Thursday, May 16, 2013

Hadiah dari bekas pelajar

Bro..

Hari ni, 16 Mei 2013. Hari Guru bro. Satu Malaysia sambut. Sejak mengajar di Politeknik dari 1995 sehinggalah sekarang, wa dah tak rasa kemeriahan sambutan hari guru. Tak pernah disambutpun seperti sewaktu wa mengajar di sekolah dulu.

Dulu, hebat dan meriah. Sepanjang hari ada aktiviti dari pelajar dan guru. Seronok bukan kepalang. Terasa diri sgt dihargai.

Sekarang...hmmm.. Kalau tak de FB, boleh lupa terus bro.. Walau di manapun wa bekerja, wa tetap terdiri dari warga pendidik. Wajar ada sambutan. Tapi, kalau majikan tak nak sambut, wa nak buat mcm mana. Takkanlah wa nak sambut sengsorang.

Nasib baiklah ada FB. Terasalah diri ni dihargai oleh anak didik dan bekas anak didik. Wa mula berkhidmat sebagai pendidik sejak Disember 1990 sehinggalah sekarang. Banyak tahun dah tu. Apa yg pasti, bekas anak didik, jumlahnya pasti telah mencecah ribuan orang. Dari ribuan tu, kalau ada sorang yg ucap selamat hari guru pun, sudah cukup memadai.. Terharu sungguh bila diri ni masih diingati dan dihargai oleh bekas anak didik yang telah berbelas tahun tidak bersua. Terima kasih semua atas ucapan..

Hari ni, wa terima kek dari bekas pelajar wa. Noorizam dan Naja berduet menghadiahkan wa kek. Sayang sungguh nak potong, kalau boleh, bulan depan baru nak potong, biarlah mata dpt menjeling selalu tanda ingatan sgt dihargai.. Tapi, sikecik "Haiqal" tlh beria-ria nak merasa..potong..!! Along, angah dan Ain pun nak... potong..!! Tqvm sekali lagi..



"Sgt bangga bila lihat bekas anak2 didik berjaya dalam hidup" (Itulah wa, sejak dulu hinggalah skrg)

Chow bro..

Salam..

5 comments:

TiNiE said...

bertuah en ashri mempunyai anak-anak murid yg senantiasa ingat dan sayang akan encik. take care!

Anonymous said...

Alhamdulilah, walaupun masa berlalu jasa seorang pendidik pasti diingati! Insyallah ini semua berkat daripada usaha En. As, dalam melalui liku2 kehidupan sbg seorang pendidik.

alladiin said...

Tinie: dari dulu saya amalkan "bila kita hormat org tidak kira umur mereka, insyaallah, mereka akan hormat kita juga.."

Anonymous: tqvm beb..insyaallah..

Miss Tasantek said...

sebab cik ashri sangat dekat dengan kami. anak didik cik..
kami tak pernah lupa ...

wa jumpa senior wa dari PPD , bacth 1997 , bile wa sebut cik ashri, dia pon ingat cik macam baru semalam jumpa..

sebab..cik sangat dekat dengan kami!

alladiin said...

Miss Tasantek: wah..terharu ni beb. Agak melayang2 wa baca komen lu..hehehe...btw, wa pun manusia biasa yg kekadang ada membuat silap jugak..