Salam
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Sempena menyambut bulan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf di atas sebarang kesalahan dan kesilapan yang disengajakan ataupun tidak, jika ada keterlanjuran kata, mengumpat dan mendengar umpatan atau sebarang perbuatan yang menyinggung perasaan saudara-saudari sepanjang pergaulan kita mahupun semasa menjalankan tugas. Harap saudara-saudari dapat memaafkan saya semoga ibadat kita diterima Allah SWT hendaknya dan semoga kita dipertemukan dengan “Lailatulqadar” di dalam bulan mulia yang bakal menjelang ini.
Jadikanlah matlamat hidup kita ini untuk mencari keredhaan Allah. Hidup di dunia hanya sementara, Akhirat jua yang kekal abadi. Beramal soleh seikhlas mungkin dan beramal kerana Allah jangan kerana selain Allah, kerana syurga yang diberi kerana rahmatNYA bukan kerana amal yang banyak.
Sekian dan selamat menyambut bulan puasa dan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, INSYAALLAH.
Perbuatan yang Dianjurkan di bulan Ramadhan
a. Memperbanyak shadaqah
b. Memperbanyak bacaan Al Qur’an, dzikir, doa, dan shalat
Ibnu ‘Abbas c meriwayatkan:
كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُوْنُ فِيْ رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْرِيْلُ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ
“Rasulullah n adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya Al Qur`an.” (HR. Al-Bukhari)
c. Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa
Rasulullah n bersabda:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
“Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurang sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” (HR. Ahmad, 4/114, At-Tirmidzi, 3/807, Ibnu Majah, 1/1746, Ad-Darimi no. 1702, dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani t dalam Shahih At-Tirmidzi).
Salam dari Alladiin..
p/s: Nota di ambil dari pelbagai sumber rujukan.
6 comments:
sir..
selamat menjalani ibadah puasa....
SEIRING TERBENAM MENTARI DI AKHIR SYA’BAN,
TIBALAH KINI BULAN RAMADHAN,
PESAN INI SEBAGAI GANTI JABAT TANGAN UNTUK
MOHONKAN MAAF DAN KEKHILAFAN.
MARHABAN YA RAMADHAN.
SELAMAT BERPUASA TUK CEK N FEMILI CEK...
selamat berpuasa utk tuan sekeluarga...maaf dipohon jua..
imanamani: terima kasih, selamat berpuasa utk awk sekeluarga juga..
mr romeo: tq romeo... semoga hepi selalu..
Dee: tq Dee.. semoga ramadhan tahun ini lebih bermakna utk u sekeluarga.
Selamat berpuasa :) ziarah dari ghimau :)
slamat berpuasa...ghimau.. mak ai.. ngeri dgn nick awk ni...
Post a Comment