Tuesday, October 9, 2012

Cerita Basikal Lagi..Jelajah Selatan Thailand (Chapter 1)

Bro..

Nampaknya, entry kali ni, wa masih lagi dgn cerita basikal. Mungkin muak lu baca. Apa nak buat bro...itu jelah aktiviti masa lapang wa skrg ni. Wa tak main golf. Wa tak minat cerita pasal kerja. Yg ada dgn wa skrg hanyalah gerek. Belasah je lah bro. Kalau lu rasa tak minat, tak yah lah baca.

Btw, kayuhan wa dan rakan2 kali ni amat berbeza. Kami ke arah tanah yg digelar dgn Negara Gajah Putih @ Thailand. Inilah pertama kali wa menjejakkan kaki ke negara jiran tu walaupun telah beberapa kali wa menjejakkan kaki ke sempadan, tapi hanya setakat di pintu masuk saja. Tak de geng nak menyeberang.

Sabtu, selepas solat subuh, wa terus gerak ke Ofis cycling buddy wa (MS @ Mat Sedim)di KL. Perjalanan kali ni, kami berempat akan bergerak dgn satu kereta ke utara..,MS, BY, BA dan wa. Empat gerek berjaya dimuatkan ke dlm kereta. Legaa...itulah sebenarnya main concern kami.

Selesai urusan di Perlis (malas nak cerita ttg race Perlis Exploration), kami menyempang di Bukit Kayu Hitam untuk tour di Selatan Thailand.

BY dan wa sedang memasang semula basikal di sempadan Bukit Kayu Hitam.


Isi borang melintas sempadan. Tetiba wa tersilap isi nombor pasport. "Potong je", kata MS kat wa. "Officer diorg simple je..." tambah MS lagi.

Terpingga2 di Danok sbb tetiba je, BY dan BA hilang dari pandangan. MS dan wa berpatah balik ke imigresen, manalah tau, mungkin diorg kena check 100% (bogel)hahaha...tapi, tak de kelibat. Tetiba MS terima sms dari BY, "kami tunggu di depan..." Menyunggut kami..."Diorg berdua tu race haram ke...?" mendengus saja MS pada wa. Dalam hati wa berkata "bersungguh2 nampaknya si BY nak mengalahkan wa ni.."

Gambar dari kamera BY apabila kami sampai di tempat mereka menunggu..Kompleks Kastam Thailand. MS dan wa tak byk komen di sini sbb malas nak komen dgn pelumba2 haram tu. Dlm kereta dah meeting, jgn berlumba. Cara kayuhan yg tak menoleh ke belakang tu yg buat MS dan wa binggung nak komen

Perjalanan diteruskan ke Hat Yai. As usual, wa paling belakang sekali. Laju kayuhan hanya sekitar 25kmh saja, sbb BY dan BA mengayuh MTB.



Kami sampai di bandar Hat Yai waktu maghrib. Malam minggu bro..so, kereta mmg banyak. Berkejar2an di setiap trafik lite dgn kereta dan lori, termasuk motor yg begitu banyak. Hantam sajalah.

Kami memilih satu guest house. Satu bilik 400bath. Murah tu, lebih kurang rm40 je. Yg paling best, basikal boleh lepak dlm bilik. Terasa selamat.

Sepanjang kayuhan, wa hanya bawak kasut kayuh. Kali ni wa pasang padel MTB clipless sbb lebih mudah bergerak berbanding RB clipless. Tapi, masih lagi dlm skala seksa nak bergerak bro. Licin dan berbunyi2. Teruk wa di perli kengkawan.

Makan malam agak lari dari konsep backpacker. Termakan di kedai makan berstatus restoran. Markah rendah diberi kpd Pengerusi Jajan @ BY. Woyyy...!! lain kali, makan kat gerai je lah. Sambil berdiri pun tak pe.

Ahad, kami bergerak turun mencari sarapan terlalu awal. Lampu jalan pun masih belum di offkan lagi. Kami mmg perlu bergerak awal ke Songkla utk mengelakkan panas.


Sarapan di kedai Kelantan. Manis belaka. Tapi, wa jolok semacam je. Apa ada hal. Sedap ke tak, belakang kira. Yg penting, perut mesti di isi.

Nasik Lomak sebijik mcm kat Msia. (klu nak makan nasi lemak, kat Msia pun byk bro..) Lepak negara org, makan lah makanan diorg. Tak rock lah lu.

Odw to Songkla. "Mana satu arah nak tuju ni...?" Rasanya dah berkali2 organizer bagi taklimat ttg arah tuju, tapi setiap kali tu lah, wa akan bagi jwpan standard "wa follow je.." masuk telinga kanan, keluwau telinga kiri...hehehehe....

Odw to Songkla ni, wa sentiasa pastikan tidak berlaku lagi race haram. Tetiba kena tunggu kat depan sbb wa ingatkan ada org belakang wa..woyyy...!! lu org kayuh sambil makan koci ke..?


First stop, kat area jejantas.

Di Universiti Thaksin..

Entah kat manalah ni..tapi sbb ada gambar wa, wa masukkahlah.

Di area pantai Songkla di Teluk Thailand, nampak je sign bulan bintang, terus berhenti minum dan makan ringan..(nasi goreng seafood tu kategori ringan ke bro..)

Mermaid area...ada beberapa wanita bertudung di situ, wa dgr percakapan, kompom org Malaysia. "Dik, boleh tolong amikkan gambar abang tak..? Mungkin terkejut kerana tidak menyangka yg wa org Malaysia, terus mereka menoleh ke arah wa. "Eh..abg kayuh basikal ke sini ke..? tanya awek2 tu separuh kehairanan. Yg selebihnya, wa tak boleh hebahkan sbb, tak sanggup lu org dgr nnti.

Di Konsulat Besar Msia di Songkla. Tak meriah langsung spt kedutaan besar indonesia di KL.

Di Politeknik Songkla.. camne nak ngajor kat sini sbb satu tulisan rumi pun tak de.

Bergerak terus ke jeti untuk naik feri ke tanjung yg satu lagi. Berlegar2 kerana jalan ditutup tersangat hampir dgn jeti.


Di Jeti..sedang menunggu feri tiba. Yg bestnya, bila nak beli tiket, "free2.." woww..hebat..

Tu dia, feri tiba..pengguna feri terdiri dari kenderaan 4 roda, 2 roda dan pejalan kaki.

Pemandangan dari atas Feri...

Kami kayuh keliling tanjung ke dua di Songkla sehinggalah tiba di jambatan panjang. Ada dua jambatan di sana. Di jambatan ni sajalah jalan yg tiada bahu jalan. Tumpuan penuh waktu kayuh bro sbb yg dtg dari belakang, kebanyakannya kenderaan terlebih berat..

Gambar dari satelit yg menunjukkan 2 jambatan yg menghubungkan pulau dan tanah besar. Kami datang dari arah atas.


Panas semakin terik, tenaga semakin kurang. Pit stop seterusnya, di bus stop sejurus selepas menyeberang jambatan kedua. Panasnya bro...

Perjalanan di teruskan untuk pulang ke Hat Yai melalui lebuhraya nombor berapa tah. Byk kali organizer btahu, tapi, wa ttp dgn jawapan standard wa "wa follow.." Sampai trafik lite, sibuk tanya balik.."kiri ke kanan..?" Angin organizer..

Tetiba organizer buat emergency brake bila nampak kelapa muda. Sebijik 20bath. Murahlah tu. Tapi, wa dpt yg boleh parut punya. Ciiss....BY dan BA dpt yg isi leleh dan cun...tak pe...

Selepas kelapa muda, kayuhan ke Hat Yai diteruskan lagi...kali ni, hujan lebat turun secara tiba2. Lebat sungguh sehingga memaksa kami memakai baju hujan di tepi jalan. Kerana terlalu lebat dan tergesa2 mengenakan baju hujan, cantik punya tarik, putus lengan baju hujan wa...cissssss....!!!

Bersambung esok bro..dgn cerita mlm terakhir di Hat Yai dan perjalanan pulang ke Malaysia.

Salam dari Alladiin...

Chow...

Gambar2 ehsan dari kamera MS, BY, BA dan kamera wa sendiri...

4 comments:

Miss Tasantek said...

perh remaja tua skang ni..lagi gagah dari belia remaja..

btw cik, cik memang tough. eh. kalau kayuh dengan pasangan boleh dah nikah kat songkhla tu...

Hustler said...

Hahahahahaha... carek la encik ashri!!!! Sampai negara org kayuh beskal, hohohoh...... Haish... berkobar2 dah nih.

alladiin said...

Tasha: ramai gak org Malaysia yg bwk wife kat Songkla tu...tapi dlm kategori "sentiasa diekori rapat..hahahaha"

Hustler: bila lagi awk nak kayuh ni.. harga beskal pun dah byk offer skrg ni..

alladiin said...

Tasha: silap baca komen awk... tak jumpa plak tempat nikah kat songkla tu..(mungkin tak di cari kot)