Sunday, March 6, 2011

Berkabung..

Tatkala entry ni di tulis, hati wa masih seperti di alam mimpi. Kaki seolah masih belum berpijak di alam nyata. Anggota badan seolah belum bersatu seperti biasa. Secara fizikalnya wa nampak normal, tapi jauh di sudut hati, ternyata, wa hanya insan biasa. Pasrah dan berserah..

Fikiran masih terbayang wajah arwah seminggu yg lalu. Senyumnya, usikannya pada wa dan anak2 wa....arrghh...!!!

Belum pun habis semua gambar perkahwinan wa lihat.. akhirnya beliau pergi..!! Begitu tinggi ujian yg diterima oleh abang dan kakak ipar. Insan yg sentiasa bersama mereka kerana mereka sentiasa bertiga di rumah. Yang lain telah membawa haluan di luar, samada bekerja atau menyambung pelajaran.

Masih tergambar di minda wa, rasa cemas bercampur pasrah di muka abang dan kakak ipar wa ketika di hospital. Wa hanya boleh menggambarkan saja, tapi bagaimanalah rasa sebenar di hati mereka, Allah saja yg tahu. Wa sendiri tidak tahu samada wa cukup kuat untuk berdiri sekiranya di duga sedemikian. Wa pernah terbaca, tiada ibu dan bapa yg ingin melihat pengebumian anak mereka kerana selalunya mereka yg pergi dahulu dari anak-anak.

Rasanya, baru sangat wa tulis entry seperti gambar kat bawah ni.. SD card yg kandungannya gambar sekitar majlis pun masih belum wa keluarkan dari notebook wa.. tapi, beliau telah pergi untuk selama-lamanya..

Arwah Fendi telah pergi untuk selamanya di pagi sabtu, 5 Mac, tepat seminggu selepas majlis perkahwinan abang arwah. Arwah telah dilahirkan kira-kira 25 tahun yang lalu dan merupakan anak kedua yg terlalu pendiam dan suka mendengar. Beliau kemalangan di jalan yang hampir setiap hari pasti beliau tempohi.. di hadapan simpang ke taman rumah beliau (berhadapan dgn avillion)

Kepada pembaca di alladiin ini yg mengenali beliau, wa ingin ambil kesempatan untuk memohon kemaafan bagi pihak arwah sekiranya sepanjang hayat arwah, terdapat kesilapan dan kesalahan arwah. Sekiranya ada perkara yg perlu dibincangkan, dapatlah kiranya berjumpa dgn wa atau keluarga arwah.

Sama2lah kita panjatkan doa kepada Allah agar roh beliau sentiasa di cucuri rahmat dan berada di kalangan insan-insan yang beriman. Amin... Kepada abang dan kakak ipar wa, hanya kata-kata yg begitu mudah ini saja yg mampu wa ucapkan.. "Harap abang dan kakak bersabar dengan ujian yang amat berat ini.." Kepada adik beradik arwah, "jangan lupa untuk sentiasa berdoa untuk abang atau adik kalian dan jangan lupa untuk sentiasa menjengok dan bertanya kabar ibu dan ayah kalian." Anak-anak merupakan kekuatan untuk ibu dan ayah di dunia ini, pergi nya arwah, maka tempanglah sebelah langkah ibu dan ayah itu.. Oleh itu, menjadi amat penting kepada anak-anak yang lain untuk memperbetulkan semula langkah ibu dan ayah mereka agar dapat melangkah seperti sebelumnya semula..

Sori bro..wa tak jumpa cara untuk tutup entry ni...

13 comments:

Gwen said...

takziah utk bro and family abg bro...alahai...baru tu ari jek baca entry bro pasal men gendang bagai tu...isk!!! Ajal maut kerja Tuhan...siapa sangka kan? huhuhuhu

alladiin said...

terima kasih byk2 gwen.. ucapan dari semua rakan2 termasuk gewn mmg byk memberi makna kepada saya..

Ahliacikgukhairul said...

takziah bro. Allah mengambil kembali haknya. Allah lebih sayangkan arwah. Mudahan bro sekorga tabah dengan dugaan ini. Al-Fatihah.

Miss Tasantek said...

takziah cik ..
turun mendoakan arwah di cucuri rahmat,
alfatihah buat arwah

alladiin said...

tq noorul dan tasha... I really appreciate your concern

areyoy said...

wa tahu berita ni dari mak mertua gua. Ibu arwah kawan mak ayah mertua wa. Ibu arwah sendiri adalah cikgu tadika bini wa. Wa tumpang sedih. Takziah bro dari wa sekeluarga.

Semoa roh arwah dicucuri rahmat Allah s.w.t.

alladiin said...

areyoy: tq bro... really appreciate it..

Dee said...

takziah utk keluarga en ashri..Al-Fatihah utk arwah..moga rohnya dicucuri rahmat..amin..

alladiin said...

dee: apa khabar dee... terima kasih ye..

AQisH said...

Al-Fatihah buat arwah..mmg sgt sedih kehilangan org tersayang..nak²nyer anak..x mampu nak membayangkannya :(

alladiin said...

tq qish...smpai skrg saya masih terbayang2 lagi. Selalu memikirkan bagaimanalah abang dan ibu arwah mengharungi hari2 selepas arwah tiada lagi..

Cikrosecute said...

Al-fatihah buat arwah...Salam kenal..baru hari ni saya baca entry anda..memang sadis betul..huhuhu

Unknown said...

takziah...alfatihah utk arwah...

sangat sedey bila baca...em..sy baru je jd mak n terasa sedih sangat bila fikirkan...dengan bait2 ayat cik yg menyentuh perasaan.