"Bro, apa pendapat lu tentang naik van ke Harau.." tanya MS berkali-kali.
Wa masih terpinga2 dengan berita yg wa dengar; "jalan di hadapan tiada rumah penginapan utk anda kecuali di Harau yang jauhnya +-100km lagi"
Otak masih mencongak2, jam skrg pukul +- 1 tghari. Kami telah berkayuh sekitar 80km dari Pekan Baru tadi. Walaupun masih bertenaga, tetapi dengan berbaki beberapa jam lagi sebelum gelap, bolehkah kami menghabiskan kayuhan 100km lagi..?
Itulah persoalan yg asyik wa fikirkan. Keadaan jalan di hadapan pun belum kami pasti lagi. Berbukit kah? Cantik kah atau berlubang2 kah?
Mental kami sedang diuji sekarang ni. Keputusan perlu di ambil. Dalam hati kecil berdoa agar keputusan itu adalah yg tepat di antara objektif kayuhan dan faktor2 lain.
Apa yang pasti, Ibu Reni Marwati, pemilik kedai makan Siang Malam, tempat kami mengambil makan tengahari berkali2 mengingatkan kami, "tiada penginapan di hadapan nanti pak..jalannya tidak bagus...hutan saja.."
MS dan wa merungkai semula perkataan Rentas Sumatra yang jadi matlamat kami berkayuh di sini. Apa akan rusak kah misi merentas Sumatra sekiranya kami menaiki van utk ke tempat yang lebih selamat..
Akhirnya, kata putus kami "keselamatan adalah segala2nya. Sekiranya faktor keselamatan menjadi pertaruhan, kami akan mengambil jalan yang paling selamat."
Inilah kedai makan Siang Malam. Kebanyakan Van2 penumpang akan berhenti makan dan rehat di sini.
Inilah dia pemilik kedai iaitu Ibu Reni Marwati, anak lelakinya dan salah seorang pekerjanya. Begitu baik dalam membantu kami sehingga kami rasa sungguh bertuah kerana berhenti di sana. Beliau yang call dan bargain harga utk van supaya kami tidak tertipu. Memberi kemudahan utk kami mandi dan bersolat, dan menghantar kami hingga ke pintu van tanpa mengenakan apa-apa bayaran walaupun berkali-kali kami ingin membayar untuk telefon, air mandi dll semasa berada di kedainya. Terima kasih banyak ibu Reni sekiranya beliau membaca entry di blog ini. (wa ada memberi url blog wa kepada beliau)
Sementara menunggu ketibaan van sekitar beberapa jam, kami menyiapkan basikal kami agar mudah dimuatkan ke dalam van. Tiba2, hati rasa agak hiba kerana merasakan seperti kami gagal. Berkali2 juga wa ingatkan diri wa bahawa keselamatan diri adalah priority kami semasa berkayuh...terubat sikit hati ini.
Akhirnya, yang ditunggu telah tiba. Sebuah van Isuzu model Panther. Tiada di Malaysia utk model ini. Basikal kami langsung tiada masalah untuk dimuatkan ke dalam van. Alhamdulillah....terasa selesai tugas kami untuk hari ke 3 ini.
Keadaan wa semasa di dalam Panther. Punyalah laju driver ni drive. Wa rasa, klu Micheal Schumacher naik, mau terkencing dibuatnya. Wa tak pernah naik kenderaan selaju ni di kawasan berbukit. Masih memotong walaupun yg dtg dari arah depan adalah lori 3 tan. Lori tu yg kena ke tepi.
Semasa di Padang, wa ada bertanya dgn pemandu teksi tentang pemandu Panther..
"Pak, saya pun tidak berani untuk naik panther...terasa nyawa saya hanya di tangan pemandunya yg gilak.." Oooooo......Patutlah....
Dalam menahan rasa takut dan ngeri tu, tetiba MS berbunyik dari sebelah; "Bro, mlm ni jugak kita akan buat mesyuarat tergembar untuk Tour Rentas Sumatra ni..."
Sebenarnya, wa dah boleh agak apa agenda mesyuarat tu... Pemandu panther ni mmg menguji mental kami bro...
Semasa berhenti rehat di salah satu RnR sekitar daerah Payakumboh, MS mencadangkan supaya kami menukar plan.
"Bro, demi keselamatan diri, sampai ke Padang, kita terus balik menggunakan kapalterbang." cadang MS kpd wa kerana memikirkan cara pemanduan van Panther yg terlalu bahaya.
"No problem bro...wa folo je.." seperti biasa, wa datang dgn jawapan standard wa.
Kami juga mengambil keputusan utk terus ke Bukit Tinggi dan tidak di Harau kerana tambang yang sama.
Setelah kira-kira 5 jam kami dilambung dgn van yg dipandu terlalu laju di kawasan gurung (termasuk berhenti di RnR yang terlalu lama; "pada pendpt kami mmg banggang") akhirnya kami tiba di Bukit Tinggi. Keluar saja dari van, terasa dingin diserata badan. Patutlah kawasan ni menjadi salah satu destinasi perlancungan ramai rakyat Malaysia.
Bila melihat barang basikal kami bertaburan, hati kecil ni kembali terusik. Berkali2 lagi wa memujuk hati, bukan wa tak larat nak kayuh, tetapi, keadaan yang menyebabkan kami terpaksa ke plan B.
Sambil memasang kembali basikal kami, fikiran wa asyik melayang ke hari pertama kami mula berkayuh di Dumai 3 hari yang lalu.
Wa mmg membuat persediaan yang sangat rapi di sudut stamina agar tidak gagal kerana kami sedar, yang menunggu kami di hadapan nanti adalah gunung ganang dan bukan setakat bukit seperti di Malaysia.
Minda wa masih dibuai dgn keenakan berkayuh di Thailand tempoh hari. Bahu jalan yg luas, sikap pengguna jalanraya yang baik dan kemudahan logistik yg murah dan mudah.
Sehingga di minit2 terakhir, wa masih belum membuat keputusan untuk membawa basikal yang mana satu. RB atau MTB. Maklumat tentang keadaan jalan di Sumatra juga tidak dpt wa perolehi, sehinggalah wa mengambil satu keputusan yang sangat salah dengan membawa RB bagi tour merentas Sumatra ini.
Wa pasrah dan berserah sahaja sejak keluar dari Terminal Feri Dumai..
Kepada rakan kayuh wa, MS, wa ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segalanya.. termasuk menunggu wa banyak kali di bahu2 jalan kerana wa kayuh terlalu slow di jalan tidak berturap atau pecah. Kebanyakannya, wa hanya tolak basikal sahaja dari berkayuh untuk mengelakkan tayar bocor. Bro, wa terhibur dgn lawak2 lu sepanjang kita di sana. Terima kasih juga kerana berganti2 untuk mengangkat tangan kepada peminat2 yang begitu ramai disepanjang jalan. Wa memohon maaf sekiranya ada perkara2 yang wa buat tidak menyenangkan lu sepanjang kita berkayuh. Manalah tau, wa terkayuh laju agaknya. Wa mmg limitkan 30kmj utk speed terlaju wa bro.. Tak akan lebih dari itu sbb wa tau, lu bawak beskal jual aiskrim.. Akhir kata, jangan lupakan RB bro.. Wa sentiasa menunggu lu kembali sebagai Palombe di atas saddle RB seperti dulu2... aminn
Tour Rentas Sumatra melabuhkan tirai..
Salam dari alladiin...






3 comments:
Assalam lame sy xberblog.en.ashari apa khabar smg baik2 aje.kenangan berlalu,plajar dsk baru tamat LI di jabatan sy.cepat masa berlalu,rupanya dah senior sgt hehe.smg en.ashri sntiasa happy:-)
waalaikumsalam mawaddah...awk stdnt tahun bila dulu..? Mmglah skrg ni giliran adik2 junior awk pulak LI di tempat awk..semoga awk dpt mendidik mereka..
Lame dah 8 tahun tinggalkan poly.batch 2002-2004.itulah,btl xsangka kami dah lama kerja.apapun jasa lec.poly ttp kami ingati.
Post a Comment