Monday, May 7, 2012

Padatnya hujung minggu aku...

Hai bro

3 bulan lepas, wa tak pernah terpikir nak jadi begini. Tetiba, hujung minggu wa terasa padat dgn aktiviti yg melibatkan tenaga. Tapi, wa mmg tahu sgt dgn kelemahan wa. Wa tak boleh memegang jentera yg mempunyai handle. Pasti wa akan extreme.

Lu tengok je lah aktiviti wa utk 3 kali hujung minggu.

A. Putrajaya MTB Jamboree 21 April 2012




Di starting line, wa dan anak ke 2 wa, Rushdan.



Wa biarkan Rushdan di depan sebab terlebih power berbanding wa yg hampir mencecah umur 50an



Rushdan in action..sewaktu di kedudukan best 10, tetiba tayar depan meletup di check point 2. Itu yg dipanggil bukan rezeki Dan..


Wa as usual, mengejar dari belakang..gambar dari Cycling Magazine Malaysia.



Rushdan di finishing line. Medal pertama dia dlm kategori basikal. Dia terlalu aktif dlm sukan. Mcm2 medal dan sijil yg dia dah kumpul dlm pelbagai jenis sukan.


Bertambah satu lagi medal wa dlm MTB. Ambik je lah.. bukan medal yg jadi tumpuan wa, tapi kesihatan yg tiada nilainya.



Rushdan dgn muka agak keciwa sebab tayar meletup. Adat bertanding Dan..ada ketika menang, ada ketika kalah.



Tamat cerita Putrajaya MTB Jamboree




B. Jasin Jamboree - 29 Apr 2012

Meriah giler jamboree ni. Lebih kurang 2300 cyclist yg join. Ada gak cyclist dari luar negara. Misi wa simple je, jgn kalah dgn kengkawan2 wa.




Kali ni wa turun berdua saja dgn rakan prektis wa "abgmisai" Wa mmg dah berniat tak nak berhenti sepanjang kayuhan, tu sebab wa bawak camelbak.


Wa semasa di starting line. Awal2 dah nombor lebih 1200. Dlm hati berkata "kompom hari ni dpt nombor beratus2 ni...tapi, yg penting, mesti depan abgmisai...hehehe"


Seperti di jamboree2 lain, setiap kali sebelum bermula, pasti dimulakan dgn doa selamat. Minta dijauhkan dari segala perkara yg tidak dikehendaki. "Wahh..rider Thailand pun berdoa gak lah.."


Wa in action di pintu masuk ke hutan..Gambar ehsan dari Cycling Magazine Malaysia...thnks bro


Penuh konsentrasi bro especially waktu panjat bukit. Kudrat dan tumpuan 100% tu. Latihan sejauh 25km offroad setiap hari byk membantu wa.



Byk gak trail yg berlumpur ala2 bubur kacang. Licin sesangat. Ada beberapa ketika yg wa hampir merempuh basikal cyclist depan yg brek secara tetiba utk mengelak lopak lumpur yg dalam.


Tamat cerita Jasin Jamboree




C: Cycle for Care Charity 6 May 2012


Kali ni, kayuhan berbentuk kayuhan amal. Walaupun bunyiknya amal, tapi tahap kepayahan trek yg disediakan buleh membunuh semangat cyclist terutamanya yg kurang latihan. Walaubagaimanapun, ada beberapa segmen trail yg cukup wa minat terutamanya kawasan bukit Altantuya di bom. Single trail yg redup dgn kanopi, sejuk dan udara bersih, membuatkan wa asyik terjerit, "bestlah trail ni" Sepanjang kayuhan, wa sentiasa bersama 'budak nakal' kerana beliau tak berapa sihat.



Walaupun jarak yg di war2kan sejauh 40km, tapi ni je lah distance kayuhan kami. Mana lagi jarak yg hilang tu bro..


Lama betul wa dan budak nakal tunggu geng SKCC yg lain di CP2. Bergelen air wa teguk. Akhirnya sampai gak semuanya walaupun dlm hati wa dah berkata yg diorg ni 'kincin...' Bila diorg dah sampai, kena tunggu lagi sampai diorg segar...tunggu je lah kayuhan wa kali ni.


Rushdan in action sewaktu memanjat puncak paling tinggi "Bukit Ramlee". Klu dah terlalu tinggi, tak yah lah ride. Tolak je. Lagi pun, MTB tu kan Mari Tolak Beskal. Sejak awal lagi wa dah suruh Rushdan teruskan ride tanpa tunggu yg lain. Takut dia bosan menunggu.


Akhirnya sekitar 12.30 tghari, wa dan budak nakal sampai ke finishing line. Rekod wa paling teruk tu bro.. Tapi, wa cukup puas hati kerana dapat sekat budak nakal dari ambil jalan potong @ chicken loop. Ahli SKCC yg lain semuanya makan ayam di chicken loop hari tu..hehehe


As usual, wa mesti mandi dulu sebelum lunch. Tak suka melekit2 waktu makan. Kami santai saja sewaktu Lucky Draw. As usual gak, nombor wa mmg hancusss....rasa mcm nak bakor je nombor tu.


Utk menyedapkan hati, ada gak ahli SKCC yg menang hadiah. Tu dia, sebijik beskal fixie. Buruk betul lu naik beskal ni bro.. lu bukannya remaja lagi..


Bro..

3 minggu berturut2 wa tlh sertai Jamboree. Kali ni, badan terasa cukup letih. Minda jadi buntu. Paling kesian, budak nakal tiba di rumah, terus demam. Minggu depan wa nak rehat. Sorry lah Jamboree Kuala Langat. Walaupun wa dgr ramai kengkawan yg akan kayuh, tapi, cukuplah bro. Wa letih. Kulit pun dah jadi mcm warga Afrika. Badan semakin bersaiz sekeping. Bini dah mula menyungut. Takut tayar beskal wa di jadikan sup plak... So, WA NAK RIHATTTTT.....


Salam...

7 comments:

Hustler said...

Congratz Bro!! Hahahaha... berharap dapat join MTB jugak satu ari nanti.. Haish!!!

cik gObu said...

wahhh smakin rancak eh....

alladiin said...

Hustler: terus je beli beskal. Jgn fikir lama sgt. Nnti masuk angin..terus lemau

cik gobu: mmg semakin rancak dan meriah

pinkiss said...

wah, makin aktif berbasikal. tapi btl la berbasikal mmg perlu tenaga yg banyak. saya, cepat pancit. mudah letih. :)

alladiin said...

pinkiss: 3 bulan lepas, saya pun cam tu gak, cepat pancit. Kejap2 tercungap2. Bila hampir setiap hari kayuh, alhamdulillah itu cungap2 hilang slowly..

SYUHADA WAHI said...

Aktif tol En. Ashri... Walaupun dah terlewat, nak wish gak Selamat Hari Guru (Pensyarah)... Thanks for everything... :-)

alladiin said...

Hai Sue..apa khabar? tqvm ye...