... Terlalu terharu sgt bila dpt bersalam, bertanya khabar, bergurau dan entah ber.. apa lagi lah yg kamu lakukan sepanjang hari tu.. Tiada perkataan yg buleh menggambarkan perasaan wa waktu tu...
Sewaktu Hi-Tea sebelah petang. Terkejut bila diserbu oleh kengkawan lama. Ada yg begitu sebak kerana terlalu gembira. Inilah kengkawan yg suatu waktu dahulu menjadi geng mengeteh, merempit dan mcm2 me... lagi.
Komiti yg begitu sibuk menyusun hadiah2 yg disumbangkan oleh rakan2. Semakin petang, semakin byk hadiah yg diterima. Bagi pihak komiti, hanya ucapan terima kasih yg dpt kami ucapkan.
Petang, sewaktu sound check utk show sebelah malam. Wa bersama gitar kesayangan..
Bini wa pun terlibat sama sebab kami jugak adalah pasangan serindit sewaktu belajar dulu. (Gambar dgn classmate beliau dulu)
Ballroom yg penuh sewaktu majlis baru nak bermula. Memasing begitu teruja. Wa agak gementar sebab kali ni, show wa cukup lain. Wa akan menghiburkan rakan2 wa dulu. Sepanjang belajar dulu, diorg mmg tak pernah tengok wa main piano atau keyboard. Puas jugaklah wa menjawab soalan yg sama.. "woyy...bila lu tukar main menatang tu hah..!!"
Seperti biasa, setiap kali show, wa adalah penunggu setia utk keyboard dan piano. Cuma yg lainnya, kali ni, yg di bawah tu adalah rakan2 yg baru berjumpa semula setelah terpisah lebih 2 dekat yang lalu.
Di pentas ketika ni adalah 6J atau 6 Jahanam merupakan tulang belakang kepada majlis ni dari mula idea keluar kira2 6 bulan yg lalu hinggalah berlangsungnya majlis dgn dibantu oleh beberapa org. 2 lagu yg di nyanyikan iaitu Berita Kepada Kawan (Ebeit G.Ade) dan satu lagu Arab (lupa plak wa dgn tajuknya)
Rakan serumah wa dulu.. Badlishah aka Bad. Disebelah adalah Mus dari kumpulan Satira dan Wow dulu.. Terasa lain sungguh kali ni sebab bermain muzik bersama kengkawan dulu.. Bro,
wa kena chow dulu, nnti wa sambung semula. Sebelum wa chow, wa nak belasah seketul dua pantun utk kengkawan wa yg semlm mungkin pertemuan terakhir kami... harap2 tidak lah..
Batang selasih permainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
Bintang Barat terbit petang
Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi
Salam dari Alladiin..
6 comments:
hukhukhuk!~
kisah yang sangat menyentuh hati..
25 tahun bukan satu mase yang singkat..saye pon xlahir lagi mase tu..4rahun selepas perpisahan tu baru la saye lahir..<-motip..nak bagitau yg saye mude lagi dan en ashri sudah ...
(^,^)
sy de tgok gmbr2 yg di "tag" oleh kekwn cek kt fb.. really amazing cek.. 25 years.. suku abad 2 cek.. mcm2 bleh jd.
cm ne dpt kumpulkn balik sume gang 2 cek ?
tahniah pd cek dn gang2 cek yg dpt organize event cm ni..
nurain dan romeo: dulu kami sama mcm awak, lepas belajar, semua pulang ke kampung dan teruskan kehidupan. Terputus hubungan sb waktu dulu tiada FB dan tiada hp. Yg ada hanya surat melalui posmen.
ahaks.. 25 taun bro dah berlalu.. time bersama dulu tu umur dah berapa? hehe.. then biler dicampur2 jd brp? huhu.. apakah makna di sebalik jawapan tu? hahahahahahahahaha....
sedihnya..tapi happykan..dee pun happy bila dpt bertemu rakan2 sekolah setelah 20 tahun meninggalkan alam persekolahan..itu suma gara2 Facebook..
ahliacikgukhairul: hahaha...maknanya, kita bertambah2 matang.. masa reunion, mmg cepat mesra walaupun dulu tak berapa mesra. Kematangan mengajar segalanya.
Dee: Facebook ni mmg baguslah klu digunakan dgn betul. Rasanya, satu dunia rancak buat reunion ni.
Post a Comment