Sunday, June 9, 2013

Akhirnya, Rushdan juga ke UiTM

Bro..

Sunyi dah rumah wa skrg ni.. Nasib baik ada si kecik yg nampaknya telah faham apabila abang2nya telah tiada di rumah. Abg2nya skrg ni sibuk belajar di Shah Alam. Kalau wa outstation, si kecik lah skrg ni yg menjadi men in the house...khi3

Dah seminggu, Rushdan ke UiTM Shah Alam. Kami sekeluarga menghantarnya untuk mendaftarkan diri sebagai pelajar baru di sana minggu lepas. Rushdan mmg dah biasa dgn aktiviti luar dan dah byk mengikuti kursus2 berunifom secara bersendirian. Jadi, utk mengikuti minggu pengenalan di kampus yg asing utknya, rasanya tidak menjadi masalah.


Inilah bilik Rushdan...Asrama Jati blok F


Biasalah bro...wa hanya duduk luar bilik je. Hanya sesekali je wa masuk ke dlm utk lihat aktiviti ibu dan anak. Biarlah wife wa uruskan di dlm.


Bila dah bosan di dalam, along dan si kecik mula join wa di luar..si kecik mmg rapat dgn along..


Agak gelisah sikecik hari ni angkara tak bwk pistol..


Perbincangan dan nasihat dari supermom..


Nasib baiklah cuaca tak berapa panas. Angin pun bertiup kencang...


Taklimat lagi dari supermom.. Dlm kereta tadipun dah bagi gak...


..dan lagi...aksi along "minggu depan, akupun akan kena taklimat camni gak lah...hmmm"


taklimat masih berlangsung....byknyaaaa.....


Akhirnya...sesi bergambar....sikecik ada aktiviti lain...


Kali ni...kami seolah2 dah bersedia. Kami faham yg Rushdan akan menjejaki langkah along utk melanjut pelajaran. Mmglah ketiadaannya akan dirasai, tapi kami pasrah, yg anak2 kami dah besar..


Kami juga dikunjungi oleh rakan kami semasa belajar di ITM dulu...Lily dan hubby, Azman Syawal.. Thanks my fren sbb belanja minum petang...lama tak sembang2 dgn u all..


Nampaknya, wa kehilangan rakan setia berkayuh. Bilalah wa akan dpt berkayuh lagi dgn Rushdan terutama ketika menyertai pelbagai event basikal di semenanjung Malaysia.. Insyaallah...sesungguhnya, wa amat rindu pada saat dan ketika itu..

Kami pulang dalam keadaan lebih tenang berbanding ketika berpisah dgn along kira2 2 tahun yg lalu.. Pengalaman amat mengajar kita.


Salam...

No comments: