Wednesday, October 10, 2012

Cerita Basikal Lagi..Jelajah Selatan Thailand (Chapter Terakhir)

***sambungan...

Sekitar jam 3.00pm kami sampai semula di Hat Yai. Kasut, baju, seluar dan beg semuanya basah. Aktiviti wa yg pertama adalah membeli selipar. Tak sanggup wa mengenakan kasut MTB basah utk berjalan2 mlm nanti. Selipar cun dgn harga 70 bath. Dlm perli2 wa, ada gak yg folow wa beli selipar.

Hajat di hati kami memang ingin berubah hotel. Ada gak lah usaha ke arah tu. Pusinglah juga area hotel2 tu se-round. Naiklah jugak ke hotel apek. Tapi disebabkan tiada perkhidmatan WIFI percuma, kami akhirnya akur, hotel malam semalam sudah cukup memenuhi spesifikasi yg kami mahu. Bunyi mcm bagus, tapi sebenarnya ada 3 perkara yg menyebabkan kami ke hotel semalam.

1. Hujan masih turun. Payah nak pusing2 dlm bandar Hat Yai yg sibuk dgn pelbagai kenderaan
2. Tak berapa reti area tu. Klu ditambah pusingan pun, mmg pusing takat area tu je lah. Buang masa je rasanya...
3. Kaki salah seorang pelumba haram @ BY ada unsur2 nak krem lah pulok.

Sesampai di bilik, perkara pertama wa lakukan adalah basuh pakaian. Baju dan seluar basah ni, klu dicuci dah gantung dlm aircond, kompom kejap je kering. Tour berkonsep backpack ni, hanya bwk 2 helai baju, seluar kayuh dan seluar malam.

Keroncongnya perut tak terkata. Lambat jugak kami turun makan sbb ada rider yg tertidor nyenyak akibat letih berkayuh lebih2 lagi berkayuh dalam hujan. Letak je kepala di bantal, "donia ana yg punya".

Tetiba telefon bilik wa berbunyi mengejutkan wa dari lena. MS mengajak dinner part 1. Sampai saja di jalan, dah gelap dan hujan masih rintik2. Lama jugak wa tertidur rupanya.


Kali ni, pengerusi Jajan tak salah langkah. Gerai tepi jalan yg jadi pilihan. Kerana hampir ke tahap kebulur, nasi lemak berskala besar menjadi pilihan semua rider. Oklah..sedap ke tak, itu belakang kira. Wa belasah kopi 0 semacam je walaupun air yg digunakan ada perasa pandan.

Sambil makan sambil buat meeting post motem kayuhan siang tadi. Kesimpulannya, semua rider berpuas hati dgn route yg dipilih organizer.

Selepas makan, kami bersiar2 di area sekitar. Kali ni pergerakan wa sgt selesa dgn mengenakan selipar baru berbanding malam sebelum. Kebanyakan gerai2 jalanan dipunyai oleh org2 Muslim.

Wa belanja organizer buah mangga potong separa masak sebiji besar. Tapi, wa belasah balik 2 potong berskala gergasi..hahahaha.... menyungut organizer.

Lu tengok betul2 peha ayam tu.. Wa mmg syak peha itik. Wa diam je sbb BA dan BY beli. Seketul 40 bath = +- rm4.00 Wa mmg tak de hati nak beli sbb yg dijual, semuanya ayam darat. Klu ayam laut, kompom wa beli.


As pengerusi entertainment, wa dgn bangganya membawa semua rider bersiar2 di sekitar kawasan tu. Ini adalah kali ke2 wa sampai di Hat Yai. Yg pertama, semalam...

Dari raut wajah, wa nampak semua rider berpuas hati dgn entertainment yg wa hidangkan. Kaki dah seharian berkayuh, mlm, wa ajak jalan kaki keliling area hotel. Mcm ok kan...

Mcm2 panaurama yg kita boleh nampak dan pertimbangkan bro..

Kesimpulannya, Hat Yai ni mcm internet bro. Klu kita guna internet utk pendidikan, sure byk kebaikan yg kita dpt. Tapi klu kita guna untuk tujuan negatif, negatiflah jadinya. Lu fikirlah sendiri..

Stok herba wa hampir habis. Wa ke 7Eleven yg wujud hampir di setiap sempang. Wa cari D****ll, tapi dimaklumkan jenama tu tiada di Thailand. Wa pun belasah je lah brand lain. Bila wa tengok gambar, terus loya. Wa tunjuk ke rider lain, semuanya hanya mampu jeling jauh sbb loya. Berkesan sungguh gambar yg di pilih.

Kami naik ke bilik semula sekitar jam 9.30 mlm waktu jam wa.

Sekitar jam 11 mlm jam wa, telefon bilik berdering lagi. MS ajak makan dgn umpan ayat paling power, "permit paling besau bini dah bagi, apa ke halnya tido pukul 11 mlm kat Hat Yai bro...Jom turun makan..."

Tak jauh pun berjalan. Tak sampaipun 50 langkah. Gerai ni mmg kami dah spot utk lepak dari mlm kelmarin lagi. Wa belasah mee sop. MS dah habiskan beehon sup, order lagi durian pulut santan. "Power betul tahap loading dia ni..." bisik hati wa

Akhirnya wa dpt minuman kegemaran waktu malam wa... nescafe.. best walaupun menggunakan air berperisa pandan. Klu di tambah 3 hari lagi di sini, mau hesteria wa dgn air perisa pandan ni..

As pengerusi of entertainment, selepas makan, wa tetap menjalankan tugas. Kali ni, melawat tapak perhentian pertama kami di pusat bandar Hat Yai ni.. Cuma kali ni, hujung telinga wa ada terdengar bunyi2 rungutan... "malam ni saja dah 4 kali pusing area ni.."

Itulah aktiviti terakhir kami mlm tu sebelum masuk ke bilik dan lelap. Esok, kami perlu tenaga untuk kayuhan pulang ke Bukit Kayu Hitam. Kami berpakat utk mulakan kayuhan esok seawal jam 8 pagi. Berhenti sarapan di pertengahan jalan.

Bye2 Hat Yai...

Isnin 8 Oktober 2012

8.30 pagi kami mulakan kayuhan pulang ke Malaysia. Wa yg paling lewat turun rupanya. Kenderaan lain telah banyak di jalan kerana hari pertama bekerja di sini. Dalam kesibukan jalan, kami mulakan kayuhan secara santai. Kali ni, BY dan BA awal2 lagi telah diingatkan agar tidak berlumba haram.

Seperti biasa, organizer akan sibuk dgn peta dan arahan pandu arah. As usual, wa hanya mengangguk tanda telah maklum.

Keluar dari kawasan bandar, cuaca panas mula muncul. Bahu jalan yg luas menyebabkan kami selesa dan terasa selamat untuk berkayuh. Kayuh tanpa mengisi apa2 di perut mmg terasa perit sikit.

Ada kawasan yg lengang dgn kenderaan dan ada yg sibuk. Kali ni, purata kelajuan kayuhan sekitar 20-23kmh saja. Perut kosong bro..

3 hari berturut2 berkayuh telah menunjukkan kesan yg jelas. Muka MS mula kabur dan agak kurang dikenali. Hitam lu bro...

Semasa leka berkayuh, tetiba mata terlihat di Odometer beskal wa. Tepat 800km. Itu menandakan, sejak beskal ni di beli 45 hari yang lalu, wa telah kayuh 800km, tak termasuk kayuhan menggunakan beskal lain. Banyak sungguh kalori yg telah dibakar tu.

Kami berhenti untuk bersarapan pagi setelah lebih kurang 15km berkayuh. Nasi goreng seafood sorang satu. Bersih betul kedai ni. Wa terasa mcm nak bukak kasut waktu masuk. Tukang masak, sorang makcik yg fasih berbahasa Inggeris..

Sesudah makan, perjalanan pulang diteruskan. Kali ni, cuaca semakin panas. Sebahagian muka mula terasa perit akibat pancaran matahari dari arah sebelah.

Bila tahap perit di muka meningkat, wa mula mengenakan tuala. Legalah sikit. Cuma yg tak bestnya, agak terganggu perhafasan wa. Tapi, hantam sajalah. Debu2 di jalanan pun mula meningkat. Elok jugak tuala ni demi kesihatan.

Dalam leka kami berkayuh, tetiba hujan turun rintik2. Kemudian bertukar lebat. Adoiii...!! Wa dah buang baju hujan wa di Hat Yai sbb terputus lengan baju. 3 rider dgn bangganya, wa lihat berhenti dan mengenakan baju hujan. Wa...? Pecut selaju yg boleh sbb tak de tempat berteduh..

Dalam 3 km berkayuh laju, tetiba wa sampai semula ke kawasan kering dan berdebu. Tiada hujan. Wa teruskan kayuhan sehingga berjumpa tempat berhenti untuk menunggu kengkawan di belakang..

3 minit berlalu, wa nampak dari jauh kelibat DIGI man menuju ke arah wa. BY mengayuh di tengah2 panas tengahari mengenakan baju hujan. Pehal lu bro.. Bila sampai di pondok wa berhenti, buat plak adengan pelik. Lain mcm cara lu turun dari beskal ni bro.. Mcm nak terjun je... Rupa2nya, kepanasan sbb angin tak masuk ke baju.

BA dan MS tiba. Kedua2 masih mengenakan baju hujan.. Woyy...pehal lah lu org tak buka baju hujan tu. Sure org keliling yg tengok lu akan terpegun, berkayuh tgh panas dgn baju hujan.

Dari raut wajah, serius semacam. Nasib baiklah kaler baju hujan lu tak semeriah kaler baju hujan BY bro..klu tak, awal2 wa dah lari. Tak sanggup tunggu..


Di Kompleks Kastam Thailand. Bila sampai di sini, itu menandakan, kayuhan tour selatan thailand kami semakin menghampiri ke penghujung. Hanya tinggal baki 1 km sahaja dari pintu masuk ke sempadan Malaysia. Tetiba hati tersentuh kerana setelah 3 hari berkayuh bersama, kami akhirnya sampai di penghujung tour. Banyak yg telah kami kongsi bersama. Akhirnya, semua itu akan menjadi kenangan bersama yg enak untuk diungkap semula pada bila2 masa.

Kami berhenti untuk "victory lunch" di pekan Dannok, kira2 setengah km dari kompleks kastam tadi. Dgn itu, maka tamatlah tour kami di selatan Thailand. Selepas ni, klu berhenti makan, pakaian tentu sudah berbeza. Tiada basikal di sebelah yg perlu sesekali di jeling.

Heavy sungguh menu untuk victory lunch ni. As usual, wa yg paling lewat habis makan. Sambil makan, sambil semak2 semula, apa yg tlh kami lakukan selama 3 hari di negara gajah putih ni. Wa masih lagi terpingga2 sbb kali pertama menjejakkan kaki di sini. Yg pelik dan tak pernah terpikir, berbasikal saja.

Pegawai Imigresen Thailand berbual agak lama dgn kami kerana suka dgn aktiviti yg telah kami lakukan. Panjanglah barisan di belakang kami.

MS ketika sampai semula di tempat letak kereta di Kompleks Bukit Kayu Hitam. Ucapan wa, "lu semakin hitam bro..."

Alhamdulillah...selamat semuanya. Kami masuk ke Malaysia semula dgn rasa penuh bangga dan puas..(yg tak puas cuma satu, lepas stamp pasport, terus kena bayar tol. Sepanjang berkayuh di Thailand, satu tol booth pun kami tak nampak).

Dalam kereta, kami mula merangka2 untuk international tour yg ke2 plak. Kali ni, jarak mungkin berkali2 ganda. Insyaallah...

Kepada BA, jgn lupa utk perbanyakkan km berkayuh supaya bertambah stamina dan teknik. Wa bangga dgn BA, walaupun beberapa kali kaki terasa ketat dan hampir krem, kayuhan tetap diteruskan.

Kpd BY, wa caya lu lah bro.. Cara kayuhan lu mmg jauh lebih baik dari dulu. Niat murni lu nak kalahkan wa suatu hari nanti, wa tabik bro...semangat tu perlu. Cuma, jgn race haram bro...

Kpd MS, tqvm bro..sorilah sbb tour ni, kereta lu jadi agak kotor sikit. Wa rasa, mungkin lu dah tengok map utk next international tour. Tqvm sbb memperkenalkan kpd wa hobi berbasikal ni.

Last but not least, wa harap semua terhibur dgn wa sepanjang bertugas sebagai pengerusi entertainmnt. Klu ada terkasar, tersasar dan tercepat, wa mintak maap. Tak sengaja semuanya tu..Wa hanyalah insan biasa di negara orang..

Tour Selatan Thailand melabuhkan tirai..

Salam dari alladiin..

p/s: sori kengkawan, blog wa, wa lah hero nya....









6 comments:

Naja said...

Bro.. wa pun turut merasa tempias hebatnya hobi lu walau sekadar membaca dari blog . Cayalahhhhhh !

alladiin said...

Naja: kayuh pelan2 je Naja... tak hebat pun..

midlifecrisisonabike said...

hahahahahaha...hitam la hitam si tampuk manggis...hitam tu menawan bro !

alladiin said...

MS: nasib baiklah waktu kayuh pulang ke Malaysia, lu pakai baju putih. Klu tak, kompom hanya nampak gerek bergerak sendiri..hehehe

amykimi said...

Hadoiii gelak guling2 baca entry nie dgn gmbr digi man yellow beraksi. .... Syabas bro.... Keep slim...

alladiin said...

amy: tqvm...tunggu cerita international tour seterusnya "Berkayuh di Indonesia" pulak k..