29 Ogos 2012
Wa solat subuh tepat selepas azan subuh tamat. Semua kelengkapan telah wa muatkan ke kereta sejak malam tadi. Wa perlu bergerak seawal yg mungkin untuk tidak bertembung dgn kesesakan pagi di sekitar wilayah Mantin dan Beranang. Tadi, sebelum solat, wa sarapan cukup berat. Nasi sepinggan dan laut gulai ayam. Budak Nakal nasihat wa untuk makan 3 jam sebelum mula kayuhan.
Sekitar jam 8.00 pagi wa sampai ke tempat yang dijanjikan, Taman Tasik Semenyeh. Menarik tempat untuk kami tinggalkan kenderaan kami seharian sbb berdepan dengan pondok Polis yang sentiasa berpenghuni. Kawasan parking hanya terdapat kereta kami saja di situ. Byk lot kedai yg belum di sewa atau dihuni lagi.
Lenggang dan selesa kawasan utk kami meletakkan kereta sepanjang hari. Bertambah yakin dgn kewujudan pondok polis di situ.
Inilah cabaran kami utk hari ni. Lebih kurang 120km yang penuh dgn aksi2 panjat yang bakal mencabar mental dan fizikal. Yang menariknya, tak de sorangpun dari kami yang pernah mengayuh di sana. Tak tahu apa yg bakal menunggu kami selepas bandar Kuala Klawang. Yang kami pernah baca kebanyakannya bercerita tentang tahap kepayahan di Genting Peras. Tahap mana kepayahan tu, kami mmg naif. Kali ni, kami mengayuh bertiga. Alhamdulillah, bertambah sorang lagi yang sanggup melayan hobi baru kami..Ijat the youngest (ITY) terjebak selain Budak Nakal (BN) dan wa.
Kayuhan kami bermula sekitar jam 8.20 pagi. Sejuk dan dingin sahaja. Kami menuju ke Broga melalui University of Nottingham. Kenderaan yg lalupun hanya sekali sekala sahaja. Jalan baru dgn bahu jalan yang besar sgt sesuai untuk menunggang basikal. Kerana begitu selesa dgn suasana mengayuh, sekejap sahaja kami sampai ke pekan Lenggeng. Sepanjang perjalanan ke sini, kami masih menggunakan Low Gear utk tujuan memanaskan otot2 kami.
Sedang syok wa mengayuh, tetiba telefon berdering2. Nak angkat ke tak..? Setahu wa, belum ada undang2 yang melarang menggunakan telefon mudahalih tatkala mengayuh. Bila wa tengok nama yg tertera, si Fauzi, rakan sekerja yg menelefon. Kompom ajak sarapan ni.
"Hello Ji..wa tgh kayuh beskal lah bro.." terang wa ringkas je
"Ye ke...lu cuti ke hari ni.." tanya Fauzi
"Ha'ah Ji..wa amik coti hari ni sbb wa nak kayuh long distance" terang wa lagi dgn napas yg agak mencungap sbb sedang mendaki
"Yoyo oo je lu" kata Fauzi seolah2 kurang percaya wa berkayuh sewaktu hari bekerja
"Wei bro...wa tgh daki bukit ni...nanti lu baca blog lah.." jelas wa lagi dgn napas yg semakin kuat tahap honggapnya sbb dakian semakin jauh
"Ok2 bro..good luck"
Wa letak semula hp wa di tuib bag dan konsentret semula kpd kayuhan wa sbb BN dan ITY tlh jauh di depan meninggalkan wa
Pekan Lenggeng di awal pagi. Masih tidak sibuk ataupun mmg tidak sibuk, wa pun tak tahu. So far, kayuhan menarik dan masih awal utk rasai apa2 dugaan. Kami bertukar2 menjadi leader utk lebih adil.
Pit stop pertama kami di Bukit Mendum. Lebih kurang 5 minit sahaja masa yg dihabiskan di sini.
Kami menyambung semula kayuhan setelah melihat bagaimana sengsaranya lori2 yg sedang mendaki. Kali ni, puncak Bukit Tangga adalah cabaran seterusnya. Kedua2 botol air wa telah berbaki setengah sahaja. Harap2, bolehlah bertahan sehingga ke Kuala Klawang.
Puncak Bukit Tangga kami takluki sekitar jam 10.40 pagi. Mmg lambat kalau dibandingkan dgn masa yg tlh diambil oleh pengayuh yang lebih berpengalaman. Walaubagaimanapun, masa bukanlah priority kami. Kayuhan itu sendiri adalah menu utama yang perlu diberi fokus.
Kami tiba di bandar Kuala Klawang sekitar 11.15 pagi. Agenda Utama adalah makan tengahari yang heavy dan memenuhkan semua botol air kami sbb dari bacaan yang tlh dibuat, inilah kedai terakhir yang akan kami temui. Selepas itu, semuanya perkampungan orang asli.
Di Klawang, jarak kayuhan kami hanya baru mencecah 45km. Ada jauh lagi perjalanan kami. Tetiba wa teringat yang wa terlupa membawa lengan baju. Wa hanya mengenakan baju berlengan pendek. Suhu tengahari ke petang mengikut pengalaman wa, cukup terik dan bakal memerah tenaga kami. Tetiba wa teringat rakan lama wa sewaktu mengajar di Sabah dulu, Anuar, yang menjadi PPD di daerah Jelebu ni. Terus wa call..
"Assalamualaikum....ko meeting ko tak? tanya wa
"Tak..." jawab anuar ringkas
"Ko dah sarapan ko bolum" tanya wa lagi
"Kenapa wak..? jawapan anuar yg berbentuk soalan (mmg sejak dari Sabah lagi, anuar mmg memanggil wa dgn panggilan Wak sahaja)
"Den ado kek Klawang ni... tongah sarapan kek topi sekolah SK Kuala Klawang. Klu bolum sarapan laie, datanglah..." jawap wa panjang lebar.
"ok..set..5 minit den sampai" jawapan penuh hepi dari penghulu Klawang. Klu wa tak btahu anuar ketibaan wa di Klawang, kompom murka..
Sekejap saja Anuar sampai..terkejut kerana tidak menyangka wa sampai di Klawang menggunakan beskal. Sambil minum, wa bertanyakan kedai yg menjual sarung lengan dan air di Klawang kalau2 ada.
"Ko jgn pandang rendah Klawang ni wak..bosar bandar ni. Mesti ado barang yg ko nak cari tu.." jelas annuar seolah2 tidak berpuas hati dgn penerangan wa yg menjurus kpd membeli stokin bola dan potong di hujung utk dijadikan sarung lengan.
Sesudah makan, kami bertiga kayuh mengikuti kereta anuar ke kedai yg dicakapkan tadi. Sebelum ke kedai, kami berpisah dgn anuar yang akan ke tempat kerja semula
Banyak rupanya sarung lengan tu. Hargapun cukup menarik. RM3.90 sebijik. Wa cari kaler merah agar sedondon dgn baju wa.
Botol2 minuman juga kami penuhkan kerana selepas Klawang, tiada lagi kedai kecuali 70km selepas itu.
Kayuhan diteruskan dan kami sampai di Titi sekitar jam 12.49 tghari. Wa rasa begitu lancar kayuhan kali ni. Performance beskal wa terasa begitu baik sekali. Pertukaran gear begitu lancar dan wa mula yakin dgn kemampuan Microshift seperti review2 yg tlh BN dan wa baca.
Jarak kayuhan ketika itu baru mencecah sekitar 50% dari keseluruhan kayuhan. Dlm erti kata lain, tenaga kamipun telah digunakan setengah utk sampai ke lokasi ni. Kalau yg di depan nnti mudah, maka mudahlah kerja kami tetapi sekiranya yg di depan nnti payah, persoalannya, cukup ke kederat kami utk ke penamat? Samo2lah lu org baco..
Bro..rupanya, inilah dia permulaan cabaran kami. Dakian bukit yang jauh sekitar 20km yg tinggi bakal menguji mental dan tenaga kami. Kami tiba di lokasi ni sekitar jam 1.55pm Kami berhenti sekitar 5 minit kerana cuaca terlalu panas dan bahang jalan mula terasa perit.
Apa yg berlaku selepas itu mmg menguji mental dan kederat kami. Walau mcm mana sekalipun, ketika mendaki yg tak putus2 tu, hati wa cukup berterima kasih dgn Budak Nakal kerana tlh melakukan study yg serius terhadap saiz cogset yg sesuai utk semua laluan. Cogset wa ketika itu adalah 11-34 dan menggunakan chainwheel kategori compact di depan. Alhamdulillah... dakian yg tinggi di Genting Peras ni dapat wa daki dgn agak selesa. Tetiba teringat kpd Ijat yg menggunakan cogset 11-28. Mcm manalah sengsaranya dia nak takluk Genting Peras ni.
Sesekali kami berhenti untuk meneguk air dan mengambil nafas. Setiap kali selekoh, setiap kali itulah kami berharap dakian akan tamat. Tapi bro...setiap kali itulah juga kami hampa. Dari meneka2 di setiap selekoh, kami beralih kpd mendengar deruman enjin lori yg dtg dari arah depan kami. Semuanya senyap..kompom sedang turun bukit dari arah depan. Ada juga lori yg terpaksa berhenti di tepi jalan kerana tidak mampu utk mendaki. Sempat jugak Budak Nakal bertanya jarak baki dakian.. "Jauh lagi..." kata pemandu lori rosak.
Setelah 1 jam 30 minit mendaki, tetiba sinar di hadapan muncul. Wa dgr bunyi lori menderum kuat dari arah depan menandakan sedang mendaki.
"Yahoo....kita menurun bro.." kuat wa menjerit kepada Budak Nakal dan Ijat bila wa nampak laluan mula menurun.
Sambil melayan laluan menurun dgn kelajuan sekitar 65-70 kmj, fikiran wa mula melayang utk menyimpulkan tentang tahap kayuhan di Genting Peras berbanding Bukit Tangga, Bukit Putus, Kampung Batu di Negeri Sembilan dan Genting Sempah.
Rupanya...tak jauh laluan menurun tu. Tetiba di depan kami terhidang laluan mendaki semula tetapi di tahap yg lebih payah dan menjerihkan. Kayuh sajalah..takkanlah nak berhenti tido di kawasan tu. Laluan disulami dgn bunyi air terjun yg tak putus2. Sesekali di bahu jalan, ada air terjun besar, kecik dan corong paip utk memudahkan pengguna mengambil air.
Kami berhenti di satu corong paip utk bersolat zuhor sambil2 mengambil peluang utk menyejukkan badan dgn air gunung yg besih dan sojukk...
Sebelum meneruskan perjalanan, wa sempat bertanya dgn sekumpulan org asli yg sedang mengambil buluh lemang. Dari penerangan mereka, jarak kayuhan mendaki berbaki sekitar 2km sebelum tiba di sempadan NS-Selangor. Cuma kata mereka, di penghujung dakian, tahap kepayahan adalah yg paling tinggi berbanding dakian yg lain di Genting Peras ni.
Masalah yg semakin meruncing bagi kami bertiga adalah baki air pada tahap kronik. Kedua2 botol wa, baki air tidak sampai suku botol. Begitu jugaklah dgn si Budak Nakal dan Ijat The Youngest. Dlm hati wa asyik berdoa, jgn lah krem..sbb mula kurang minum air.
Bila tiba saja di sempadan, maka tamatlah seksaan di Genting Peras. Apa yg boleh wa simpulkan...gilo punya rolling.. Kami tiba di lokasi sekitar jam3.30pm. Bro..2 jam suku baru dapat kami takluki. Mental torture betul...
Kami tiba di Empangan Semenyih sekitar jam 4.10pm Air tahap titisan saja yg berbaki. Bayang kedai pun tak nampak. Terpaksa berhenti utk menyejukkan badan kerana tlh mula kekurangan air.
Keindahan pemandangan di Empangan Semenyih dari jalan raya kurang menarik minat wa. Dlm fikiran asyik tertanya2, di manakah kedai...baki air dah tahap kronik ni..
Tiba di Hutan Rekreasi Sungai Tekala sekitar 4.40pm Mata puas mencari kedai tapi tetap hampa. Kekurangan air tlh mula memberi kesan kpd wa..kaki mula terasa krem tapi wa teruskan juga kayuhan pada kelajuan rendah.
Akhirnya, kira2 10km dari tempat kami letak kereta, barulah kami nampak gerai makan. Syukur dan lega...terasa milo ais yg dihidangkan terlalu sedap. Wa kunyah cucur udang dan lepat pisang seolah2 pelarian yg dah 3 hari tak makan.
Baki 10km terakhir, tahap kayuhan kami hanya perlahan sahaja sehinggalah kami sampai semula ke lokasi kereta.
Tepat jam 6 petang, kami sampai semula ke tmpt permulaan. Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar. Tiada insiden2 yg serius. Seperti biasa, bila sampai semula ke kereta, baru terasa penat benar semua anggota badan.
RUMUSAN KAYUHAN:
Jumlah jarak kayuhan kami utk Broga Jantan Loop.
Kelajuan purata wa...(meter wa)
Jumlah kalori yg di bakar utk kayuhan Broga Jantan Loop
Jumlah masa kayuhan yg diambil oleh kami tanpa mengambil kira waktu berhenti.
Mungkin ada yg tertanya, kenapa buruk benor bunyi loop kali ni. Broga Jantan..
Sebenarnya bro..ada 2 loop. Broga Jantan dan Broga Pondan. Kedua2 menggunakan laluan yang sama. Bila kita berkayuh lawan pusingan jam, dia dipanggil Broga Jantan Loop kerana lebih susah. Broga Pondan Loop pula, bila kita berkayuh ikut pusingan jam kerana dikatakan lebih mudah.
Kpd Ijat The Youngest, wa harap, jgn serik utk mengikut kami melakukan tour yg lain. Ikut je kelajuan lu...jgn paksa diri utk ikut kelajuan org lain sbb pastinya di depan nnti, kita akan regroup semula.
Budak Nakal dan wa tlh berkira2 utk tour yg seterusnya. Kali ni, di Perlis yg mendatar kecuali ketika mendaki Wang Kelian yg tegak dan menarik
Broga Jantan Loop wa tinggalkan dgn hati yg besar untuk kembali semula apabila kemampuan dakian wa tlh meningkat nnti. Insyaallah...
Kepada Budak Nakal, sekali lagi wa ucapkan terima kasih atas study lu yg terperinci ttg cogset yg sesuai utk kita. Berbaloi bro..sangat2 berbaloi..
Chow dulu bro
Salam dari alladiin..




















5 comments:
Syabas bro...alhamdulillah kita dapat setel ni...been there, done that ;-)...tingkatkan latihan utk Perlis Xploration (nasihat ini ditujukan khas untuk wa sendiri...hehehe)
insyaallah bro..ada 3 minggu lagi utk kayuhan 170km. Semoga kesihatan kita sihat dan dilindungiNya selalu bro..
smti
Salam EN. Ashri,
saya nak invite datang ke Wedding saya pada 03 Nov 2012.
tapi takde no telepon..huhu
camno den nak anta ha..
boley bagi no En. Ahsri?
Yang Benar,
Diana DSK Sec 02 batch 2008/2009
Salam EN. Ashri,
saya nak invite datang ke Wedding saya pada 03 Nov 2012.
tapi takde no telepon..huhu
camno den nak anta ha..
boley bagi no En. Ahsri?
Yang Benar,
Diana DSK Sec 02 batch 2008/2009
Post a Comment