Wednesday, May 18, 2011

Ekspedisi Tioman bersama rakan lama (Hari 1)

Bro..

Bangun pagi, sendi2 badan terasa sakit, kulit muka, tangan dan tengkok rasa perit. Lama wa tak rasa mcm ni. Dulu ketika aktip jet ski, perkara ni akan wa alami setiap minggu.

Ketika entry ni ditulis, mata wa asyik melihat gambar dan komen kengkawan di FB. Puas sungguh hati wa bila dapat ke laut semula tanpa joran. Puas kerana dapat menikmati keindahan pemandangan di dalam air. Sejak zaman sekolah lagi wa mmg kerap menyelam terutama ketika mencari duit kocek dgn menangkap ikan2 akuarium air masin satu ketika dulu.

Seawal jam 6.30 petang, Jumaat 13 Mei 2011, kengkawan sepangajian wa di ITM dulu; Ehsan, Mie, Mantz, Pantuek dan wa mula bergerak ke selatan. Destinasi pertama ke R&R Jejantas di Pedas untuk bergabung perjalanan dengan Begok ke selatan.

Sebelum perjalanan, kami agak terkejut dgn rasaksa A yg seperti tidak mengikuti tema ekspedisi kami "Tioman Eco Chalen". Beg rasaksa A langsung tidak memenuhi kriteria ekspedisi. Lu tengoklah sendiri kat bawah ni..


Ini beg gi meeting bro... nak gi nyelam2 mana buleh bawak beg cengini..

Dari R&R Pedas, kami bergerak ke Kluang. Tetiba dpt call dari kawan lama kami, Apek, mengajak kami singgah di cafe dia utk makan. Apa lagi, perut pun tetiba jadi lapar walaupun ada yg baru makan.


Ketika di cafe Apek di Hospital Kluang. Jam menunjukkan kira-kira jam 10.30 mlm. Bot untuk ke pulau bergerak dalam jam 10 pagi. Wow..lama lag weii... So, utk melambat2kan permainan, kami ke rumah peserta seorang lagi; Haji Latip @ Pital di Bandar Tenggara.


Ketika sampai di rumah Haji Pital, jam hampir menunjukkan 12.00 mlm. Kami pekena lagi roti bersama kari daging. Wa belasah sikit walaupun dah tengah malam. Dari rumah Hj Pital, kami bergerak ke Mersing ketika jam menunjukkan 5 minit lagi ke pukul 3.00 pagi. Bergerak di kawasan pendalaman waktu2 begini mmg agak menggerunkan terutama sekali bila wa yg punya giliran memutar stereng keta. Ahli ekspedisi bertambah menjadi 8 orang. Dua kereta bergerak ke Mersing. Wa berpakat dgn Begok utk speed santai 70-90kmj sahaja.

20 minit sebelum waktu subuh, kami sampai di bandar Mersing. Kami terus sahaja ke Masjid di puncak bukit utk bersolat subuh.

Selepas subuh, kami bergerak ke jeti kerana kuatir parking kereta akan penuh jika lewat. Bersarapan di gerai berhampiran jeti sahaja sementara menunggu ketibaan 2 lagi ahli ekspedisi dari JB menyertai kami.

Gambar semasa di Jeti Mersing untuk ke Tioman. Semangat berkobar2 tu bro. Klu buleh, kat situ jugak kami nak pakai goggle dgn kasut itik.


Gambar semasa di dlm bot ke Tioman. Zaman dah berubah. Semua bot ke Tioman laju2 belaka skrg nih. 1 jam 20 minit lu dah buleh terpacak kat Tioman. Kalau dulu, lu tidur bangun sampai 4 kali pun belum tentu sampai2 lagi..


Wa dgn rasaksa A ketika sampai di Tioman. Matahari terpacak tepat di atas kepala. Mata jadi kecik kerana terlalu panas. Tapi, semangat tatap membara bro.. Kalau buleh, nak terjun terus ke laut waktu ni, tapi wa kontrol...takut dikatakan rakus plak..


Inilah bilik yg akan wa kongsi berlima bersama rasaksa A, Mantz, Mie dan Pantuek. Masa nak masuk, tetiba je konci tak buleh guna. Puas wa goyang2 pintu tu, nasib baik tak roboh. Kesimpulannya, kami dah salah entrance, itu dapur rupanya.. Siapalah yg mantoi bwk kami masuk ikut dapur ni..


Selepas ke bilik, perut mula bergerak2 manja mintak di isi. Apa lagi, masuklah ke satu gerai kecik kat area kampung tu. Kebanyakannya hanya makan nasi goreng dan air yg tak luar biasa langsung. Bila mintak bil, terkeluar tahi hidung memasing, RM170.00. Gilos ini kedai.. Dahlah panas tak de ekon, kipas pun pusing manja2 gitu..


Makan malam kami agak happening. Pihak resort siapkan BBQ walaupun tak nampak pun aktiviti bakau membakau. Tapi, apa kira itu semua. Yg penting, aktiviti melantak mesti dgn penuh fokus. Sesekali terdgr kengkawan bercerita nakal.. yg penting hepi bro....


Selepas kenyang, ada beberapa kawan yg mula gian nak memancing. Wa layan je sb mmg hati wa dah nekad tak nak pegang jorang langsung utk ekspedisi kali ni. Sebagai penasihat buleh lah. Hasil pancingan....?? Buleh lah... sekor sotong versi katak dan bersaiz juvana. Selepas tu, hanya acara baling2an sajalah... koshong bro...

Sebelum jam 11 mlm, Mie, Mantz, rasaksa A dan wa mula bergerak balik ke bilik. Perlu tidor awal utk tenaga menyelam esok. Maka selepas itu, bermula lah acara "Battle of The Bands" di bilik 911.

Berjumpa lagi di hari ke dua bro...

Chow...

Salam dari alladiin..

Nota:
1. Semua gambar adalah ehsan dari FB Mantz dan Rasaksa B@Timtol.
2. Kpd kengkawan, entry ini bunyik mcm wa hero dlm cerita sebab blog wa...hahaha

9 comments:

nurkaloi said...

waa tioman memang terbaik kowt
oke oke
tak sbar nak tawu citer sterusnya


raksasa A tak boleyh tahan hahaha
sabar jer laa

alladiin said...

nurkaloi: sabar2 dgn part 2. Saya mmg gelak besar bila tengok beg rasaksa A

Fatieya Rose said...

encik..saye terlebih exited tgk entry encik sbb group saye 6 org *budak rumah taman poli* nk buat reunion kt tioman awal bulan 6 ni.. hopefully lah jadi..lame dah plan nk pegi tioman dengan buddiest.. terbaek lah encik :)

alladiin said...

weyy...panjangnya nama blog awk.. Mmg best kat Tioman tu. Saya sokong penuh.. Akan jadi kenangan yg pasti tak buleh dilupakan..

Anonymous said...

mmg terbaeek la en. ashri, best2 ni yg wat nk g tiomaan gak...wawawaaaa

alladiin said...

anonymous: tq beb..lu klu gi tioman, jgn lupa cari stamina dulu..

Miss Tasantek said...

mampus tebelahak gua bro..lu masuk ikut dapur...kah kah kah kah...
lu orang mesti ada bedtime story yang hangat kan malam tu....
warh..rindu timtol the father chicken :)

Anonymous said...

ramai betol yg rindu timtol kan??

alladiin said...

tasantek: mmg malam tu masa tidor ada pertandingan Battle of The Bands" kat bilik tu... gegaran building tu...hahaha

Anonymous: mmg ramai yg rindu sebab tetiba je ghaib esp kat FB sebab komen2 dia yg tak buleh diterima akal..