Wednesday, May 29, 2013

Tour : Kuantan ke KL on bike

Salam bro..

Hujung minggu lepas, wa tersangat sibuk dgn aktiviti family. Ada family day dan anak sedara buat kerja kawin. Semuanya kategori wajib attend dan involve. Hari Ahad petang, 26 Mei 2013, selepas pulang dari menghadiri kenduri kawin di rumah anak sedara, wa bergegas memasukkan barang2 dan speda ke dlm van. Jam 3.30pm wa mula drive ke KL. Masuk je highway plus di Seremban, kereta bergerak sekitar 20-30kmh sehingga ke Nilai. Kalau wa naik beskal, kompom lebih laju.

Sesampai di MR2, hujan ribut pulak melanda. Wa ke rumah Yazid sebelum ke Kuantan. Kami ke plan B, 3 hero ke rumah Yazid utk amik kami sebelum ke Kuantan.

Di Kuantan, kami bermalam di Bailey's Court. Boleh tahan kebersihan apartment tu. Tidor awal kerana perlu bangun awal utk memulakan tour kami esok. Kali ni, 4 cyclist yg menyahut cabaran tour kami, MS, AJ, JH dan wa. Kapten akan bertindak sebagai pemandu support car.. Yg lain, sewaktu offer di publish, sonyap...khi3... wa paham..!!! Bukannya dekat.. Apa yg menarik kali ni, JH yg baru berusia 15 tahun dan baru memiliki RB sekitar 2 bulan, tlh berani menyahut cabaran. Beliau tidak pernah berkayuh melebihi jarak 60km dlm satu hari.. Respek bro.. Anak wa, Rushdan, tak dpt permit utk sertai tour ni kerana akan mula mendaftar di UiTM Shah Alam pada 2 Jun 2013. Takut demam atau lain2..


Agak lewat kami memulakan kayuhan sekitar jam 8.15am. Mentari pagi pun dah mula menyilaukan mata.

Permulaan tour di hadapan Kompleks Teruntum Kuantan.

Bergambar dulu utk dijadikan bandingan nanti apabila tour tamat di KL..bagaimanalah rupanya warna kulit wa bila tiba di KL nanti..khi3..

Kayuhan dari Bandar Kuantan ke arah Gambang berjalan lancar. Bilangan kenderaan di jalanan pun boleh dikira sebagai kategori agak selesa. Yang merisaukan hati wa adalah bahang dari atas mula membakar kulit belakang wa..

Kasut baru wa yg wa istihar sebagai kasut utk kayuhan tour. Agak selesa tetapi tak sesuai utk kegunaan harian sbb mengerlip putihnya.. Utk tour, wa tidak menggunakan kasut bercleat sbb agak sukar utk bergerak terutama sebelah malam ketika bersiar2.

Lihat di gambar, kita telah boleh bayangkan tahap kepanasan yg terpaksa ditempuhi. Wa rasa, kawasan ni terlalu ekstrim panasnya. Berliter2 wa habiskan air. Apabila kayuhan mula mencecah ke angka 70km, wa mula mencari air coke. Wa perlukan air yg manis utk tenaga segera.

Setiap kali berkayuh di jalan yg mempunyai bahu jalan, hati terasa lega sbb jalan lama dari Kuantan ke Karak ni, penuh dgn lori2 besar yg laju. Agak2 lu, kenapa lori2 tu tak gunakan highway bro..?

Dah kurang ke perkataan di Kamus Dewan sehingga terpaksa menggunakan nama negara lain sebagai nama kampung. Wa tak bangga langsung dgn nama kampung ni.

Sekitar jam 4.20pm, kami tiba di Jambatan Temerluh. Tinggi bro..ghayat wa masa amik gambau kat situ. Kami berhenti di tempat makan di hujung jambatan utk pekena ABC extra sejuk punya...hahaha.. AJ yg sejak dari tengahari tadi sakit sendi lutut, tlh meletakkan air batu di lutut yg bermasalah. Kesian wa tengok dia sbb terpaksa bekerja keras utk bersaing kelajuan dgn kami. AJ menggunakan basikal hybrid sementara MS, JM dan wa menggunakan RB.

Kesian AJ. Sendi lutut yg sakit. Walaupun sakit, beliau masih bersemangat utk menamatkan tour. Masa ni, beliau langsung tidak menunjukkan tanda2 utk menyerah. Semangat kental tu..!!

Kami bermalam di homestay di daerah Mentakap.

Tahap kebersihan, hmmm.... menyampah wa. Lantai dlm kategori geli nak pijak. Katil, gatal nak tidor. 2 kali wa bangun tidor sbb gatal. Kpd tuan punya, tolonglah tukar cadar bila penyewa dtg. Kami bukannya nak homestay yg hebat, tetapi cukuplah sekadar bersih dan selesa utk kami merehatkan badan yg letih kerana seharian berkayuh.

Tamat kayuhan hari pertama kami dari Kuantan ke Mentakap. Kelajuan purata adalah sekitar 25kmh. Cabaran mendaki tidak banyak, tetapi cuaca adalah kategori ekstrim panas. Esok, kayuhan akan penuh dgn dakian terutama dari kawasan Bentong ke Genting Sempah.

Hari ke2. Kayuhan dimulakan seawal jam 7 pagi. Sangat selesa sbb dingin.

Cuaca dingin dan keretapun masih menghidupkan lampu. Kami perlu kayuh sejauh yg mungkin sebelum matahari kembali panas. AJ mula struggle utk berkayuh. Lutut yg sememangnya sakit tidak menunjukkan tanda2 utk reda, malah bertambah sakit. Beberapa kali beliau terasa seperti ingin berhenti berkayuh tetapi semangat kembali pulih apabila teringatkan daerah Karak tidak jauh lagi.

Kawasan ni masih basah dgn air dari hujan malam. Jarak kayuhan masih jauh tetapi keadaan jalan dalam kategori yg ok utk berkayuh. Jalan di kawasan menghala ke Karak ni penuh dgn rolling, dgn bukit yg agak banyak. Kami agak beruntung kerana cuaca agak dingin menghala ke Karak.

Sekitar jam 9.30 pagi, kami tiba di Pekan Karak. Jalan agak sibuk. AJ menamatkan kayuhannya di lokasi ini. Jarak kayuhan yg mampu dibuat adalah sekitar 180km. Kesian wa lihat AJ. Hati masih kuat ingin berkayuh, tetapi kecederaan lutut menyebabkan ia terpaksa menarik diri. "Tak pe AJ...kita boleh cuba lagi di tour yg akan dtg..mungkin Rentas Crocker di bulan Disember nnti". Kayuhan di teruskan oleh kami bertiga sahaja iaitu MS, JH dan wa. AJ memerhati dari dalam support car yg berhawa dingin dan diiringi oleh lagu2 kontemporari. Ada kacang dan roti kat sebelah..woww...menggugat semangat wa bro...!!

Jarak kayuhan mencecah ke angka 200km apabila kami tiba di Bentong. Berhenti di gerai utk pekena air manis. Selepas ini, kami akan terus dan terus mendaki sehingga ke Genting Sempah.

Jarak dari Bentong ke Genting Sempah lebih kurang 40km saja. Tapi, semuanya adalah mendaki. Tenaga yg telah diperah kerana telah berkayuh lebih 200km menyebabkan bukit2 yg biasa menjadi luar biasa. MS sentiasa memberi semangat kpd JH agar tidak mengalah kerana jarak ke garisan penamat telah hampir..

Sampai di persimpangan Bukit Tinggi dan Janda Baik, JH mula struggle. Basikal pun dah letak di jalanan saja. Di sinilah cabaran yg sebenar. Otot kejang, tenaga hampir habis dan celah kelangkang mula melecet kerana terlalu lama duduk di atas saddle yg tidak seperti sofa di rumah.. Ayat kami kepada JH; "kalau nak stop setiap 1km pun tak pe...sebab penamat adalah di atas bukit McD di Genting Sempah tu, lebih kurang 3km je.." Sesiapa yg pernah berkayuh di Genting Sempah, pasti tahu tahap gradient bukit McD tu. JH tak pernah. Ms dan wa dah byk kali.. Kami hanya boleh membayangkan tahap kepayahannya dan efeknya kpd JH nnti. Kayuhan tetap diteruskan..

Kami berhenti lagi di kawasan tadahan air menghala ke Genting Sempah. RnR Genting Sempah tidak sampai 1km saja di depan.

Ini saja tempat berteduh yg ada.. area flyover. Wa kehabisan tenaga di sini. Penutup kayuhan yg mmg sangat mencabar. 10 minit utk wa pulihkan semula napas dan tenaga. Lama kami di sini sebelum turun ke Gombak. Alhamdulillah, kami bertiga selamat sampai di sini. 1 liter wa teguk air putih.

Alhamdulillah, tamat tour Kuantan ke KL. Kami tamatkan di kawasan Gombak sahaja kerana utk berkayuh ke tengah kotaraya adalah tidak praktikal.

Waktu di jam menandakan waktu tamat kayuhan. Itulah jarak yg dapat kami kaber sepanjang 2 hari berkayuh. Tidak cukup 250km spt yg kami rancang. Tak pelah....

Kesimpulannya, tour yg sangat menarik, cuma penutup yg agak menjerihkan. Kpd AJ, MS dan JH, wa bangga dpt berkayuh dgn lu org. Khas utk JH, you will never know you reached your limit until you try.. Semoga kita berjumpa lagi di tour yg akan dtg..InsyaAllah..

Tour Kuantan - KL melabuhkan tirai..

3 comments:

Hustler said...

terbaek la incik ashri. Mmg terbakar yang muda2 nih tgk. salute pada AJ!!

alladiin said...

Hustler: hahahaha.....apa lagi.. kayuh dekat2 dulu utk cari semangat.. bila dah ok, baru cari group utk pergi lebih jauh..

Hustler said...

Hehehehe.. salute la incik ashri... mmg nak mula la, insyaAllah dalam tahun nih, skang tgh bz.. hehehe

incik lalu jalan dalam eh?? bukan ikut hiway kan nih??