Friday, May 3, 2013

Rushdan ke audition

Bro..

Dah 2 tahun berlalu rupanya sejak wa post entry ni.. http://alladiin.blogspot.com/2011/04/apabila-si-eldest-pergi-audition.html
Kali ni, si angah mengikut jejak along.

Setelah menghantar Ain dan Haiqal ke sekolah, kami bergegas ke Shah Alam. Perlu berada di sana sebelum jam 9.00 pagi. Seperti biasa, wa bukannya pemandu yang pantas, hanya setakat mengikut had laju yang dibenarkan. Kami tiba sekitar 15 minit sebelum jam 9.00 pagi. Trip kali ni, Imran, rakan along dan angah turut serta.

Disebabkan mereka telah bersarapan, kami memutuskan mereka bertiga terus ke pendaftaran sementara wa dan wife bersarapan dahulu.

Audition kali ni agak lama masa yang diberikan kepada calon. Setiap calon dimestikan membuat 2 persembahan, ujian oral dan soalan2 am tentang industri terbabit. Anggaran masa utk setiap calon sekitar 20 ke 30 minit. Cuba bayangkan masa untuk giliran Rushdan sekiranya beliau mendpt nombor giliran 23.

Sementara menunggu giliran yg hampir tiba, sempat memanaskan jari jemari..

Sekitar jam 5.30pm baru beliau masuk ke bilik audition. Letih tak terkira, tetapi bila lihat beliau tersenyum keluar, hilang letih di wajah wa dan bini wa. Wa doakan semoga berjaya..

Rushdan bermain 2 instruments; piano utk lagu pop dan elektrik guitar utk lagu Cliffs of Dover dari Eric Johnson.


Penat menunggu + gigil waktu nama dipanggil, adalah sikit2 notes yg terkucil..

Sewaktu balik..

Bersama Imran yang begitu setia menunggu saat audition yg begitu lama.

Chow dulu bro..

No comments: