Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya Idul Fitri

Bro...

Hari ni hari terakhir berpuasa. Esok, inshaAllah, kita akan menyambut Idul Fitri.

Petang ni, inshaAllah, wa dan anak2 bersama adik beradik wa akan berada di kubur arwah emak dan bapak wa. Wa rasa, aktiviti ni yg paling meriah sekali ketika sambutan Idul Fitri lately kerana selepas tu, memasing sibuk dgn urusan keluarga masing2 yang agak besar.

Utk pengetahuan kalian, adik beradik wa, ada yg dah bercucu dan bercicit. So, mmg besar keluarga masing2. Utk berkumpul adik beradik seperti ketika ada emak dan bapak dulu2, mmg agak payah sekali. Itulah dia, kalau emak dan bapak dan tak de lagi. Kita boleh cuba berusaha utk berkumpul bersama tapi setakat mana dan sampai bila..?

Petang ni secara tradisinya jugak, wa dan anak2 akan berbuka dalam kereta. Kenapa? Selepas menziarahi kubur arwah emak dan bapak, kami akan mula bergerak ke seremban sekitar jam 6.45pm. Mana sempat bro utk sampai di rumah mertua di Ampangan..!! Tapi kami hepi dan redha.. Seronok kerana ia menjadi rutin tahunan kami...unik...!!

Akhir kata, Selamat Hari Raya kepada semua yg mengenali wa dan family wa.. Harap dapat maafkan wa seandainya ada kesilapan di mana2 yang wa tak perasan. Kita hanya insan biasa bro..

Salam dari wa dan family..

p/s: Bila kita dah tak de emak dan ayah, Idul Fitri kita agak berlainan... (sori, tak terdaya nak sambung bro..)

No comments: