Tuesday, February 22, 2011

Di Jalan Joned, Muar

Bro..

Seawal 7.00 pagi, wa dan family mula bergerak keluar dari daerah PD. Secawan milo wa teguk sebagai pengalas perut di awal pagi ni. Nak makan yg heavy, selera belum terbukak lagi.

Pepagi ni, kereta masih tak byk lagi di jalanan. Seperti biasa, pemanduan wa hanya santai je. By 9.30 am, wa sampai di bandar Maharani Muau. Destinasi pertama, wa tuju ke petrol pump. Haiqal dah bising nak ke toilet. Sambil menunggu Haiqal di toilet, wa beli beberapa ketul roti dan air sebagai pengalas perut.

Hari ni, anak sedara wa, Zafrul Amri Mohni akan bernikah dgn gadis pilihan, org Jalan Joned jam 10.00 pagi.

Seperti yg di janjikan, kami sampai ke rumah pengantin perempuan sebelum jam 10.00. Tepat sungguh bro..


Gambar wa bersama abang2 wa, abang ipar dan anak2 sedara. Sewaktu majlis akad nikah berlangsung, kami lebih selesa lepak di luar. Kelihatan Haiqal dgn gaya pose terkini..hahaha... First time dlm majlis akad nikah, tetamu di hidangkan dgn hidangan ketupat, kuah kacang dan kuah lodeh.. Wa langgar pantang bro sebab telah belasah 2 ketul ketupat.


4 adik beradik lelaki dlm family wa: "Berbaju merah, Din; Bersongkok, Mohni (anak dia yg kahwin) dan berseluar putih, Mistam. Yang di belakang tu, Zafrul Fahmi, adik pengantin lelaki. Ada sorang lagi abang wa yang tidak turut serta kerana berada di Kuala Kangsar dan tidak berapa sihat. Gambar ketika menunggu pasukan kompang utk berarak. Pasukan kompang yg telah ditempah ada dimajlis lain. Byk sgt undangan yg diterima. Akhirnya, bila agak lama menunggu, tuan rumah memutuskan agar guna CD je. Ok gak tu..sebab peluh memasing dah mula merembes2.. hahaha...


Merpati 2 sejoli di hari bersejarah mereka. Woii Am.. lu nak buat apa tu... sabaulah. Nasihat wa kpd pengantin lelaki, "lu kena ingat tarikh ni tiap2 tahun sebab klu lu lupa, nnti bini lu ckp lu tak sayang...hahahaha..."


Memasing tersenyum kekenyangan. Sewaktu majlis bersanding, kami dihidangkan dgn nasi beriani. Seperti biasa, utk menghormati majlis, wa makanlah sesenduk nasi dan setengah ketul ayam. Tapi, tapai tu mmg cukup menguji ketahanan wa. 5 bungkus wa belasah. Tapai pulut mmg sejak dari dulu lagi telah menjadi antara makanan kegemaran wa.


Wa kalau ke Muar, selalunya pasti akan membeli pes mee bandung dan asam pedas. Mmg sedap bro. Tapi kali ni, agak malang sikit sebab semua tempat yg wa pergi, semuanya tutup. Hari Ahad mungkin.

Wa sampai ke PD sekitar jam 6.00 petang. Mandi dan terus lepak. Bukan letih, tapi mengantuk. Sepanjang jalan pulang, puas wa menyanyi sorang2. Nak berduet, semua yg lain dah dibuai mimpi. Walaubagaimanapun, syukur alhamdulillah, kami selamat sampai.

Ok bro.. wa chow dulu..

Assalamualaikum..

6 comments:

Dee said...

tahniah pd pengantin..

Miss Tasantek said...

cik ashri dah kurus :)

villakesyukuran said...

Bro, klu lu tringin nak pkena mee bandung, snggah2la kat Manap Sate d lukut nun... bolehla stakat nak ilangkan gigil...hu,hu.. Wa nak tanya ni...mana pegi perut lu bro ??? he,he..

alladiin said...

Dee: tqvm dee..
Tasha: wa sudah edit gambau tu lah..tu sebab nampak kurus..
Villakesyukuran: Manap Satay? adohai, kat sebelah rumah wa je tu.. Utk soklan lu, wa sebenarnya tahan napas waktu amik gambau ni, tu sebab tak nampak perut menonjolll..hehe

tipahvogue said...

isk!! giler kurus lu bro!! nih yg wa jeles amet nihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

alladiin said...

tipah: hehehehehehehehehehehehehe.. Rilex ar... lu pun boleh gak..