Tuesday, May 29, 2012

Metric Century Ride (100km)

Bro..

Nak kata kerja giler, mmg giler. Dari awal lagi dlm hati asyik kata, wa tgh buat kerja giler. Tapi yg peliknya, wa teruskan jugak. Bukan jarak kayuhan yg menghantui kepala wa, tapi cuaca panas ketika berkayuh di atas jalanraya yg mencuakkan perasaan wa.

Akhirnya, hati wa tekad dgn perkataan: "belasah je lah, klu tak tahan, berhentilah kat mana-mana. Biarlah lambat, bukannya ada org yang bagi markah pun..."

Kali ni, seperti yg wa jangka dari awal lagi, hanya berdua saja yang terlibat. Wa dan rakan wa, "Budak Nakal". Bukannya tak offer kat kengkawan yang lain. Tapi, semuanya byk hal terutama majlis kerja kahwin yg berlambak2 ketika cuti sekolah bermula ni.


Lokasi permulaan yg dipilih adalah kampung wa, Kampung Telok Pelandok. Kami park kereta di rumah abang wa. Terkejut dia bila wa beritahu yg kami nak mengayuh ke Sungai Udang dan patah balik dlm sehari je.

"Jauh tu dik..." kata abg wa.
"Jauh tu tak de hal, yg risau ni, panas waktu tengahari ke petang" jelas wa

Kami mula bergerak jam 8 pagi (terlalu lambat utk kayuhan di jalanraya). Sepatutnya, jam 7 adalah waktu paling lewat utk bertolak. Insyaallah, next ride, kami akan ingat untuk bertolak lebih awal



Kami sepakat utk kelajuan purata 24 - 28 kmj. Bukan tak buleh laju lagi, cuma kami mmg bercadang utk kayuhan santai je. Kelajuan purata wa hanya 25kmj. Tetapi budak nakal dgn kelajuan purata 27kmj. Klu lu tengok betul2 gambar ni, budak nakal sedang berada jauh ke depan meninggalkan wa. Wa biarkan saja sebab wa tahu, bila ada bukit nanti, ilmu angin wa akan mula berfungsi...hahahaha...


Suasana jalan di sekitar Kampung Bukit Tembok ke Tanjung Agas. Kereta agak lengang kerana mungkin awal pagi lagi. Lega sikit hati kami sbb antara perkara yg selalu bermain dlm otak kami ketika berkayuh on road adalah pengguna jalanraya yg lain.


Tetiba nampak signage ni, terus berhenti amik gambar. 50km ke Melaka. Tapi kami bukan nak ke Melaka. Kami akan berpatah balik apabila meter di basikal kami menunjukkan jarak 50km telah dicapai. Matlamat kami hanya kayuh sejauh 100km saja.


Gambar di Jambatan Tanjung Agas yg menghubungkan Negeri Sembilan dan Melaka. Ambil gambar adalah perlu di sini.


Alam atau Akademi Laut Malaysia. Inilah masalahnya jika berkayuh tanpa marshall. Kitalah peserta dan kita jugaklah jurufotonya. Nak ambil gambar waktu berkayuh, agak cuak sikit sbb bilangan kenderaan mula bertambah di jalanraya.


Kami berhenti sarapan pagi di Telok Gong Kuala Sungai Baru. Inilah saja gerai yg ada satu meja kosong. Kebanyakan gerai yg lain penuh dgn pelanggan. Hari ni adalah hari pertama cuti persekolahan.


Jarak dari rumah abg wa ke gerai = 26km. "Jauh lagi ni.." bisik hati wa.


Sempat jugak Budak Nakal snap gambar wa. Cuba lu tengok fesyen rambut wa, berlekuk2 sbb pemakaian helmet.


Kayuhan kami teruskan, kali ni, kami menyempang sedikit ke Pantai Tanjung Bidara. Bukannya ada apa2pun, saja2 je wa melayan permintaan Budak Nakal. Cuacapun belum berapa panas lagi.


Budak Nakal sempat lagi mengambil gambar wa walaupun mula terasa kepayahan mengayuh melawan arah angin.

"Basikal mcm tak nak laju lah bro.." beberapa kali wa dgr rungutan Budak Nakal.
"Hmmm..." Itulah saja jawapan yg selalu wa beri. Bukannya nak berlagak, tapi, wa pun tgh payah gak..cuma gaya je mcm senang.


Simpang ke pantai Tanjung Bidara betul2 berada di persimpangan Kem Trendak Melaka. Ambil gambar adalah mesti di sini. Wa hampir terjatuh di sini sbb terlupa buka clip pedal. Nasib baik tak ada org di situ. Klu tak, malu siuttt...Jam telah menunjukkan ke angka 10.15am


Akhirnya 2 bijik 29er berehat 5 minit di pantai Tanjung Bidara. Pukul 10.20 pagi, pantai pun masih kosong lagi. Tiada pengunjung kecuali kami sahaja.




Kami teruskan kayuhan ke arah Sungai Udang melalui jalan baru yg lurus dan sesekali ada bukit kecil. Cuaca mula terasa terik. Air dari camelbak mmg banyak membantu. FYI, Budak Nakal menggunakan HRM di dada (Heart Rate Monitor) yg bersambung secara wireless ke jam tangannya. Bila beep mula berbunyi tanpa henti, dia mula menunjukkan tanda risau dan mengajak wa berhenti rehat di gerai hujung simpang antara Masjid Tanah dan Sungai Udang.


Minum lagi.... kali ni 2 gelas besar apple jus. Bila nak bayar, terkejut sbb satu gelas cuma berharga rm2.50
"Murah giler ni..." kata Budak Nakal
"Harga kat kampung mmg lah mcm ni bro.." terang wa


Kayuhan diteruskan hingga ke pekan Sg Udang. Sewaktu berhenti di traffik lite Sg Udang - Bertam, tetiba Budak Nakal terasa tayar belakang Stumpjumper 29er nya mula kehilangan tekanan angin. Sebenarnya bro, dah lama wa nampak tayar belakang lu kurang angin sbb wa mmg byk kayuh belakang lu. Wa ingat mmg lu buat kerja giler, kayuh on road menggunakan low air pressure. Lu kan power..!!
Kami berhenti di Petronas Sungai Udang. Mini Floor Pump wa yg berharga rm9.90 jadi pilihan sbb senang untuk pump berbanding pump tangan Budak Nakal yg berharga mahal tu.



Sempat gak bergambar di depan Balai Polis Sungai Udang. Meter di basikal telah menunjukkan jarak 49km yg telah kami kaber. Ada 1 km lagi. Jom ke depan sikit bro...


Point untuk berpatah balik. Meter tepat 50km. Jam di tangan menunjukkan 11.40am. Lokasi sgt hampir dgn trafik lite Shell Sungai Udang. Berhenti tak sampai seminit pun. Amik gambar dan patah balik sbb bimbangkan tayar belakang Budak Nakal. Kami perlu ke kedai beskal Masjid Tanah utk tukar tiub. Bukan tak buleh buat sendiri, tapi....hehehehehehe....malasssss....kami nak mengayuh je..kecualilah emergency.. cuaca mula ke tahap yg menyiksa wa. Perit di kaki dan muka mula terasa.


Odw back, tetiba Budak Nakal lapar lah pulak.
"Jom singgah lunch kat kedai bawah pokok kelapa sawit tadi...!" pinta Budak Nakal
"ok..." jawab wa pendek sbb terasa awal lagi untuk lunch.


Alang2 dah berhenti lunch, wa order Nasi Gulai Kawah Lemak Cili Api Ayam Kampung dan ais kosong. Budak Nakal order Nasi Gulai Kawah Kari Kambing dan Teh O ais. Hentam dan belasah tanpa perlu risau dgn kalori sbb mmg kami perlukan sebagai "fuel" utk teruskan kayuhan. Bila bayar, terkejut dgn harga.. "Semua RM15 je bang" kata budak kaunter. Murah tu..


Kayuhan ke pekan Masjid Tanah mmg memeritkan. 2 perkara yg menambahkan keperitan. Panas tengahari yg sangat terik dan perut penuh sbb baru di isi dgn nasi gulai kawah.


Kami terus ke kedai beskal yg biasa wa kunjungi. Mula2 mekanik nak tampal je tiub tayar budak nakal, tapi bila di buka, tiubnya koyak panjang. Nasib baik kami ada bawa stok tiub 29er sbb kedai tu mmg tiada jual stok untuk 29er. Upah hanya rm3 je. Kami ambil peluang untuk berehat. Sila abaikan benda di muncung wa tu..hehehe..


Kayuhan selepas kedai beskal untuk pulang ke PD mmg cukup memeritkan wa. Waktu ni lah, dlm hati asyik berkata2, kenapalah aku buat kerja giler ni. Bukannya penat berkayuh, tetapi terlalu panas. Panas jam 1.30 - 2.00pm mmg cukup terik. Dari pekan Masjid Tanah ke Pengkalan Balak, byk lah pulak bukit yg perlu di daki. Walaupun dakian tidaklah seberapa kalau nak dibandingkan dgn dakian offroad, tapi pancaran matahari yg tepat ke kepala dan haba dari bahang jalan memerah semangat wa. Akhirnya sekitar jam 2.30pm wa cilok ke tepi apabila ternampak gazebo kosong di tepi laut. Rehat dlm 20 minit untuk menyejukkan badan sambil pekena buah potong yg sejuk.


Kami teruskan kayuhan dan berhenti di Masjid Kampung Tengah Kuala Sungai Baru sekitar jam 3.10pm untuk bersolat zuhur. Ada berhenti di masjid sebelumnya, tapi tak de kain lah pulak. Bersembang dgn sorang nenek di masjid ni yg sangat peramah. "Hati2 berkayuh ye nak..." kata2 nenek tu bila kami mula meninggalkan masjid tersebut.


Inilah gerai terakhir yg kami singgahi. Dari masjid, kami terus berkayuh ke destinasi akhir. Tapi bila tiba di pekan Pasir Panjang, meter belum menunjukkan angka 90km. Kalau kami teruskan jugak, sure, kami tidak akan cukup mileage nnti. Akhirnya kami sepakat utk masuk ke Kampung Telok Pasir Panjang untuk mencari gerai menjual air kelapa muda. Jarak keluar dan masuk adalah 3km. Dapatlah dia bantu untuk tambah mileage kami. Di gerai hujung kampung, tiada yg jual air kelapa muda.


Kami minum Laici Sirap 2 gelas saiz gergasi seorang. Wa terlalu letih kepanasan waktu tu. Budak nakal sakit bontot tahap maksimum.


Wa tengok meter telah menunjukkan 90km. Kami akan dapat 1.5km bila keluar ke jalan besar nanti. Harap2 cukuplah 100km bila tiba di destinasi nanti.


Sampai di simpang kampung wa, meter wa baru menunjukkan 98.5km. Terpaksalah wa pusing2 di kampung wa termasuk ke pantai hanya untuk mencukupkan mileage. Akhirnya, sekitar jam 5.20pm, meter di beskal wa menunjukkan angka 100km. Alhamdulillah.....


Kami berkemas untuk pulang. Misi tercapai.. Dlm penat2 tu, sempat lagi bersembang untuk next tour. Dlm hati cukup puas. Mcm2 pengalaman yg kami tempuh hari ni. Kesimpulannya, kalau nak tour, pastikan kami bermula seawal yg mungkin. Kalau buleh jgn lewat dari jam 7.00 pagi. Kpd yg berkaca mata, sila pakai headband. Jika tidak, mata lu org akan merah kerana peluh masuk ke mata. Nak lap mmg lah tak buleh sbb ada spek.

Ok bro...wa chow dulu...

p/s: bini wa terkejut tengok wa bila dia balik dari kerja hari tu...gelapnya kulit awak...hehehe










4 comments:

.ciknoey. said...

bestnye en ashri..seronok cmni.
sy nk wt xda geng,kalo tak msti kurus dah.. hehe..

pic rambut lekuk tu wt sy gelak.. :D

Emmymazli said...

kerja giler ni bro... tp nampak mcm menarik..... bab rambut lekuk tu mmg tak bleh blah.. kelakar lah... hahahah

alladiin said...

ciknoey: klu ada geng, bukan tahap kurus je, buleh ke tahap kurus kering..hehe

emmymazli: patutlah awek gerai tu pandang muka wa semacam je, rupanya usya rambut lekuk wa...

pinkiss said...

saya yang baca ni pun rasa perit panas tu. haishh.. betul2 keje gila ni.