Wednesday, January 4, 2012

Bila Musibah Melanda

Bro,

Lama betul wa cari kekuatan utk menulis entry ni. Setiap kali wa mula menulis, hati wa terusan pasrah. Kita hanya insan biasa. Berserah dan pasrah. Setiap hari baru menjelma, hati dan perasaan tetap mengingati tarikh dan peristiwa yg telah berlaku pada akhir Disember. Penutup tahun 2011 yg kelam bagi wa sekeluarga. Begitu mendalam lukanya. Wa cuba senyum supaya wa dapat serap kekuatan dari senyum rakan utk melupakan tragedi. Namun, semuanya seketika sahaja. Bila wa keseorangan, detik2 tragedi tetap datang umpama arus sungai yg pasti mengalir ke hiliran.

Kekuatan wa berpaut kepada "Allah menduga kita pada tahap yg kita mampu.."

Perkataan "kalau" benar2 menggugat kekuatan wa. Kalaulah.....kalaulah... macam2 kalau yg muncul dlm fikiran wa bila wa memandang jauh ke depan tanpa bahan fokus.

28 Disember 2011:

Selepas punch-out, wa bergegas ke arah Seremban utk bertemu teman. Tak lama, kemudian wa minta diri utk pulang. Perjalanan pulang seperti biasa saja, tiada yg diluar kebiasaan yg berlaku. Seperti biasa, apabila menghampiri pekan Lukut, wa pasti menelefon isteri wa, mengajak minum petang bersama. Dia mmg cukup dedikasi pada kerja2nya. Selalu skip lunch semata2 kerja yg berlambak2. Itu sebab, wa selalu mengajak beliau minum setiap kali wa melintas pekan Lukut.

3km dari pekan Lukut, wa dail nombor hp beliau.

"Jom minum", pendek saja ajakan wa tanpa bersalam terlebih dulu.

Bro, mintak maaf byk2, sebab wa tak ada kekuatan utk mengingat dan menulis momen tersebut. Cukup besar impaknya kepada wa.

Tatkala isteri dibawa oleh ambulans ke Hospital PD, wa masih di lokasi utk menguruskan beberapa perkara termasuk kereta yg perlu ditarik. Beberapa org pegawai polis telah beberapa kali menghampiri wa supaya cepat ke hospital. Hati wa meronta2, mana satu yg perlu wa uruskan dulu. Perlukah wa meninggalkan kereta yg rosak teruk di tepi jalan begitu saja tanpa keputusan ke mana perlu di hantar.

Terima kasih kpd sykt insurans yg byk membantu tatkala momen tersebut. Akhirnya, wa dpt uruskan dgn pantas.

Wa ke kereta dan bergegas ke hospital melalui lebuhraya PD-Seremban. Tidak sampai 5 minit memandu, azan maghrib kedengaran di corong radio. Wa masih jauh lagi, isteri wa mungkin telah sampai ke hospital.

Buntu, cemas dan pasrah.

Akhirnya, wa berhenti di tepi jalan untuk menenangkan emosi wa. Airmata berjujuran tanpa wa sedar. Tidak berhenti beristighafar. Setelah pasti yg wa telah tenang kembali, wa capai telefon, BBM rakan yg sedang rancak berbual, memberitahu apa yg berlaku. Terima kasih geng, walaupun sekadar tulisan, tetapi cukup utk menenangkan jiwa wa kembali. Kekuatan wa dtg semula. Wa call kakak ipar wa, beritahu apa yg berlaku dan minta pertolongan beliau utk ke hospital segera.

Setelah pasti emosi dan kekuatan wa telah kembali, wa teruskan perjalanan ke hospital. Sesampai di hospital, wa terus ke wad kecemasan. Pihak hospital bertungkus lumus mengeluarkan serpihan kaca dari mata kanan isteri wa.

Setelah selesai melakukan x-ray keseluruh badan, wa dihampiri oleh pihak hospital.

"Isteri encik perlu dihantar ke hospital seremban, kami perlu hantar malam ni jugak."

Sekali lagi wa menggigil. Fikiran kembali tenang bila abang dan kakak ipar wa berkata sesuatu pd wa.

"Hantar ke KPJ lah, dia kan ada insurans".

Setelah berbincang dgn pihak hospital, kami mengambil keputusan utk membawa isteri wa ke KPJ malam tu jugak.

Alhamdulillah, kebetulan hanya ada satu katil kosong di KPJ. Bersyukur sgt wa ketika itu.

"Allah menyanyangi isteri ku" bisik hati wa

Wa ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak hospital PD yg telah memberi layanan yg cukup baik sepanjang memberi rawatan awal kepada isteri wa. Kalian amat berdedikasi kepada tugas kalian.

Selama beberapa hari wa berulang alik dari PD ke KPJ. Apa pun yg berlaku, wa tetap bersyukur dan menerima musibah ini sebagai dugaan Allah.

Kepada isteri wa, tiada perkataan yg mampu menggantikan erti kasih sayang wa kepada beliau. Yang pasti, susah dan senang, akan di tempuhi dan direnangi bersama.

Musibah yg berlaku, ada hikmahnya. Kita perlu muhasabah diri dan menilai hari-hari yg sudah agar menjadi pedoman utk hari-hari yg mendatang.


Kereta yg begitu banyak berjasa kepada isteri wa. Sudah lebih 80000km perjalanan yg beliau habiskan bersama kereta ni, akhirnya, musibah melanda.



Kaca pintu pemandu pecah, menyebabkan kaca bertaburan, ada yg masuk ke mata isteri wa. Pesanan doktor, cermin kereta perlu di "tinted". Sekurang2nya, habuk cermin tidak melayang dan hinggap ke mata pemandu.


Kereta hanyalah satu asset yg telah di insuranskan. Janganlah terlalu memikirkannya kerana ia hanya salah satu dari asset2 kita. Asset dunia sahaja. Harta dan wang ringgit boleh dicari semula.


Sekian, salam dari alladiin.. Hati-hati dan jaga diri senantiasa.

p/s: Beberapa kebetulan ketika momen2 kecemasan:
1. Wa telefon isteri untuk mengajak minum petang selepas beberapa saat beliau kemalangan. Ketika mengambil panggilan dari wa, beliau masih berada di dalam kereta kerana pintu pemandu tidak boleh dibuka.
2. Ketika kemalangan, kebetulan, wa lalu di kawasan tersebut. Jarak wa dari tempat kemalangan adalah kira2 5km sahaja. Allah Maha Kaya..

19 comments:

nurkaloi said...

alhmdllh slamat istri en slamat
kereta memang abes laaa
hurmm memang kena tinted pun cermin kete

Hustler said...

Ades.... Sebak bos baca karangan nih. Even tak sepenuhnya, rasa paham akan kerisauan yang berlaku kpd insan tersayang, sgt2 lah menduga jiwa dan raga. Hope beliau selamat dan tiada pape yang berlaku. Haish!!

Tabah ye En Ashri. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku tuh. Huhuhuhu..

Takziah di ucapkan.

Naja said...

salam,

Bro, semoga Allah berterusan memberi kekuatan kepada bro dan keluarga untuk menghadapi dugaan ini. Juga, semoga isteri bro akan sembuh dalam masa terdekat dan kehidupan sekeluarga kembali ceria seperti biasa..

Saya benar-benar bersimpati.

Ahliacikgukhairul said...

Salam En.Ashri, saya br tau biler baca entry ni. Apa la punya kawankan. Maaf banyak2. Moga Kak Faridah cepat sembuh dan pulih seperti sediakala. Amin. Salam buat beliau.

Tla said...

Thank God, isteri en. ashri selamat. I hope en. ashri kuat n tabah. Isteri en. ashri pun wil feel better if she c u strong. tc

AQisH said...

alahai..lama x baca blog..bila baca dpt kabar sedih..mujur isteri u selamat..semoga dia cpt sembuh..mmg sukar nak digambarkan perasaan ketika sdg bergelut dlm situasi spt ini kan..tentu cemas x terkata..mudah²an selamat semuanya yer..insyaAllah..

Cikwa said...

Alamak kete sy pun tak tinted..harini jugak sy soh hubby sy buatkan..
sabar banyak2 ye..moga isteri en. Ashri sihat kembali..

Unknown said...

nasib baik semuanya selamat..Allah maha kaya...

EraNaZeErA.. said...

alhamdullillah isteri en ashri selamat... moga beliau sembuh seperti sediakala...

amykimi said...

semoga en ashri tabah menghadapi ujian dari-NYA... saya mendoakan kesihatan wife en ashri....

alladiin said...

nurkaloi: dah tinted lum keta awk?
Hustler: tqvm..berkali2 saya mintak maaf dgn pak mertua.
Naja: tq beb..alhamdulillah, beliau beransur sembuh
Ahliacikgukhairul: hampir seminggu saya tergamam, sehingga ramai rakan di poli yg tidak tahu
Tla: terima kasih tla
Aqish: tqvm beb..mmg bila terkena pada org tersayang, lain sgt rasanya
lovelywa: gi tinted skrg...
my aisy: alhamdulillah...
eranazeera: bwk kereta hati2 beb..
amykimi: tqvm amy..

TiNiE said...

en.ashri,
semoga isteri en.ashri kembali pulih seperti sediakala, insyaAllah.

bertuah isteri en.ashri punya suami seperti en.ashri. take care en.ashri.

ShaKiera said...

semoga isteri cik kembali pulih sepenuhnye..dugaan dugaan dan dugaan..
untuk kita lebih tabah lan cik...
alhamdulillah isteri cik selamat..
t.c n hati drive cik :)

cik gObu said...

gigil saya baca entry en.ashri ni

doa saya semoga isteri en.ashri cepat sembuh seperti sediakala

juga diberi kekuatan kepada en.ashri sekeluarga menghadapi ujian dari Nya

Emmymazli said...

Salam.... Suspen juga baca entry en. Ashri ni.... Anyway alhamdulillah isteri selamat... Beruntung wife dpt suami mcm en ashri ni.... Susah dan senang bersama.... Semoga en ashri tabah dgn ujian yg allah berikan yer....

tipahvogue said...

Adoi, sebak dan ngeri baca luahan ati bro nih!!

Maaf lambat tahu pasal ni. Mujur kak tini bitaw!! Simpati dr wa bro!

Semoga ur wife cepat sembuh!! Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul!! Time2 ceni, hanya kata2 semangat jek yang mampu kitoang berikan. Selebihnya, bro sendiri kena tunjukkan kekuatan utk pulihkan kembali semangat ur wife. Be strong!!!

Betul tu, Allah hanya akan menguji setiap insan yg terpilih yg mampu menghadapi ujian dariNya. Bro terpilih dan bro kena redha!!

alladiin said...

Zami: tqvm zami. Skrg ni, saya pun jadi extra careful bila bwk kereta.
Shakiera: tqvm kiera..(tak ingat, awk ni adik atau kakak)
Cik Gobu: alhamdulillah, wife saya skrg ni dah kerja semula.
EmmyMazli: awk pun hati2 bila di jalan raya k...
Tipah: tqvm tipah. Sebenarnya, wa pun risau bila lu naik motor beb. Kemdian, cilok2 tu... hati2 k.

NISREEFA said...

simpati dari saya en ashri... moga your wife pulih seperti sedia kala... alhamdullilah tak de perkara yang buruk berlaku.. moga tabah hadapi ujian ini...

alladiin said...

nisreefa: terima kasih