Dari dulu lagi, sepanjang wa dan anak kedua, Rushdan aktif berbasikal, dalam hati kecil selalu berbisik; "andainya si along tetiba ingin berkayuh, alangkah bestnya hati ini DAN seandainya si along tetiba join even berkayuh jarak sederhana, itulah antara saat yang hebat untuk wa"
Tiga minggu lalu, bila bini wa chelen si along untuk berbasikal sejauh 100km dlm seminggu, ada ganjaran yang menunggu, maka, sejak itulah hampir setiap petang, si along bersama angah akan berkayuh. Objektif, kumpul seberapa banyak km yg dapat dalam sehari agar dihujung minggu nanti, total km berkayuhnya mencapai 100km. Masa banyak dihabiskan dengan berkayuh road bike agar dapat mileage yg tinggi setiap kali kayuh. Alhamdulillah, tak sampai seminggu, along berjaya utk mendapat 3 digitnya yang pertama...100km on bike.
Minggu seterusnya, wa pula melayan along untuk offroad. Wa ajar setiap teknik kayuhan offroad agar tidak terperanjat bila berhadapan dgn bukit2 offroad yg tinggi dan sukar nanti. Hari berganti hari, jarak kayuhan dan tahap kepayahan offroad telah wa tambah sedikit demi sedikit.
Suatu petang, belia Port Dickson hubungi wa, satu program kayuhan road dari Telok Kemang ke Pengkalan Balak, Melaka dan kembali ke Telok Kemang akan diadakan pada 18-19 Mei 2013. Angah mendaftar dulu diikuti along sehari kemudian setelah diberitahu jarak kayuhan sehari hanya 40km. Baki 40km lagi adalah untuk perjalanan pulang keesokan harinya. Beberapa hari sebelum kayuhan, along semakin rajin berkayuh untuk menambahkan stamina dan menguatkan mental.
Maka, hari yang ditunggupun telah tiba. Wa dan bini memuatkan basikal along ke dlm kereta. Tempat permulaan adalah di Telok Kemang. Angah hanya berkayuh dari rumah ke lokasi bersama rakan2 yang lain.
Di lokasi permulaan, pantai awam Telok Kemang bersama Imran. Rileklah sikit bang...senyum...kayuhan santai je. Cuma 40km sahaja untuk petang ni.
Semasa beratur di garis permulaan, menandakan acara akan bermula. Tatkala ni, wa paham apa isi hati along..
Wa sentiasa dekat utk memberi moral support kpd along.. Dont worry bang...kalau tak larat, ada lori yang menunggu. Rilek...cerialah sikit muka tu..
Angah dengan basikal fixie yang dimenanginya tatkala mengambil bahagian dalam kayuhan Janamanjung 130km di Perak baru2 ni.. kali pertama angah akan mencabar diri untuk berkayuh dgn basikal 1 gear.
Resolusi gambar ni agak rosak. Rilek bang...ayah dan mama akan eskot dibelakang untuk bantuan segera jika ada masalah teknikal.
6km yang pertama selepas pelepasan..melalui kampung wa...Kampung Telok Pelandok... mcm dah rilek je...
Ketika menghampiri sempadan Negeri Sembilan - Melaka berhampiran jambatan Tanjung Agas (water point yang kedua). Dah boleh senyum tu.. Kesimpulannya, kayuhan hari pertama ke destinasi sejauh 40km berjalan lancar. Along berjaya tanpa masalah, kecuali di waterpoint kedua, wa rendahkan sikit ketinggian seatpostnya..
Hari Ahad (perjalanan pulang), jam 9 pagi, wa dah sampai ke tapak lokasi mereka bermalam. Nampak dari jauh, ramai yang telah bersarapan. Kayuhan untuk pulang sejauh 40km masih belum dimulakan lagi angkara menunggu YB yang tidak muncul2. Mentari telah terik di kepala. Wa rasa, ramai yang akan terkucil semasa kayuhan pulang nanti akibat kepanasan yang bakal mengambil banyak tenaga peserta. Sementara menunggu ketibaan YB, sempat wa layan si kecik "haiqal", di pesisiran pantai. Beberapa kali, wa terpaksa tegur kerana kebarangkalian utk sikecik terjun bermandi manda tanpa izin agak besar..
Pistol tidak pernah lekang dari si kecik.. adoyaiii...
Apabila kelibat YB langsung tidak menunjukkan tanda2 untuk muncul, JK mula ke plan B. Bergambar dulu sebelum kayuhan pulang. Agak kecewa dgn situasi ni..sgt menjatuhkan moral anak2 muda bersukan. Kalau tak boleh datang, beritahu awal supaya anak2 muda ni boleh berkayuh pulang seawal yang mungkin.. kesian dia org semua.. akan bermula kayuh dalam keterikan matahari yang menghampiri jam 10 pagi.
Sangat panas...jam menunjukkan 10.45am. Kayuhan baru beberapa km saja. Masih di kawasan Pengkalan Balak Melaka.
Mangsa pertama kerana berkayuh dalam panas.. nasib baik ada rider2 otai yang menolong menolak. Kesian adik ni..
Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.. Kuatkan semangat kamu wahai org muda...
Menghampiri pekan Kuala Sungai Baru.. Water point pertama adalah di ALAM.. dah dekat tu sekiranya kita memandu kereta bertemankan penghawa dingin tahap maksima...tetapi mereka berkayuh dibawah pancaran terik matahari bro..
Menghampiri ALAM. Berseluar biru itu adalah along..
Menghampiri simpang ke Sungai Linggi.. telah hampir ke sempadan Melaka - N Sembilan
Along di persimpangan ke Sungai Linggi.. Waktu ini, hati wa cukup bangga dgn pencapaian along... respek dgn semangat kentalnya yang mencabar diri utk menghabiskan kayuhan.
Menghampiri Tiara Beach Resort, kira2 8km ke garisan penamat.
Tamat kayuhan sekitar jam 12.30 tghari. Alhamdulillah...syukur... Along hanya mengadu tapak tangan mengelembong kerana lama memegang handlebar yang panas walaupun berglove. Ponggong terasa kebas (masalah biasa bagi cyclist). Sayang sekali, tayar belakang basikal along bocor di persimpangan politeknik. Kerana terlalu dekat dgn garisan penamat, JK meminta along menaiki lori sahaja. Untuk mengganti tiub dalam panas terik dan terlalu dekat dgn garisan penamat, agak tidak sesuai lagi ketika itu.. Walaubagaimanapun, wa bersyukur sangat, sbb along berjaya dalam event berbasikalnya yang pertama. +-80km dari Telok Kemang - Pengkalan Balak Melaka - Telok Kemang. Syabas bang... really proud of you... Wa sangat berterima kasih dgn angah yg sangat membantu along sepanjang kayuhan. Memastikan along dapat driff di belakangnya.. TQVM Dan.. Terima kasih juga kpd Imran yang sama2 membantu along serba sedikit dimana2. Along pulang bersama wa menaiki kereta sementara angah teruskan kayuhan dibawah pancaran matahari, pulang ke rumah.. Banyak kali wa offer utk naik kereta, tapi tetap ingin berkayuh pulang ke rumah yang jaraknya lebih kurang 16km. Rupa2nya nak singgah di McD..selebret dgn kengkawan yg lain..
Pengajarannya: you will never know you reached your limit until you try.. Bravo bang...really respect u..
Chow...
1 comment:
hebat...u'll never know ur limit until you try ! Tahniah dan teruskan...
Post a Comment