Bro..
Lu mungkin tak pernah dengar perkataan APDISK. Oleh itu lu mungkin tak paham. Klu wa jadi lu pun, mungkin wa tak kan paham gak. Cari kat kamus dewan pun tak de bro..
APDISK ni sebenarnya adalah Alumni Bekas Pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan Politeknik PD. Mungkin ramai gak pensyarah DSK Polipd yg ada sekarangpun tak pernah dgr tentang APDISK.
Tapi, samada pernah atau tak pernah, kenyataannya, APDISK telah wujud sejak November 2001 lagi bro. Kira-kira 10 tahun yang lalu. Lama tu.
Lu baca fakta ni:
Pertubuhan ini berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Mengikut Fasal 5(1), Undang-undang Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984, setiap ahli dikehendaki membayar RM 20 sebagai bayaran keahlian dan RM 5 sebagai yuran bulanan.
Usaha murni penubuhan pertubuhan ni telah dilakukan oleh sekelumpuk bekas pelajar DSK dari Polipd yang begitu "appreciate" dgn perkataan "DSK Polipd". Maka dgn itu, mereka telah bersepakat dan berusaha utk menguruskan segala perkara yg melibatkan penubuhan APDISK ni termasuklah paperworknya sekali. (Sebut paperwork ni, wa teringat sewaktu Polipd nak tubuhkan Alumni Pelajar PPD dulu, diorg pun ada pinjam paperwork APDISK ni..)
Bila segala kerja dah berjaya, maka pada tarikh 3 November 2001, bertempat di Glory Beach Resort Port Dickson, APDISK ni telah dirasmikan oleh Pemangku Pengetua Politeknik PD waktu tu, En Nordin bin Ahmad dgn diiringi oleh beberapa pensyarah dan Ketua Jabatan Perdagangan, En. Kharir Ibrahim (sekarang Pengarah Politeknik PD).
Kemudian, ada beberapa aktiviti yang telah di organize oleh APDISK ni. Ada yg mendpat sambutan hangat, dan ada gak yg kurang tersambut. Seperti biasa, wa ikut semua..hahaha.. Yg paling hangat, pertandingan bowling yang turut melibatkan ahli keluarga ahli APDISK. Meriah bro wa cakap lu. Buat kat area Bukit Jalil. Klu tak silap wa, wa dpt nombor 3. (wa kasi chan tu..huk..huk.!!)
Bila hari berganti hari, minggu dan bulan berganti tahun, lama kelamaan, AJK lama mula mencari pengganti. Sayangnya tiada pengganti. Itulah antara sebab, lama kelamaan APDISK cair begitu saja sehinggalah dilupakan terus. Walhal, pertubuhan itu masih berdaftar dan perlu menghantar lapuran kewangan dan minit mesyuarat kpd pendaftar pertubuhan.
Skrg ni, kita hanya ada beberapa hari saja lagi utk ke 31 Mac 2011, hari terakhir utk hantar lapuran kewangan dan minit mesyuarat.
Persoalannya:
Ingin selamatkan APDISK atau kita kuburkan sahaja sedangkan bilangan bekas pelajar DSK dari Polipd dah mencecah ribuan orang. (dulu tak ramai bro...mungkin pilihan utk mengganti AJK tu terhad waktu tu.)
Kengkawan ada cakap, nak meruntuhkan tu mmg kerja kacang bro. Kejap je. Tapi, ada peluang lagi tak utk kita tubuhkan semula. Wa teringat lagi betapa susah dan payahnya geng2 yg berusaha utk menubuhkan APDISK ni dulu.
Cadangan wa:
Marilah kita fikirkan sesuatu yg positif kat situ demi kebaikan bersama terutamanya kebaikan bila kita berada dalam kelompok kecil yang sama bidang dan hala tuju. Byk yg boleh dikongsi bersama. Teringat dulu, rakan2 di APDISK menolong adik2 yg fresh keluar dari poli utk mendptkan kerja dan rumah sewa.
So, klu lu org rasa nak selamatkan, isi borang keahlian yg boleh di download di 4shared atau layari web APDISK yg baru dibina semula:
http://apdisk.blogspot.com
Oklah bro.. penat dah wa menaip.. Klu nak tahu lebih lanjut, lu org gi lah ke web APDISK tu.
Last kata, kita tidak akan rasa ralat klu kita dah berusaha utk menyelamatkan sesuatu tu. Tidak timbul lagi perkataan; "kalaulah..."
Salam dari Alladiin..
Chow..
7 comments:
sedang mengisi borang. akan hantar secepat yg mgkn ..
akan disebarkan...
wani: so, sokong ek...
aziah: tq aziah..
cik gobu: nama best tu...
thanks bro!!! really2 appreciate it! :D
ex-pensyarah ppd bole join menyibuk ka? hehehe
akan diwar2kan di FB..bole kan??
ahliacikgukhairul: boleh lah noorul, dulu u pun turut memberi pendpt..so, kira ada share tu..
lovelywa: no prblem... war2 kan saja.
Post a Comment