Bro..
Skrg ni, geng tmpt kerja wa dah ada group berbasikal sendiri. Nama group "Pancits Cycling Team". Jgn tanya wa, kenapa pancits. Ditubuhkan secara tak sengaja sekitar bulan Februari 2013. Sekarang ni, keahlian ikut suka2 je..dan berjumlah sekitar 20an org. Kira ramai gak tu..
Tatkala pancits bertanya tentang destinasi kayuhan yg bakal mereka buat, wa mmg berat hati utk turut serta. Bukannya wa sombong maupun bongkak, tapi wa inginkan mereka letakkan keupayaan mereka ditempat yg sebenarnya. Wa tahu yg mereka berupaya lebih dari tu.
G1 : "Sifu, nak join tak, kayuhan dari Rawang ke Kuala Kubu Baru..?"
Wa : "Tak nak lah...dekat nau..cuba buat dari Kuala Kubu Baru ke Fraser Hill..baru menarik.."
G1 : "Cadangan kami, kita hanya berkayuh dari Rawang ke KKB. Dari KKB ke FH, kita naik van lah"
Wa : "Kalau mcm tu, you all pergi lah. Wa tak ikut" sambung wa lagi yg mmg tak berminat dgn kayuhan outstation yg terlalu dekat. Buang kos dan masa perjalanan sahaja. Tak berbaloi rasanya.
G1 : "Habis, yg macam mana sesuai..? tanya G1 lagi.
Wa : "Bro, kita drive sampai KKB, then kita kayuh ke puncak FH dan berkayuh turun balik esoknya..Kalau itu, wa berminat nak join.."
G1 : "Wahh...teruk tu...boleh ke kami kayuh ke Fraser Hill..?"
Wa : "bro..you're what you think.. kalau ko pikir ko tak mampu kayuh ke puncak, mmg lah ko tak akan kayuh ke sana. Tapi, kalau ko mmg fikir ko boleh dan nak kayuh ke sana, inshaAllah boleh..yg penting, u all kena banyakkan latihan sebelum ke sana.."
(Ayat tu sebenarnya pernah seorg cyclist tua yg beri kat wa bila wa awal2 lagi angkat tangan kerana seperti tak mampu menawan Bukit Ramli di Shah Alam dalam salah satu Jamboree yg wa telah sertai tahun lalu.. Ayat dia simple je, "Encik... kalau encik fikir encik tak boleh kayuh ke puncak, mmg lah encik tak akan usaha utk kayuh...you're what u think..")
Akhirnya mereka menyahut cabaran wa. Pada 4 Julai 2013, kami memulakan trip dari tempat kerja ke KKB. Seramai 19 org cyclist termasuk wa yg turut serta.
Lihatlah kesungguhan mereka meredah segala cabaran dakian yg begitu panjang sejauh 40km ke puncak Fraser Hill. Berkat kesungguhan dan kerjasama, akhirnya mereka berjaya melakukan sesuatu yg tidak pernah mereka terfikir sebelum ini. Ramai yg berbisik perlahan dgn wa tatkala mencecahkan kaki di jam besar mercu tanda FH "aku tak pernah terfikir akan berkayuh basikal ke puncak Fraser Hill sepanjang hidup aku. Tapi hari ni, aku dah lakukan.."
Bergambar sebelum bertolak ke destinasi.. Ramai yg masih cuak dan was2 dgn keupayaan sendiri dlm menawan FH
Bergotong royong menurunkan basikal dari lori..meriah...
Bersiap sebelum memulakan kayuhan.
Taklimat dari wa sebelum memulakan kayuhan...do and don't..disiplin dalam kayuhan sgt penting agar kumpulan kita terhindar dari perkara2 yg tidak diingini. Bukan nama individu yg penting, tetapi nama kumpulan perlu dijaga utk kesinambungan aktiviti akan datang.
>Memasing tekun mendengar taklimat...mcm mana nak bekerjasama utk tawan FH
Sekali lagi bergambar sebelum berlepas. Tak pernah wa buat, mula berkayuh tepat jam 1 pm. Panas woyyyy....!!
Mangsa bahang panas pertama, Azman Adam...baru sekitar 8km jarak kayuhan. Terik pancaran matahari dan bahang jalan banyak mengambil tenaga peserta terutama di awal2 kayuhan.
Panas yg sungguh terik..
Ramai yg berhenti sebentar di kawasan Dam utk berteduh sebentar. Waktu ni, penat berkayuh belum terasa lagi kerana cabaran mendaki yg sebenar masih belum muncul..
Kawasan mendaki yg panjang muncul.. sekitar 20km yg tiada tanda utk flat. Ia juga menandakan berakhirnya kawasan panas.
Salah satu spot berhenti utk regroup sebelum meneruskan kayuhan ke Gap. Suasana sejuk mula memberi semangat semula kepada peserta utk meneruskan kayuhan.
Di salah satu selekoh utk ke gap..
Kami regroup semula di Gap agak lama. Dari panas hingga ke tahap gigil kesejukan. Kami mengambil peluang utk solat dan pekena burger dan air panas.
Inilah simpang dari Gap untuk ke puncak FH. Jarak hanya 8km ke puncak yg penuh sgt mencabar tahap kecerunannya. Di sinilah wa mula percaya, pancits boleh tawan bila ramai yg dah berjaya sampai ke Gap.
Wiwin, satu2nya srikandi pancits yg berani menyahut cabaran berkayuh ke puncak FH. Hebatlah ko Winin... respekkk...!!!
Wa sangat tertarik dgn corak selekoh di sini. Hujan renyai2 bila kami tiba di sini.
Sunyi je waktu wa tiba di jam besar FH. Pekerja hotel di sebelah memandang wa dgn penuh hairan kerana selalunya, cyclist akan tiba ke jam besar ni sekitar zuhor. Bukanlah selewat waktu wa ni..
Gambar2 seterusnya adalah gambar2 penuh kepuasan bila pancits berjaya menjejakkan kaki ke jam besar FH seorang demi seorang. Ada yg tergamam seolah2 tak percaya yg mereka telah berkayuh ke sini. Berkayuh bro...bukannya naik motor atau kereta.. Mmg sukar nak explen bagaimana puasnya hati memasing kecuali lu sendiri berkayuh ke sini. Lu kena ingat bro, mereka ni baru je beberapa bulan berkayuh basikal sebagai hobi. Bukannya bertahun mcm wa..
Gambar2 di bawah menjelaskan detik2 tersebut....saksikan....!!
(p/s: kalau ada gambar sesiapa yg tertinggal, wa mintak maap.. atau beri je gambar tu pada wa, utk wa edit entry ni)
Wiwin...tak ramai cyclist wanita di Malaysia ni yg berjaya berkayuh hingga ke puncak FH. Hebatlah lu...you're what you think..
Stamina + mental + disiplin + kelengkapan dan lain2 = pancits berjaya tawan FH. Tahniah dari wa..
"Trip kayuhan menawan FH mungkin menjadi antara kenangan terindah untuk dikenangkan dan diceritakan kemudian hari kepada pewaris kita"
Pancits...you're what you think. If you think you can climb, inshaAllah ... Permainan mental semua tu...
So, ke mana selepas ni?
Chow dulu...
Salam



































8 comments:
congrate to all member yg berjaya tawan FH. Credit to Sifu Ashri yg tak putus2 bagi nasihat, tunjuk ajar dan kata2 perangsang kepada team PCT untuk tawan FH. dari omong kosong dan sekarang dah menjadi kenyataan yg kami dah jejakkan kaki kami ke FH dengan basikal (tak pernah sampai FH). next?
yg penting; "kerja sama"... lepas ni kita cari cuba gunung jerai pulak...
Tahniah encik ashri and team.
Keep it up!
sama2 zami...selamat menyambut ramadhan..
terharu dengan sokongan yang diberikan oleh Pancitans... even saya orang terakhir, semua sambut dgn meriah mcm ada kemenangan! Pengalaman pertama yang tak akan dilupakan. Saya mohon share blog ni boleh sifu? hehe
betul tu wiwin, walaupun antara yg terakhir, itu sudah dikira sebagai satu kemenangan sbb bukan semua org mampun berkayuh ke puncak FH...tak kisah klu nak share..
TerbaikT! Wa kembali ke blog lu slps 7 thn
Post a Comment