Weekend ni wa akan sibuk sikit. Bermula dgn Sabtu, pepagi lagi wa dan anak wa perlu berada di Wetland Putrajaya utk perlumbaan Jamboree MTB di sana.
List nama wa di Jamboree Putrajaya:

Wa rasa meriah suasana pepagi di Wetland tu sb ramai peserta yg join.
Peserta dan Kategori
1) Terbuka ( Lelaki) ( 18-39 tahun)
2) Terbuka (Wanita) (18 tahun keatas)
3) Veteran (Lelaki dan Wanita) (40 tahun keatas)
4) Junior (Lelaki dan Wanita) (12-17 tahun)
Syarat-syarat basikal:
1) Spesifikasi : 100% MTB
2)Tayar slick tidak dibenarkan
3) Sazi tayar 1.9 inci dan keatas
Lokasi : Mula / Tamat : Padang Semarak, Taman Wetland Putrajaya
Tarikh: 21 April 2012
Anggaran Jarak: 40km
Pendaftaran peserta: 7 pagi
Pelepasan peserta : 9 pagi
On Road : 10%
Off Road : 90 %
Objektif wa race di Putrajaya ni simple je, utk pastikan geng2 wa yg lain di SKCC yg kebanyakannya baru first time masuk race agar habiskan race. Sambil race bwk rotan. Siapa yg cilok a.k.a. "kincing", siap lu org. Sembang dah berkobar2 dan meletup2. Wa harap sgt geng2 SKCC akan sertai lebih byk race selepas ni. Bukan jual beskal selepas race ni.
Kerana lu org, wa sanggup tak race tau bro walaupun dlm hati wa menggelodak utk race. Tak pe bro...wa sanggup demi kengkawan. Wa biarkan anak wa je yg race.
Esoknya; Ahad, bertempat di Labu Seremban, wa akan race lagi. Jarak dekat je, 35km. Mcm prektis petang2 je. Di Labu ni barulah wa akan race betul2. Doakan wa selamat bro. Menang bukan objektif wa, tapi klu buleh, placing biarlah setakat angka 2 digit je, bukan 3 digit.
Wa dah ajak lu org, tapi tak de sorang pun yg angkat tangan. Tak pe lah, wa paham.
Ok bro, wa chow dulu. Sama2lah kita pastikan kita mengamalkan cara hidup yg sihat demi kesihatan tatkala badan di mamah usia.
Salam..
p/s: SKCC tu maksudnya Sembang Kuat Cycling Club.
2 comments:
Chayok En Ashri!!! Jumpe di Putrajaya... hehehehe :)
Hustler: ok..jumpa di sanaaa....jgn lupa bwk beskal sekali. Kita kayuh sama2...
Post a Comment