Haiqal: "Haiqal malu lah yah.. nnti org nampak haiqal tak reti bwk beskal" terang haiqal yg sedar dgn kekurangannya.
Dah masuk darjah 2, dia masih belum tahu tunggang beskal lagi, tidak seperti abg2 dan kakaknya dulu yg pandai berbasikal sebelum bersekolah lagi.
Itu lah juga jawapan haiqal setiap kali wa ajak beliau kayuh di taman permainan.
Kawasan rumah wa dah semakin sibuk dgn kereta yg lalu lalang. Nak kayuh, mmg tak sesuai dah. Wa pernah terfikir, klu dia masih mencuba belajar mengayuh di sekitar kawasan rumah wa ni, sampai bilapun haiqal tidak akan pandai berbasikal.
Puas wa pujuk. Makan bulanlah jugak tempohnya.
Satu petang, 6 September 2013, tetiba Haiqal bersuara yg sgt memeranjatkan hati wa.
"Ayah, ayah kayuh beskal tak petang ni? tanya Haiqal memulakan bualan
"Tak sayang, ayah nak rehat petang ni" terang wa
"Boleh tak ayah bwk haiqal kayuh beskal kat taman?" tanya haiqal lagi, tapi kali ni wa agak surprise
"Boleh sayang...pergi bwk air, jom kita gi taman." wa terus masukkan beskal dia ke kereta.
Sukanya rasa hati wa, sbb lama betul wa tunggu saat ni. Wa tau, beliau pasti akan rasa malu nanti.
Wa tau, dia pasti cuba utk lawan rasa malu diperhatikan org kerana basikalnya nanti mempunyai roda kecil dikiri dan kanan.. wa tau... wa tau..!!
Terkial2 waktu memulakan kayuhan. Tatkala tu ada sorang kanak2 kecil yg berkayuh beskal beroda 4 spt Haiqal. Haiqal buat tak tahu je... Wa tau, dlm hatinya terasa malu.

Berhenti berehat sebentar kerana keletihan... tanda2 keserasian dgn beskal yg ditunggang mula nampak hasilnya. Haiqal kayuh tanya henti2 selama 30 minit. Tak de tanda bosan maupun malu.
Gambar ni menunjukkan Haiqal semakin menampakkan konpiden dgn beskal yg ditunggang. Beberapa ketika kemudian, belian menghampiri wa. "Tangan haiqal sakit lah yah.." kata haiqal sambil menunjukkan tapak tgn nya yg merah. "Ye lah..next time haiqal pakai glove k, jangan lah genggam kuat2 sayang..." pujuk wa.
Jam dah menunjukkan pukul 7 ptg. "Jom balik sayang..." pujuk wa. "2 round lagi boleh tak ayah..?" pinta hanqal.. "ok..."
Pulang ke rumah, riuh bercerita dgn semua org ttg pencapaiannya tadi... Wa tersenyum mendgr dari jauh..
Selepas tu, keraplah wa dan wife wa bwk Haiqal berkayuh ke taman.
23 September 2013, kayuhan haiqal semakin mantap.
Bangganya wa tengok... beliau mula dpt imbangi badan dan tak terlalu bergantung dgn roda kecil..
Haiqal tlh dpt ignore mata2 yg memandang di kiri kanannya...
Semlm, 29 September 2013, kami berempat ke taman dgn membawa 2 beskal. Haiqal, Ain, Mama dan wa...
Ain setia menemani Haiqal berkayuh dgn menunggang MTB.
Haiqal memulakan kayuhan dgn 4 roda. Bila wa perhati yg kayuhannya telah tegak dan tidak bersandar ke roda kecil, wa panggil Haiqal utk buang satu tayar..
Bila lihat satu roda tlh wa tanggalkan, dia mula risau. Kata2 semangat kami beri utk dia cuba... sekali cuba, berjaya...!!!
Beliau dpt kayuh dgn 3 roda. Semakin byk pusingan, semakin yakin berkayuh dgn 3 roda.
Bila wa lihat beliau semakin yakin, wa panggil beliau kembali. Wa cabut roda kecil yang terakhir dan....
"Ayah...Haiqal takutlah ayah..." nampak beliau mula curiga
"Haiqal cuba dulu...kalau tak boleh, nnti ayah pasang balik roda ni k.." pujuk mamanya..
Hasilnya.....
Gambar Haiqal sehari sebelum berkhatan. Saja2 ajak dia kayuh bersama utk menjaga emosinya.
Nampak jelas diraut wajahnya, dia berpuas hati. Puas hati dgn pencapaiannya.. Akhirnya dia tahu menunggang basikal.. Tak sampai sebulan berkayuh di taman ni, hari ni, 29 September 2013, beliau dpt berkayuh basikal dgn penuh rasa bangga.
Tahniah sayang... luv u my son..















5 comments:
Bro,
Terserlah sisi kemithalian seorang ayah dalam dirimu.. terharu saya membacanya.
Moga ramai lagi bapa-bapa di luar sana yang dapat mengambil semangat dan teladan dari kisah ini. Yang pasti ia bukan sekadar kisah tentang sebuah basikal dan juga Haiqal.
oh...terima kasih naja... tersentuh saya membacanya. Tak sedar yg tulisan saya ni mengandungi kisah dan teladan.
Alhamdulillah.. fatherhood story.. Tahniah utk Haikal n ayah, mama n kakak.
Hai noorul... lama tak sembang sesama..
alhamdulillahh....
mesti haiqal bangga dapat ayah mcm cik..tak putus putus bagi semangatt
Post a Comment