Friday, August 3, 2012

Ramadhan ke 14

Bro..

Umangaii... cepat betul masa beredar. Dlm sedar tak sedar, kita dah berada di hari ke 14 bulan Ramadhan. Maksudnya, dah 14 hari gak lah wa tak berkayuh secara agresif di siang hari.

Petang semlm, wa ke gerai ramadhan dgn berkayuh beskal. Pengunjung masih ramai seperti biasa. Nampaknya kebanyakan org Malaysia sudah sebati dgn pasar dan gerai ramadhan. Ada sahaja yg terbit di hati untuk dibeli dan dihidangkan kpd keluarga tatkala azan maghrib berkumandang nanti.

Ramadhan kali ni, keluarga wa masih tidak cukup seorang. Si sulong masih di Shah Alam. Selalunya, si sulonglah yg pasti meminta kuih muih tatkala berbuka. Tahun ni, kebanyakan kuih yg wa beli, wa jugak lah yg kena habis kan. Bukan diorg tak makan, tapi, sikit sgt.

Kekadang bila dah kerap sgt ke pasar ramadhan, tak tahu nak beli yg mana satu. Ada gak, sesekali takat jalan2 je bila semua yg wa pandang tak menarik selera.

Murtabak merupakan menu yg paling kerap wa beli di pasar ramadhan. Semua ahli keluarga wa boleh terima menu ni.. Di pasar ramadhan bt 4 PD, sebijik murtabak di jual RM2.50

Dari jauh mmg mengiurkan utk wa rapati. Tapi bila berada di gerai ni, sure wa akan sepantas yg boleh akan lari ke gerai lain. Bukannya ada masalah besar, cuma wa kalah dgn suasana berasap yg tebal dan berminyak. Asap org hisap rokok pun tak berminyak bro..Ramadhan tahun ni, ayam golek sebegini belum lagi wa beli..tak tahu lah esok lusa...

Wa mmg minat dgn ikan bakar esp cencaru dan kembong. Manis dan lembut isinya. Tapi, setiap kali ramadhan, menu ikan tiada dlm senarai menu rumah wa. Tak masuklah dgn bau ikan tu.

Roti John. Kenapa panggil John...??? Apa sejarah di sebalik nama John...?? Wa pun tak paham. Tapi, selain murtabak, roti John juga kerap menghiasi meja makan kami sewaktu azan maghrib.

Dulu waktu wa kecik, sebungkus tu lima posen je. Di thn 90an...kenaikan mendadak sebanyak 100% ke sehinggit sebungkus. Skrg ni, giler ke apa..!! dua hinggit sebungkus. Nasib baiklah keluarga kami mengamalkan minum minuman panas sewaktu berbuka. Kesimpulannya, gerai air jarang wa kunjungi..



Dua gambar di atas merupakan perkara yang paling wa kehilangan dgn sambutan ramadhan dan aidil fitri skrg ni. Dulu, di tahun2 70an, ada org2 muda kpg wa yg siap meniaga kad raya lagi...Teknologi tlh menghilangkan sebahagian dari kemeriahan dulu2..



ok bro..

Chow dulu...

Salam dari wa utk semua pembaca..

Selamat meneruskan ibadah di bulan ramadhan ni..


2 comments:

Taher Kasa said...

Salam, cepat masa berlalu sekarang ni, semoga ramadhan kita kali ini lebih baik dari yang lepas-lepas.

alladiin said...

Insyaallah bro..mudah2an..