Bro..
Sabtu lepas, giliran rumah abang wa, Mohni, mengadakan majlis menyambut menantu yang datang dari Jalan Joned Muar. Sangat meriah dan terlalu sibuk buat kami orang-orang pangkal.
Tapi, malam sebelumnya (Jumaat malam sabtu), abang wa telah meminta wa dan anak beranak menghiburkan kaum keluarga dgn muzik-muzik live. Demi utk tidak mengecewakan, wa bersama anak-anak dan anak-anak sedara yg yang tahu tentang muzik dan dibantu oleh rakan (Wak Shaari) berpakat. Akhirnya, tema muzik yg kami pilih adalah tradisional.
Dari jam 9.15 pm hinggalah tepat jam 12.00 tgh malam, kaum keluarga kami dihiburkan dgn lagu2 tradisional termasuklah lagu2 melayu deli dan keroncong.
Lu tengok je lah gambar2 di bawah ni.

Anak wa Rushdan, Abang wa, Mohni a.k.a Tuan Rumah dan wa. Ukelele tu pelik betullah.. Sedang memainkan lagu keroncong..

Giliran tuan rumah membantu memalu gendang... tangan buleh kebas tu bro..

Di belakang sekali ialah Wak Shaari.. Wa membantu memalu gendang tradisional. Tolong2 je tu sebab kekadang wa sibuk melayan tetamu yg datang awal di sebelah malam.

Giliran anak sulung wa Mohd Khaidir membuat persembahan solo dgn piano. Dia lari dari tema tradisional sebab mainkan lagu moden, 21 Gun, Winter Sonata dan satu lagu ciptaan dia sendiri.

Anak sedara wa, Fendi a.k.a. adik pengantin lelaki turut membantu memalu gendang. Gendang ni agak ramai pengganti sebab tak tahan kerana kebas sekiranya main lebih dari 4 lagu.

Bila jam menunjukkan 11.00, tetiba je ada yg mintak lagu2 60an. Terpaksalah wa ganti rushdan memetik gitar tu walaupun dah bertahun wa tak main guitar secara serius. Pedih gak jari wa.

Barisan penonton yg sebaris je...hahaha....semuanya sesedara je.. Ada gak yg join nyanyi...

Acara penutup, persembahan dari 2 org anak2 wa, Rushdan dan Khaidir. Persembahan yg menyempang terus dari tema tradisional kerana memainkan lagu Canon Rock dgn dibantu oleh "backing track"
Walaupun semua persembahan dibuat tanpa latihan langsung, tapi, kami tetap hepi. Hepi kerana ramai yg terhibur sambil mengunyah makanan yg dihidangkan.
Wa chow dulu bro..
Assalamualaikum..
5 comments:
best2..
hmmm.. biler la weol dapat dengar en.ashri main lagu secara live nih? teringin sungguh
uish..wa tak sangka anak2 lu dah beso bro!!! rasanya masa wa gi umah lu dulu2, sumer kecit2 jek lagik! hahahaha...
cepat btoi masa berlalu! tapi naper wa rasa wa muda lagik nih?!?!?!
wargh kah kah kah....
dah lame tak singgah kat blog cik. tringat plak cik perform kat htel mse reunion itm dlu. hahah
putri_aizat: tq2
ahliacikgukhairul: alahai...malulah klu noorul tengok.. tak best mana pun.
tipah: klu cam tu, wa pun nak rasa muda lah tipah...supaya sentiasa cergas.
Dada: itu konsep full band, yg ni sambil2 je..siap dgn gelak2 sekali.
Post a Comment